Followers

Showing posts with label Izz. Show all posts
Showing posts with label Izz. Show all posts

Saturday, October 27, 2012

Sambut Hari Raya Aidiladha Dengan Cici Cantik ;)


gambar di pagi raya Aidiladha 2012 *cium gomol-gomol Cici bayangkan dia rendah kihkih

Sadisnya nasib aku di perantauan dalam dua tahun nih. Last year tak dapat balik JB, tahun ni pun sama. Sesorang sambut Raya Aidiladha kat KL. Mula-mula fikir, alarhh sure ramai tak balik kampung mesti aku ada geng nak lepak-lepak, sekali tetiber?? Semua berangkut balik kampung memasing...hukhuk #sedih

Mama n nenek semua beraya dekat Kedah, rumah Mak Lang. Isu balik Raya selalu jadi masalah kalau dekat Malaysia ni. Sebab inilah masa untuk kita kumpul ramai-ramai dengan keluarga, dari situ akan lahir sweet memories dengan mereka ..cewahhhhh doktor falsafah wannnabe ker?

Selain tu, paling aku miss makanan waktu Raya. Memanglah makanan/juadah Raya tu hari-hari biasa pun boleh dapat. Kalau dekat area Bandar Permaisuri or Shah Alam pun, time petang-petang ramai je orang jual lauk-pauk cenggini. Fav aku Nasi Lemak tambah Rendang Ayam.

Tapi, perasaan makan lauk-lauk tu lain kalau kita makan waktu hari Raya. Sedapnya tu lain sikit...hehe

Tapi tak apa lah, masa Raya Aidilfitri hari tu dah puas makan kot. Untuk Aidiladha ni lebih kepada muhasabah diri mengingati pengorbanan ulul 'azmi Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail. Semoga kita dapat mencontohi dan memahami erti pengorbanan yang sebenar. Amin.

Sungguhpun tema Aidiladha tahun ni adalah : lonely harharhar sedeyyy! tapi aku masih senyum sebab ditemani oleh my fav gugurl, Cici yang begitu setia. Pagi-pagi buta dah terkam aku mintak makan. Alolo syomelll sangat.


Izz nak ucapkan, selamat menyambut Hari Raya Aidiladha buat semua pembaca blog ni *walaupun dah lewat sehari kan :)




Tuesday, October 23, 2012

Demam, Chocolate & Kucing


Suka dengan tShirt ni. Aku pernah tweet beli dekat FOS. Murah je. Kat bawah dia ada tulis 'Boom Shakalaka' mcm ala-ala lagu Fantastic Baby, Big Bang kan...hehe..mama tengok baju ni pun berkenan!

Btw, minggu ni macam kurang seronok. Sebab demam datang balik, plus tonsil bengkak n dengan ulser kat lidah n tepi mulut alamakkkk sakitnya! Ni mesti kurang consume vitamin C. Just for you to know, tonsil aku memang prob n terlalu aktif! Kalau panas sikit dia mulalah nak bengkak, kalau sejuk pun cenggitu...deswaiii im very sensitippp..hihi

Masa tengok cerita Dredd hari tu ada beli chocolate dekat Famos Amos. Nampak macam gula-gula tapi choc sebenarnya. Ada rasa milky taste. Sedap! Satu tu RM10.90 kalau tak silap. Ada jual dekat GSC Pavi kat bahagian luar tuh.




Minggu ni kucing-kucing banyak buat hal...haihhhh penat nak melayan! Yang budak-budak kecik ni tak ada masalah sangat. Tapi problem dengan yang dua ekor besar tu si Cici n Mochi.

Yang kecik dua ekor ni diorang macam masih happy-happy dalam diorang punya 'Lala Land'...haha..terlompat-lompat sesama sendiri main kejar-kejar, makan, berak kencing, tidur.

Tapi kalau diperhati, si abang kecik nama Kimchi *kat atas tu boleh tahan membuli si adik dia. Dipicit-picit aje budak kecik tuh. Hari tu tangan si Pochi berdarah sebab kena gigit agaknya dengan salah sekor daripada diorang. Even dia kucing n masih kecik, tapi muka monyok habis!! sedih je tengok air muka dia.

