Followers

Showing posts with label KLCC. Show all posts
Showing posts with label KLCC. Show all posts

Tuesday, March 12, 2013

Rupamu Cantik, Tapi Sayang Tidak Mantap


Bekpes ni je dekat office dengan sekotak susu. Kekonon sebab lambat masuk office so pergi kedai just grab Snickers ni. Terpedaya dengan iklan selama ni kata kalau lapar 'Grab a Snickers' walaupun.........tak kenyang pun? Sugar rush ada lah pepagi kat office...haha

Gilo.

Banyak benda nak dikongsi, moview review nak buat semua tapi masa tu tak dok. By the time nak update review filem aku dah tengok bila check eh dah takde tayang kat panggung. Sedih!

So end up update kat Twitter n Instagram saje lebih senang kan.



Sekarang ni cepat betul naik stress sampai muka break out dengan acne bagai. Banyak benda nak fikir n bayar. Heh.



'Rupamu meyakinkanku yang kamu sedap, tapi ternyata cantik tak semesti mantap rasanya' 
(-.-)


Dah lama giler kempunan nak makan Tiramisu ni. Nak buat sendiri amek resipi dari blog Nabeyl. Kemain sedap betul tengok dia masak. Baru tengok salin resipi tapi air liur dah jejeh2 atas keyboard acane? hahaha

Siap simpan resipi save dalam Note. So kalau kot-kot pergi barang dapur hah tinggal check dalam hp je barang-barang nak beli. Teknologi memudahkan kerja. Tak payah galabah cari kertas, pen semata-mata nak tulis. Agak-agak kalau dah terer hafal resipi dah delete aje dari hp. Gituh.

Tapi sebab last week semangat baru lepas dapat gaji, ada lah keluar hari Sabtu jalan-jalan nak shopping. Gigih jalan dari Times Square ke Sungai Wang pastu Pavilion then KLCC tapi hampeh tak ketemu apa yang dihajatkan. Terus patah balik ke Times Square dapatlah sehelai dua baju. Tapi semput tahu berjalan so singgah Coffee Bean dekat Lot10 duduk kejap minum Hazelnut Latte n makan Tiramisu

Cantik sangat Tiramisu dia. Serious! Langsung tak fikir nak order lain bila dah nampak ni. Tapi bila dah start makan, alamak, awat tawaq habiaqqqq nih!! Langsung tak rasa apa lah. Coffee dia pun ala-ala macam kurang rasa. Ke memang macam tu style diorang punya masak? Sebelum ni makan dekat branch Pavi ok je lazat. 

Kecewa aku (-.-)"

Tak ape lah nanti ada masa rajinkan diri n masak sendiri.

(^.^)






Tuesday, December 4, 2012

Christmas Decorations in Pavilion ;)


Berjalan je kerjanya! hehehe :)

Kalau ada masa lapang ni lah aktiviti utama, tengok wayang. Itu pun kalau rajin, kalau tak duduk rumah je online, bermalas-malas depan tv or masak. Memandangkan sekarang ni selalu hujan so lebih cenderung duduk rumah. 

Destinasi tengok wayang selalunya Pavilion, Times Square or KLCC. Jarang pergi Mid Valley. Pilih tempat yang ada makanan sedap ler. Baru syiok! 

Jom kita ke Bukit Bintang ;)



Christmas is coming, so all you can see dekat shopping malls area Kuala Lumpur ni banyak decor untuk perayaan itu. Meriah! Sama macam time nak sambut Raya Aidilfitri or Tahun Baru Cina.

 Dekat Fahrenheit yang tak berapa nak hidup tu pun ada perhiasan untuk Christmas.



Ini dekat dalam Pavilion, bahagian tengah-tengah tu.



Memang la nampak macam 'wahhhh banyaknya perhiasan!' tapi macam serabut ke apa ke??

Rasanya decor Christmas tahun lepas lagi cantik. Tahun ni tema motif motif dia mungkin 'kusut'....hehehe sebesar-besar alam chandelier dekat tengah-tengah tu. Rosmah Mansor nampak pun mungkin dia berminat nak letak dekat rumah, sanggup trade in dengan cincin gelang mengerlip dia. lol

Kalau ada yang pergi tengok festive decoration dekat Times Square atau KLCC mesti lagi suka kot. Gempak tapi cantik tak serabut.



