Followers

Friday, September 13, 2013

Pasar Malam Brinchang, Cameron Highland



Yeayyyy jom berjalan-jalan sempena Hari Raya!!


Haha apa lah, dah habis raya baru nak tulis pasal ni dekat blog. Tidak mengapa lah ek. Asalkan ada lagipun masa begitu mencemburui (see? selalu salahkan masa! ishh ishhh). So dengan berat hatinya nak tidak nak pun kena juga post sebab banyak benda nak kongsikan.

Konsepnya sekarang, apa aku tulis kadang-kadang pun daripada kejadian yang baru berlaku recently unless aku mention. hihihi. So menyambung kisah aku terpaksa mintak tolong Hazeman ambil dekat Seremban sebab tiket bas raya habis tu, aku tumpang satu malam dekat rumah family dia. Esoknya balik ke KL tapi agak menyesal sebab semua orang rupanya masih tengah seronok cuti raya. Pffttttt korang ni kan tidak boleh bagi peluang betol!

So we decided to go somewhere. Antara tempat pilihannya Penang, Melaka, Genting atau Cameron. Bila buat kira-kira Penang tu memang macam  pilihan paling last sekali sebab kena fikir masa n tambang minyak tol bagai. Kalau Melaka dekat tapi kitorang lebih tertarik nak pergi ke Genting atau Cameron Highland. 

Genting Highland memang pilihan utama sebab kitorang beriya nak pergi sana sebab waktu tu dah keluar berita taman tema popular tu bakal ditutup untuk kerja-kerja pengubahsuaian bagai untuk taman tema baru kan. Tapi entah macam mana kita pilih untuk pergi Cameron Highland sebab memikirkan mungkin lagi ramai orang ke Genting berbanding Cameron. Plus, entah kebetulan mungkin, berita kemalangan maut  bas tu buat kitorang macam terfikir 'Wow, good thing we decided to go to Cameron instead' hurmmmmm kejadian tu berlaku lepas beberapa hari je kot kitorang pergi Cameron nih.



Jom kita menuju puncak! hehehe

Tengok agak ok lah traffic menghala ke sana. Cantik kan gambar atas tu? Tolonglah siapa-siapa kalau nak copy paste pakai dekat blog pun tolonglah credit ke sini. Jangan ambil sesuka hati pastu puji diri sendiri konon gambar cantik tu hasil tangan korang. Keji lah perangai!



Begitu berharap dapat ambil gambar pokok-pokok cantik waktu naik ke atas. Sebab aku suka tengok keindahan alam semula jadi macam tu. Tapi.........nasib tidak baik sebab battery hp mula buat hal. Charging tapi sentuh sikit setakat bukak app pun tetiba jatuh merudum. Boleh??? Stress aku!



Sudah dekat 2 jam perjalanan naik ke atas baru battery ok. Sepanjang naik tu memang off je lah. Sentuh sikit tekan-tekan tetiba mati sebab battery zero percent.


Disebabkan kitorang tidak ada plan pun short trip ni so kitorang guna konsep redah saje. Otw nak sampai ke Tanah Rata atau Brinchang tu kitorang ada stop hotel-hotel yang kitorang nampak. Just survey harga sebab tahu sah-sah mahal kan bilik macam ni. Tengoklah tersergam indah kot. So lepas ni kalau nak pergi lagi at least dah boleh tahu bajet berapa nak spend untuk hotel dekat Cameron Highland nih. Aku dah ada pilihan sendiri mana aku nak stay in the future. nanti aku cerita ;)


Otw ke sana akan lalu tempat ni. Dekat situ ada Ladang Teh Boh n juga Taman Lebah. Perhatian kitorang lebih tertarik dekat ladang teh tu. Dengar cerita dekat situ cantik and antara tempat paling  perlu untuk kita pergi. 


I really enjoyed watching the farm semua ni. Lawa betul hasil ciptaan Allah. Even aku terpaku tengok kebun-kebun sayur kat situ. Lawa kot! Ni perjalan nak ke ladang teh. Jalan sempit ye kena lalu lereng-lereng bukit so kena berhati-hati.



Yeayyy hampir sampai.



Alamak tutup pulak! hehehe actually memang dah tahu tutup pun sebab dekat tepi jalan bawah lagi ada tulis waktu operasi. tapi kitorang saja je naik atas ni sebab nak tengok. See? Dah gelap sikit waktu ni dalam pukul 7 samting macam tu. Sempat berborak dengan pekerja kat situ. Sangat ramah! Dia greet kita dengan baik n sopan. Bagi tahu waktu operasi semua n dengan mesranya suruh datang semula esok. 

Kalau pak guard dekat KL? 'Hey cannot go in! go back, go back aiyooo' (-.-)"



Cuba teka ni pemandangan dari mana? Ouh ye, please note ye, soalan ni actually kuiz yang aku nak kasi korang. Dulu aku ada janji kan nak buat contest n bagi hadiah bagai? ini versi paling mudah punya. Later dalam post yang lain aku akan buat khas untuk small contest ni. Buat masa ni korang dah boleh start kerut-kerut muka fikir jawapannya. hahaha




yeayyy dah sampai dekat kawasan hotel! Kami tidak check mana-mana hotel pun kat atas ni. Cuma masing-masing mata meliar cari signboard hotel murah. Last-last dapat yang harga dalam RM180 macam tu n paling penting dekat je dengan pasar malam diorang. 