Berlari dia tak nak main dengan yang lain, tapi nak menyendeng melekat dengan orang. Mungkin sebab dia tahu boleh dapat protection dari manusia kot...haha



Alolo cian dia kena buli ea? comeyyyy lah si Pochi ni. Paling kecik antara semua tu. Dialah gugurl bongsu dalam rumah ni...huhu




Thursday, August 2, 2012

Syurga coklat!


Waktu ni dalam ERL on the way ke KLIA. Nasib baik dari Bandar Sri Permaisuri juz kena naik LRT ke Bandar Tasik Selatan to catch the ERL to KLIA. Hidup semakin senang bila sistem public transport makin bagus. Gituh!

Agak jakunlah sebab that was my first time naik. Selama ni tengok sambal air mata bergenang je bila ERL potong KTM yg selalu jadik bahan jenaka tuh...hukhuk

Selesa dan laju! Masa ni nak ke KLIA sebab teman member amek uniform dia kat sana. Itu sahaja.



Sekarang ni waktu malam2 kalau mata mengantuk tak boleh tidur, boleh selak2 baca buku ni. Belum habis lagi. Setiap chapter makin menarik untuk dibaca sementelah baca kisah hidup bekas perdana menteri paling hebat dalam sejarah kan.

Sambil baca, sambil makan chipsmore dengan susu...ouhh nyaman!



Kat rumah ada baaaaaaanyak coklat2 jenis gini. Bermacam2 ada. Warna kuning tuh actelli kurma salut coklat, dalam dia ada badam. Mula2 nak puasa sedaplah kunyah2 tapi lama2 jemu dah. But still ada banyak lagi koo!

Selain yang kat atas tuh, ada choc crackers macam Loackers, mini Snickers, more Kit Kats n macam2 lagik!

Inilah jugak antara penyebab aku kena sakit tekak yg kronik! heh. Doc bagi warning dah sebab tonsil aku bengkak teruk kena operate.

Hahaha...actelli bengkak tonsil tu sebab allergic makan pisang. Aku allergic buah tu. Makan banyak sangat coklat buat tekak rasa perit.

Duduk saje kat rumah tak ada kerja, sekarang ni aku duk carik kuih Raya online. Ada few yang dah lepas payment sume. Macam tart aku dapat bila ternampak RedMummy post, terus aku email dat lady to order. Soon akan kita amek insyaallah. Ada yang tengah proses order nak bayar jugak. Korang ada cadangan kuih2 sedap untuk Raya? hehehe






Wednesday, July 25, 2012

Sedapnya spaghetti aku! hehehe


Ni citer hampir dua minggu lepas. Masa tu memang tak ada kerja sesangat. Duduk rumah rasa nak rileks2 tapi macam bosan takde apa nak buat kan. Tv tu pun macam tak berfungsi. Astro ko faham2 je lah kengkadang dia ulang benda sama. Sib baik channel cartoons banyak yang best...hikssss

Tapi aku decide nak masak sebab dah lama tak ke dapur. Gi turun beli bahan2 kat supermarket paling dekat. Hujan rintik2 kena kepala pening lalat sikit. Tapi bagusnya barang2 sume complete ada. Dari pasta ke sprinkle cheese. Good!

Dan inilah hasilnya. Buat simple je. Cuma tambah minced beef n cheese dia aku suka letak banyak2 sebab sedapppp!


Disebabkan masak banyak so aku bbm n whatsapp few close members nak kasik spaghetti ni tapi heh sume bizi benau! Last2 teringat yang paling dekat ada si Kimmy tapi bizi jugak dengan event segala. Ye ler dia kan orang kuat Murai ! hahaha....


Tapi akhirnya rezeki si Angel sebab dia pun housemate Kimmy. So petang tu aku tapaukan dia sikit. Entah sedap ke tak tapi dia ada tweetpic sikit...haha



Malamnya aku ada pergi ke kedai nama DIY ni dekat area Bandar Permaisuri. Ramai kata murah n aku masuk sebab bukan nak carik barang tapi sebab nampak meriah dari luar. Dorang dah pasang lampu liplapliplap untuk raya ko! Padahal time ni puasa pun idok lagi.