Banga dekat atas besar-besar gedabak tu rasanya lagi cantik kalau ditukar dengan bola-bola warna warni n perhiasan yang selalu orang letak dekat pokok pine untuk Christmas kan? Setuju tak?

Apa pun ambil gambar itu wajib! snap snap ;p







Monday, December 3, 2012

The Famous Popcorn Royale of TGV


Kalau tengok wayang tak makan popcorn memang tak sah. Rasa macam tak kena, apatah lagi kalau masuk hall without any food to munch sedangkan orang lain krup krap krup krap makan tak henti kan? 

Honestly me myself tak berapa gemar makan popcorn. Eh seriously! no joke. Sebab selalunya popcorn kat mana-mana rasanya lebih kurang sama, bentuknya teksturnya tapi this one dekat TGV lain. You could find they have this famous Popcorn Royale. Amboi dengar nama je pun dah impressive kan? apatah lagi kalau dah rasa...hehe memang sedap.

Bukan macam typical popcorn jual dekat panggung wayang yang kering, macam masak baling-baling gitu je tapi Popcorn Royale ni rasa sangat rangup tapi dalam masa yang sama surprisingly agak moist dengan caramel. Rasanya dah tentulah sedap. Instantly terus suka makan walaupun sebelum ni tak pernah nak pandang popcorn. Kalau orang offer pun dengan slumber nya tolak *eh its okay I tak berapa makan bertih jagung uhhh bertih jagung? why so skema dude haha

So kalau korang pergi tengok wayang dekat TGV bolehlah cuba Popcorn Royale ni.



Last time waktu tengok cerita Red Lights dekat TGV KLCC ada try Nachos ni. Dari hari tu terfikir nak beli n rasa. Nampak sedap walaupun harganya urmmm a bit expensive. Came with cheese n salsa dips, for me it was quite good. Tak adalah berapa menarik sangat tapi ok lah berbeza dengan snack lain selalu kita makan waktu tengok movie. Tapi alangkah bagus kalau diorang dapat turunkan sikit harga tu, RM13.90 kalau tak silap. Ramai juga mengeluh harga tak sesuai dengan apa yang customer dapat. I dont know, its just an honest humble thought of a customer :)



Tapi tapi tapiiii korang mesti akan suka dengan sosej dekat TGV. Hey nampak simple je macam tu kan? tapi rasa dia sedap serious tak tipu. Korang cuba gigit sikit hotdog tu mesti terus suka. Bila dah suka tak payah tunggu movie start dah habis sosej tu dimakan, macam I...eh hehehe

TGV as one of the leading cinema exhibitors in Malaysia nampaknya berusaha memberi kepuasan kepada penonton bukan sahaja daripada service yang bagus, lists of interesting movies tapi juga dari segi makanan (F&B). Tengok wayang sambil makan sedap-sedap kan best :)









Monday, October 29, 2012

Antara Movie Looper dan Nasi Ayam KLCC :)


Kau dah besar mengadalah nak naik benda alah tuh!

Ah biorlah. Comel wat!

(-.-)" 

Kihkih. So how's your weekend? Oukeyh tak? As for me agak bosan sikit lah sebab sesorang dekat rumah. Nasib baik ada kucing-kucing jadi peneman. 

Dalam satu minggu ni ada beberapa kali tengok wayang. First was Ted, then Looper n yang last sekali Paranormal Activity 4. Waktu ni tengok Looper dekat KLCC. Tak plan pun asalnya nak tengok movie. Sebab a day before tengok Ted yang memang awesome kelakar giler!! So kalau diikutkan, lepas tengok cerita yang memang memuaskan hati aku nak make a gap of few days baru tengok cerita lain. Alasannya, bila dah dapat yang terbaik selalu je yang kemudiannya tu tak berapa nak ok kan..huhu

Pergi KLCC tu pun sebab nak makan Nasi Ayam je dekat food court dia. Nasi Ayam dia sedap! Have any of you tried their Nasi Ayam? You should! 