Apalah aktiviti dekat sini kan kalau bukan makan? hahaha rambang mata ye tengok makanan dekat sini. Actually bukan tak ada dekat tempat lain tapi entah kenapa roh nampak makanan tu sangat membuak-buak. Macam semua nak beli!




Cantik pulak bunga-bunga ni tapi being a man, we NEVER shop things yang kami rasa tidak begitu berguna untuk kami. Itu fakta shopping antara kamu Adam dan Hawa. 



Again. Kamu cantik tapi maaflah tidak ada motif nak beli. Makcik-makcik dengan gurls je kerumun beli nih. Murah tu memang n cantik some more, tapi....hah gonna pass this.



Terkebil-kebil tengok kaktus semua ni. Niat asal memang nak belikan mama sebab my mom sangat suka kaktus. tapi bila belek-belek alarhhhh rasanya mama macam tidak heran kot sebab dia ada jenis ni dah.



Species yang too common or biasa. Mama mesti nak yang luar biasa lain daripada yang lain.



Eh mata dah terpandang makanan. Ok stop kejap.



'Abang, nak satu, berapa ea?'
'Rm3 je dik'
'Ok lah saya amik satu'
'Ok'
'Eh abang, nak lagi satu lah. Tidak cukup nih!'

Then abang tu gelak. hahaha saya kuat makan lerrrr



Tidak berapa minat jagung sebab aku tidak berapa suka makan kecuali yang dalam cup tu. Kalau yang ini mesti terselit-selit celah gigi payah benor nak makan. But, dah alang-alang datang sini kena lah beli jugak sebab for sure rasa dia lain macam Jagung Bakar dekat bawah sana.



Madu. Ada dalam bentuk cecair dalam stick n ada macam bentuk kat atas tu dengan sarang dia sekali. Tidak pernah nampak ni jual dekat KL. Sebagai budak yang kuat makan, surely tidak mahu miss merasa.



Weeeeeee dapat rasa! Sedap tahu. Satu ni RM2 kalau tidak silap. Cukuplah buat rasa kan. 



Saya tidak ada adik kecik atau anak sedara lah so maaflah belum masa nak beli ni semua.




We googled apa yang kita nak makan dekat sana. Somehow ada beberapa reviews untuk steamboat dekat situ. n yeah....we fell for that. Senang betul termakan hasutan. haha



Banyak pilihan. Harga dia? Rm25 kalau tidak silap untuk seorang.



Kami makan dekat Hotel Rosa Passadena. Kelas nama kau. Masih ingat waktu datang Cameron dulu sempena Family Day office Cik Chah kitorang pernah datang stay hotel ni. 



The soup wasn't that good. tp pujian diberikan dekat bahan-bahan dia yang sangat fresh terutamanya sayur-syaur dia. Sedap betul makan. Rangup!



Balik hotel sebelum tidur makan ni pulak sambil tengok tv n melayan suasana sejuk dekat sana. 



Suka dengan bebola ni. Sedap tahu. Ada 3 jenis kalau tidak silap. Pumpkin, sweet potato dengan.......ermmm lupa pulak hihi



Menyesal tahu beli satu paket je. Sedap lah Pumpkin Ball tuh!



Cabaran bermula. Sangatlah tidak menyesal beli sebab sedapppppppp! Memang fresh n manis! Tidak kisahlah terselit dekat celah gigi ke apa aku makan sampai habis.


Tidur awal sebab esok kita nak check out n mula jalan-jalan. Tengah golek-golek nak tidur sempat jugak google 'tempat makan untuk sarapan di Cameron Highland' hehehe


18 comments:

  1. beznya.. x sabar nk holiday lg kt cameron and beli keledek kt sane.. bezz.. ^_^

    ReplyDelete
  2. Pernah g sana baru sekali. Itupun masa lawatan sekolah. HAHAHA..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pergi lagi sekali cepat sementara masih ada rasa sejuk

      Delete
  3. cameron mmg best ! last weekend bru je pegi..
    terbaek ! :)

    ReplyDelete
  4. untungnye badan dpt berjalan2..saya pernah sampai sana pon sbb sesat nak pergi kelantan..huaaaahuaa..rasa nak naik lagi la plak..hahahha cameron im coming...

    ReplyDelete
  5. i plan nak gi cameron. if i pegi petang, balik malam agak2 bahaya x? sebab x plan pun nak bermalam . thanks :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. It's best to spend the night there. kalau x, balik lebih baik guna jalan Cameron Highland-Sg Koyan atau Cameron Highland-Simpang Pulai sebab tidak berapa merbahaya macam Cameron-Tapah.

      Delete
  6. Assalammualaikum..nak tumpang tanya nama hotel2 murah kat cameron, first time nak pegi, bleh bg cadangan x? *dh blurr nk cari :)

    ReplyDelete
  7. Assalammualaikum..nak tnya nama hotel yg murah2 dekat cameron area brinchang ,first time nk pegi,
    otak dh blurr nk cari ..bleh cadangkan x? :)

    ReplyDelete
  8. Salam... Apa nama hotel kat pasar malam tu? Boleh bagi info detail tak? Terima kasih

    ReplyDelete
  9. Serius beb...memang suka sangat pi Cameron Highland..Dpt masak sayuran yg baru kuar dr ladang lagi best..!!

    ReplyDelete
  10. Pasar malam sana start pkul bpe ek??

    ReplyDelete
  11. hii..hotel yg kau org stay kat mane eh?nak gak cari yg dekat dgn pasar mlm

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...