Kedai dia macam kedai RM2 biasa tu tapi cuma harganya bukan serendah itu. Mostly aku geleng kepala tengok harga barang dia dengan kualiti barang itu sendiri. Bukan apa, sebab terlalu nampak 'kemurahan' sebenar barang2 tuh. 

Paling aku benci bila ada customers yang biadap. Makcik pakcik tahulah awak tu orang tua tapi tak bermakna boleh buat sesuka hati. Orang lain penat kot beratur panjang lama2 tapi sesuka kau je menyelit ke depan dengan selamba dek macam tak bersalah. Ni lah sebab antara kenapa orang2 muda  kadang2 anti dengan perangai makcik pakcik. Kalau rasa nak dihormati kena belajar cara hormat orang dulu. Ni sempat aku snap kaki dia yang bercagu tuh!





Friday, July 13, 2012

Masak meatballs yang nyaman!! :)



Masa untuk masak memasak kat rumah, since ada business kecik2 ala kadar tak bergerak2 ni, dari bosan duduk rumah tak ada kerja mulalah idea kreatif nak masuk ke dapur menerpa! haaaa....

Bukan duduk saja2 kat rumah yek. Rasa macam nak masak tu membara2 lagi2 lepas tengok ulangan Master Chef Junior Australia. Even budak2 kecik pun boleh masak pelbagai juadah, so aku rasa tercabar! hekhek....

Tapi ukur baju di badan sendiri ler. Aku memang tak reti masak. Masak untuk diri sendiri je....kihkih



Beli air ni minum dengan ais ouhhhhh nyaman!! Hilang rasa dahaga 



Daging kisar yang kita beli tu kita gentel2 buat meatballs nih. Masa tu update kat bbm duk gentel2 daging depa fikir lain...uikkssss kemain fikiran masing2! hahaa




Meatballs ni kita gaul dengan telur, tepung sikit, seasoning oil n breadcrumb. Pastu barulah dibuat style bulat2 cenggini. Hasilnya memuaskan jugaklah. Kata pun untuk makan sendirik2 je....hehe




Wednesday, July 4, 2012

Membazir masa aku....!


Lebih kurang dalam dua minggu yang lepas aku ada interview kerja dekat area Mont Kiara.  First time carik kerja ni thru agency. Agency mana? Tak perlu mention lah. Tapi sejujurnya cara diorang kerja memang aku selesa n diorang pun bagus.  Yang kurangnya orang/company yang nak hire kita tuh. Masalah manjannngggg.

So basically lepas first stage interview dengan agency baru diorang akan recommend kita dekat company yang merupakan client diorang tu.  First interview tu memang bagus n tak susah mana pun. Like I was just having a nice chit chat dengan interviewer tu sambil minum2 kopi....huhu

Then diorang called me back beberapa hari lepas tu untuk confirm the next interview yang penting, sebab dengan orang company tu sndiri.

Tapi time ni masalahnya aku received info pasal interview tu hari Rabu, n diorang memang kata the next interview akan diadakan hari Khamis.  So mati2 aku ingat esoknya interview.  Bayangkanlah dari Cheras nak ke Mont Kiara area Solaris tu jauhnya macam mana kalau naik public transport kan?

Tapi aku sampai awal, malah 40 minit lebih awal.  Aku tunggu punya tunggu tapi takde. Aku call orang agency baru diorang kata actelli interview hari Jumaat....oihhhhhhhhh

Aku hang up call tu and tenung je ikan2 kat atas tu sebab aku berdiri sebelah kolam tu.  Kepala otak aku blank sebab susah payah aku sampai situ rupa-rupanya esok ye!!!

Aku terus tahan teksi and chow balik.....such a waste of time!!



Thursday, January 12, 2012

Shisha at Marakesh, KL



A day before new year memang lepak tak hengat dunia punya !! Pagi gi KL then balik Shah Alam kul 9pm pastu gi pulak KL semula then gi Subang.  Aku ada tweet pasal ni.  Shah Alam-KL-Shah Alam-KL-Subang-Shah Alam.  Semuanya terjadi tanpa perancangan...haha


Keluar dengan tiga group berbeza.  It was a mad day!  Plus, penat giler weyh....


Waktu malam tu si JR kidnap aku kejap bawak gi KL sebab nak lepak dekat Marakesh area Kampung Baru. Itu pertama kali aku gi sana n tempat tu sangatlah nice n best.  Specialty diorang masakan Arab.  Shisha kat situ pun boleh tahan murah. 


JR n member dia ada order satu teh ni.  Dia bagi teko kecik n gelas2 kecik cenonet je besarnya.  Boleh tahan sedap :)


Banyak kali aku tambah.  Sebab masa tu hujan kot kat luar so bila dapat minum teh panas rasa refreshing giler.  Korang dah pernah pergi sana?  Kalau yang belum tu cubalah pergi.  Makanan dia memang not bad!  



Thursday, January 5, 2012

Bisou, the Bake Shop



Masa hari nak celebrate new year, aku ada pergi KLCC teman my sis Akmar beli diary.  Lagipun we thought it was a good opportunity for Tasha carik barang untuk hadiahkan dekat kekasih hati dia sempena anniversary diorang. Ouhmaiiii sweet kan?  huhu....tapi taulah harga kat KLCC dah pasti membunuh kalau bukan mengikut bajetnya.  Nak pergi Time Square or Sungei Wang memang bercinta lah kan nak meredah traffic jam kat sana.


Turun je dari bookstore tu we stopped kat kedai ni.  Ouh aku rambang mata! rambang mata sangat2!!!  Aku kan suka makan kek, sweets n chocolate nih.  Kedai ni ada jual cute little cupcakes, soft cookies yang ouh so lazat-looking lah kan! hahaha....Tasha berhenti sebab dia tertarik dengan kek comel kat situ.  Aku dah meleret menjeling2 Red Valvet Cake dia. Dammmnnnnn sedapnya nampak !!  Ended up, aku kongsi beli dengan Akmar..hewhew...RM13 for a slice of it.  Kalau red velvet cupcake dia RM6 je tapi takut tak puas pulak.


Lepas ni kalau aku mengidam nak makan benda manis2 memang aku terjah sini je lah.  Kedai ni dah lama rasanya tapi disebabkan aku memang jarang sangat gi KLCC atas faktor kesesakan manusia yang membunuh, so aku selalu avoid KLCC tuh.  




Siapa2 yang memang jenis suka benda2 macam ni memang akan rambang mata tengok kek kat Bisou Bake Shop nih. Dappppnyaaaaaa....  :)



Wednesday, January 4, 2012

Tahun Baru 2012 (part 2)



Tak ada plan nak sambut new year pun dekat KL.  Pergi KL sebab nak melawat Pak Cik kepada Akmar kat Gleneagles Hospital kat Ampang then off to KLCC.  Tujuannya sebab Akmar nak pergi Kunikuniya *did I spell it right?  Alaarh, kedai buku yang besar kat KLCC tuh heh~~ 


Akmar wanted to buy a diary untuk tahun baru katanya.  Ikut plan jugak, jumpa si Yana dekat sana sebab dia naik train.  Dah jumpa berkumpul semua, nak gerak ke Istana Hotel pulak.  Dekat sana dapat dinner free sempena New Year.  Ouh memang awesome !


KLCC dah penuh sesak dengan orang.  Dekat taman dia kitorang nampak mcm ada stage kecik kot n van TV3.  Sayangnya tak tau macam mana celebration of new year kat situ sebab kitorang tak sambut kat KLCC...hewhew



Dekat restoran Trishna nih, memang specialty depa in Indian foods.  Ouh memang sedap ok!! Macam2 lauk dia.  Thanks to the generous Mr Bedi for the dinner treat.  The foods were deliciously awesome !



Tuesday, January 3, 2012

Tahun Baru 2012 (part 1)



Salam.


Ouh yes I know, gambar ni sangat buruk kan? Like hell no!  Apa pasal dengan rambut aku kemain serabai.  In my defense, aku kena paksa snap gambar to give to someone kalau tak dia merajuk.  Demand yek!  Nak gambar yang memang masa tu jugak, xnak yang kelmarin punya or malam tadi punya. 


Plus, rambut aku memang dah panjang giler sekarang.  Last time potong may be like almost more than two months ler.  Nak bela panjang itu memang niat di hati.  Tapi ramai2 kengkawan pakat2 bising.  Bila jumpa je mesti kata ;

'You bila nak potong rambut Izz?'

'Rambut kau ni dah panjang sangatlah, kasik potonglah'

'Eh? I ingat semalam u kata nak potong?'


Haaaa....so nak tak nak kena potong jugak in this few days nantilah.  


Well, korang mesti ada yang sambut tahun baru dekat luar kan?  Ada jugak yang duduk rumah je, malas nak bersesak kat luar so duk umah tengok tv je katanya.  Issoke.  Tapi tipulah kalau kata celebration for the new year langsung tak dirasai kannn.


Sume duk pakat2 hapdet status kat FB n Twitter pasal celebrate2 nih.  Sejujurnya, aku tak terfikir nak celebrate.  Aku, Tasha n Yana juz plan to meet up dalam petang hari Sabtu tu untuk lepak bertiga sebab kitorang je yang berstatuskan 'single' on that night.  Orang lain dengar citer dah ada plan gathering dengan family, gi club, dataran, KLCC n all.  


But then, pagi hari Sabtu tu entah macam mana lepas aku update status kat FB, Tasha komen n plan nak datang rumah aku.  Apa lagik?  Kita plan untuk masak2 dekat rumah aku then baru fikir apa nak buat for the rest of the day.  Before masak nak tunggu Akmar, sempat gi kedai beli bahan masak.  Layan jugaklah sampai habis movie Mean Girls before masuk dapur.  Tasha was a superb cook lah!!  Dia expert sangat.  Afiq jadik pembantu dia n aku dengan Akmar pulak gosip2 cerita itu ini sambil hadap lappy....haha



Ayam masak kicap special ala Tasha



Kangkung goreng seksi ala Tasha


Haaaa...kelas tak nama?  hahaha....ada lagi satu telur dadar hasil masakan Akmar n was super sedap too tapi gambar tak ada sebab dah gelojoh makan memasing! huhu....so terlupa nak snap


Lepas makan2, plan nak gi KL n meet up Yana kat sana......



*ouh takut panjang sangat nnt ada yang muntah nak baca. nnt kita bersambung.....  :) Happy New Year 2012  to my lovely loyal readers!! mmuahhhh





Wednesday, December 28, 2011

Review : Sherlock Holmes *thanks JR n FlyFm !!



All the sudden my fren asked me for a movie last night. Dia bagi tahu aku a night before.  Reason?  Sebab ada ticket free dari FlyFm...haaaa best!!  time tengah sengkek macam ni dapat pulak tengok movie free, memang budusss ler kalau tolak kan? haha



Kitorang tengok Sherlock Holmes dekat GSC Mid Valley.  JR amek aku dalam kul 5 macam tu dekat rumah then terus gi Mid dari Shah Alam.  Disebabkan lepas office hour of course lah ramai orang berpusu2 nak balik n we were stuck dalam jam before sampai Mid.


Sampai2 je terus carik food court sebab lapar nak mampoihhh!!  Masing2 tak sihat.  Kitorang nak makan benda yang macam soup.  Aku dah lah tengok batuk teruk n selsema.  Pergi kat Japanese Cousine, order ramen.  Ouh it was fabulous!!  Bayangkan tengah selsema dapat pulak makan yang berkuah panas2 memang marvelous lah weyh.  



Aku post dekat FB gambar ni n ada yang tanya  *dengan sinis kot  'bila masa ramen ada telur rebus?'.  Well its not like I WAS the chef or memandai2 kata  this  so-laksa-look-like ramen as ramen.  Aku pun komen juz cakap go ask the kedai urself why they put the telur rebus purposely!  haaaaaa....


Start masuk hall GSC pukul 9 n yeahh there was a drama too.  Hall tu tak lah full pun.  Tapi ada orang2 yang dapat pass tiket tu mungkin salah mention untuk sitting.  Diorang tak jumpa2 no seat yang tertulis dalam tiket depa.  Last2, ada one of mungkin orang FlyFm masuk n cakap diorang boleh duduk mana2.  Ok that part was done.  Tapi yang rimasnya, ada masa yang mana gambar kat screen kejap ada kejap xdek!  Hangin tak?  dah lah movie tu start punyalah lambat pukul 9.30 baru start okay!


But overall, the movie itself was brilliant!  I love everything bout it.  The costumes, dialog yang bersahaja, plot, kesan khas yang super mantap n barisan pelakon yang berkualiti!  Permulan cerita ada yang membosankan n aku tertidur kot!  Tapi bila start scene dekat dalam kereta api tu wowwww it blows my mind!  epic giler n sangatlah kreatif dan bijak!!


Habis movie apa lagi? ca alip but lah.  Kepala aku berdenyut2 sakit sampai rumah terus telan panadol acti fast...


Kalau korang peminat Sherlock Holmes, go n catch this movie in cinema don miss it!  :)




Tuesday, December 27, 2011

Mixed feelings....



The last week of a year can be mixed with lots of feelings yang caca merba. Waktu macam ni lah akan buat kita duduk sorang2 n fikir apa yang kita pernah accomplish, wishlist yang kita dapat capai n so on.  Tak termasuk lagi dengan benda2 manis, pahit, payau yang kita pernah lalui through the year.  


For myself, sekarang memang ada masa untuk bersendirian n duduk fikir semua benda yang pernah terjadi.  All the drama, even scene by scene boleh masuk dalam kepala otak aku ikut jalan cerita masing2.  Macam kau tengok drama kat tv gitu konsepnya....haaaa


Lately ni macam2 benda jadi n mostly jujur aku cakap memang tak berapa nak best.  Kalau aku dapat lebih kat sana sikit, mesti ada kurang dekat yang sebelah sini n sebaliknya.  Bila ada benda yang aku dapat, ada jugak benda yang aku kehilangan.  Tapi apa2 pun aku masih bersyukur sangat2 sebab sekarang ni pun ada sikit sinar cahaya kat situ.


Knowing me, aku bukan jenis suka tunjuk sangat apa yang aku rasa.  Aku selalunya senyum tapi hakikatnya hati bercampur baur perasaan.  Tapi to show my thought n pendapat yang aku rasa tak ok or sesuai, yes aku akan tunjukkan kalau aku tak setuju pasal itu ini.


Sekarang ni pun status kat FB n tweet kat Twitter aku agak jiwa kacau sikit kot....huhu...tapi sekarang ni dah ok.  More over, most of my friends n colleagues office lama ada yang tahu pasal jiwa kacau aku ni....huhuhu...itu nantilah kita cerita


So, ada masa lagi untuk kita muhasabah diri n rancang yang terbaik untuk diri sendiri bagi 2012...  :)



Monday, December 26, 2011

Kepah Master Chef Malaysia !! *kau ada??



*sambil buat entry ni dengar lagu Aku Wanita Biasa-Krisdayanti boleyyyhh?? jiwang jap...haha


Siapa sini ada Astro?  Walaupun Astro dikecam hebat oleh rakyat Malaysia sebab kenaikan harga n mutu perkhidmatan yang kadang2 nan hado adanya waktu hujan, tapi Astro masih antara yang terbaik dalam menyajikan program2 tv untuk penonton.  


Baru2 ni ada Master Chef Malaysia.  Walaupun setakat program masakan tapi tetap ada drama dik!  Malah ada dramanya lebih hebat daripada beberapa episod diari Akademi Fantasia....haaaaa...kau mampu tengah duk fikir resipi nak dimasak tapi ada selingan insiden2 yang boleh mengalirkan air mata??


Hari tu tengok episod yang diorang kena masak kepah (or kupang??) sebagai hidangan utama.  Kemain besar size menatang tu n sedap kemain kalau diorang betul2 pandai masakkan?  Aku berselera betul dengan resipi perempuan yang masak ala lada hitam Sarawak tuh  *correct me if im wrong!


Selain tu resipi yang budak kena kicked out pun nampak yummyy sebenarnya.


Ouh ye, masa tu aku tengok kat JB.  Bila on the way balik KL, singgah dekat rnr mana entah aku tak ingat.  Tapi dalam negeri Johorku yang tercinta jugaklah.  Rnr tu yang ada escalator n dah renovate bagi cantik punya.  Korang tau x?  Then ada satu kedai tu memang penuh dengan orang beratur.  Aku saja lalu, then ternampak diorang duk rebutkan beli  bermangkuk2 kupang.  Terus aku berhenti!  Aku setakat beli nasik putih biasa tapi dengan dua mangkung kupang tuh.  Ouh my!!  sedap weyh.  Seyesly tak rugi beli.  So time tu aku feeling2 je konon makan kepah dalam Master Chef Malaysia tu sedangkan hanyalah kupang masak cili (kot??) huhu....


Siapa2 yang lalu rnr berkenaan leh cuba masak kupang dia!  :)





Friday, December 16, 2011

Santai berombak rindu....



Gambar ni dekat Pak Li Seksyen 7, Shah Alam.  Aku order Nasi Ayam Lemon sebab ni memang fav aku kalau datang sini.  Kalau aku tak amik ni mungkin aku bantai Mee Udang diorang. 


Hari Sabtu minggu lepas aku keluar dengan budak2 office lama.  Sebab utama aku masa tu nak lepak makan jek.  Si Akmar call aku masa tengah enak ye aku dibuai mimpi.  Masa tu memang malas giler nak bangun!  Aku siap sambung tito balik lepas dia bbm aku.  Then, she called me suruh gi mandi.
  

Fikir punya fikir, last2 aku ajak gi makan kat Pak Li.  Sebabnya dekat je pun. Si Tasha belum pernah makan situ dats y aku suggest.  Bila dah berjumpa opkosss lah terus bukak mesyuarat tingkap uols!  hahaha.....gosip pasal itu ini.  Yang penting kitorang tak ngumpat pasal orang lain kayh, juz berborak pasal yang ada kena mengena ngan kitorang je.








Akmar n Tasha...my lovely girlfriends!! Thanks lah ajak aku keluar masa tu sebab mood aku pun tengah ting tong hati ni macam kena hempas ngan tsunami kekdahnya  *haramjadah sgt ayat kan? hahaha


Masa ni ada jugak Ruhul pacar si Akmar tapi enggak ada photo nya....haha








At first diorang yang order Mee Udang tuk diri masing2.  Tapi last2 Nasi Ayam Lemon aku berpindah ke Tasha sebab she happened to like my nasi n aku pulak kena ambik Mee Udang dia. Hampeh kan??? haha....


Agak lama kat situ n without planning at all kitorang gi carik MBO Klang sebab nak tengok wayang kat sana.  Malas nak ke Jusco Bukit Raja or Sunway sebab for sure ramai giler orang n takde tiket.  Macam meraban cari tempat tu sampai sesat ke hulu banad mana entah.  Last2 jumpa bersorak kitorang dalam kereta...hakhak








Kitorang tengok cerita Ombak Rindu ni yang katanya sekarang dah dapat takhta filem paling laris Malaysia sekarang ni yek?


Aku memang suka jalan cerita filem ni.  Pelakon yang hebat2 semua dengan kualiti lakonan yang memang bagus.  Aku terkejut dengan lakonan Lisa Surihani sebab sangat bagus pembawakan watak dia berbanding dalam Legenda Budak Setan.  Watak Izzah adalah lakonan terbaik Maya Karin.  Bravo sis!!  Banyak yang indah dalam filem ni macam dialognya dan sinematografi.  Tapi banyak jugaklah air mata yang keluar masa tengok cerita nih....huhuhu


Kalau filem macam Adnan Sempit atau Ngangkung boleh dapat juta2, sudah pasti Ombak Rindu boleh dapat lebih daripada those two films.  Ternyata aku masih suka cara pengarahan Osman Ali.   :)




Monday, December 12, 2011

Sardin Paling Mahal n Paling Sedap!! RM90 sepinggan


Actelli aku bukan penggemar sardin yang masak macam nih or yang kuar dari tin then panaskan lite2 je pastu hidang.  Eh, tak lalu dek tekak aku.  Sebab mungkin dia rasa masam n kurang pedas kan. Yelah, terpampang kat tin tu kata in tomato sauce ko nak harap pedas macam lemak cili padi ke? haha....


Hari tu balik je dari kerja memang aku letih nak mati.  Tertidur sampai kul dua belas malam n rasa lapar sangat. Pergi dapur then  nampak bahan2 nak masak macam ada tapi malas lah nak tunggu ikan lembut bagai.  Nampak ada satu tin sardin so masak je lah.  


Menu yang main campak2 je.  Aku potong bawang, cili padi n tambah tomato tuk letak tepi je. Ada berapa ketul dalam tin tu pun aku tak check. Koserrr lah aku kan??  Bukan aku gemar sangat pun.  Amik dua ketul, satu untuk aku bagi dia lenyek halus2 sikit bagi kuah pekat sikit then satu lagi biar camtuh je.  Then aku tambah lah garam, lada hitam n lada giling. 


And it turned out so good lah!! Waaaaa puji masakan sendirik...haha


Aku tak boleh sangat makan sardin yang kuar dari tin terus makan without adding benda2 lain sebab bau dia kureng sedaplah mcm ada hanyir2 sikit kan.  That's why lah aku tambah sikit benda2 dalam tu bagi pedas.  Hasilnya aku bagi licin 2 pot nasi yang aku masak tuh...hewhew




Thursday, December 1, 2011

Nasi Lemakku disita !! hewhew....


Oukeyh, agak jakun tuk entry ni.  Sebab semalam aku baru belajar cara nak tukar new interface tuk blog ni.  Eh betul ke?  hahaha....sebab kat dashboard ada tulis tuk cuba new look blog memang aku tak ada nafsu nak cuba.  Takut nanti salah tukar setting sume larik.  Habis aku mengamuk nanti.  Tapi tapi tapi.....semalam colleague kat opish aku, si Akmar suh tukar the new look.


Then tangan pun gatai nak mapuh coba sajalah.  Then memang rasanya jauh beza dengan style lama.  Tak taulah aku akan suka atau tukar switch back to the old one.  Knowing me, aku jenis senang nak adapt dengan benda2 baru.  Even masa FB tukar baru hari tu pun orang lain duk maki hamun tapi aku buat rileks je....hewhew


Pagi tadi datang office agak awal lah then beli nasi lemak fav aku.  Pastu yang kesiannya, bila aku balik dari 7e beli air susu,kedai akak tu dah kena sita dengan majlis bandaraya.  Sedih kan???  Aku dengan dak office rasa kesian giler dkt dia.  Nasib baik sempat beli weyh!  Tak adalah kempunan...huhu..


Nasi lemak dia memang sedap, tambah pulak lauk2 dia ada pelbagai n harga pun boleh tahan murah.  So kitorang tertanya2, agaknya esok dapat tak makan nasi lemak tu lagik? haha...


Ouh yeah, gambar kat atas tu paling latest.  Aku snap hari ni masa tengah breakfast kat office guna webcam sajo.  Sebab tu nampak bughokk...  :)


Sejak keluar kes skandal kontro-basi si Apek our fav goal keeper tu hits untuk previous entry pasal Apek n bekas tunang makin mencanak2 tinggi kat blog aku ni.  Keyword macam 'Khairul Fahmi' 'skandal Apek Khairul Fahmi' or yang lebih kurang sama makin banyak masuk....kelas ko Apek!  Femes macam Beckham.  Tapi the lastest issue tak de kene mengena dah dengan bekas tunang dia.  Sebab sekarang rasanya dia tengah manja2 dengan Dahlia Teck ea??  Pasal kontroversi terbaru tu aku cuma pandang sipi2 je.  Aku lebih suka baca pasal hebatnya dia jadi keeper dekat padang.  Hidup Apek!! haha.....





Wednesday, November 30, 2011

Wordless Wednesday [2] : Ayam


ouh ni fav aku! 
masa puasa hari tu kemain malas nak berasak2 kat bazaar Ramadhan
so jalan mudah order Kenny's sajo
banyak kali jugak aku ambik short cut gini
hehe
(^-^)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...