Apa yang sedap pasal Nasi Ayam kat situ sebab cara ayam tu dimasak. Tak ingat apa nama dia tapi tiap kali order memang aku amek set no.5. Dalam RM11 macam tu untuk BBQ drumstick kalau tak silap. Harga drumstick mahal sikit lah. 

Ayam dia dimasak dengan agak sempurna. Isi daging ayam tak terlalu dry, walaupun kat bahagian kulit dia agak crispy. Hey itu yang semua orang suka kan! Perfect combination dengan sup n sambal :)

Untuk movie Looper pulak, hurmmmm walaupun aku suka dengan pelakon lelaki dia yang ada berlakon dalam Inception tuh, tapi sorry aku tertidur lepas 10minit cerita bermula n bangun balik lagi 20minit nak habis...hahaha macam title dia aku memang betul-betul 'lupa' dengan jalan cerita dia. 

Bukan aku seorang tidur kayh, rata-rata yang tengok dalam hall tu memang tidur! Kiri kanan, depan belakang ramaiiiiiii yang terlentok lena tidur...hahaha


(^-^)



Monday, June 25, 2012

[ FoodLover ] : yummyy Chicken Teriyaki Bento




Hari Selasa minggu lepas memang xda buat apa sangat.  Duduk terbongkang kat rumah pun tak selesa sebab huiiiiii kemain panasnya cuaca sekarang!  Berpeluh2 aku!

Then ada samwan suggest jenjalan.  Ke mana nak diterjahnya? Knowing me, aku memang jenis malas yang amat kalau keluar jenjalan untuk lepak2 ni TANPA hala tuju.  Daripada aku keluar lepak2 depan entrance Pavi then ke sana ke mari macam hilang arah, lebih baik aku tidur je kat umah....haha

Tapi dia mintak teman sebab nak pergi survey laptop, lagipun rasa macam nak tengok wayang n makan sebab perut pun dah berdendang.  

So we decided to go to KLCC lagipun kat situ macam-macam ada!  Nak window shopping cuci mata sume available...muahahaha...lagipun aku siap bawak lappy sekali sebab nak online kat Starbucks.

Dipendekkan cerita disebabkan tak tahu nak makan apa and malas nak argue so kitorang pergi food court KLCC yang memang sah2 penuh manusia tu and order set ni dekat kedai yang jual makanan Jepun.  Namanya Chicken Teriyaki Bento!  Harga RM15 kalau tak silap.  Portion nya besar weyh! Memang kenyang. Ada nasi, ayam, fried dumpling kalau tak silap dengan kimchi mungkin, kuih mochie yang ada inti kacang merah yang sangatlah lembut dan juga seaweed soup yang yummmyy..

Kalau korang memang jenis gilakan makanan Jepun why dont you try set nih.  Lagipun takkanlah asyik nak makan sushi je kan?  Kadang2 cuba samting new lah.  

(^,~)

Highly recommended for food lovers!!  


Sunday, January 15, 2012

Nak menatang nih !!



Hari tu masa gi Kino kat KLCC yang teman Akmar cari diary tu ada ternampak benda alah nih....it was sooOooo cute!  ada macam2 jenis or binatang yang kita leh pilih.  Ada dolphin semua lah.




Kalau tak silap harga dia RM29.90 macam tu lah.  Kalau untuk yang minat benda macam ni mesti nak kumpul semua buat koleksi...huhu




Ada tak orang yang nak hadiahkan kita benda nih? hahaha....





Thursday, January 5, 2012

Bisou, the Bake Shop



Masa hari nak celebrate new year, aku ada pergi KLCC teman my sis Akmar beli diary.  Lagipun we thought it was a good opportunity for Tasha carik barang untuk hadiahkan dekat kekasih hati dia sempena anniversary diorang. Ouhmaiiii sweet kan?  huhu....tapi taulah harga kat KLCC dah pasti membunuh kalau bukan mengikut bajetnya.  Nak pergi Time Square or Sungei Wang memang bercinta lah kan nak meredah traffic jam kat sana.


Turun je dari bookstore tu we stopped kat kedai ni.  Ouh aku rambang mata! rambang mata sangat2!!!  Aku kan suka makan kek, sweets n chocolate nih.  Kedai ni ada jual cute little cupcakes, soft cookies yang ouh so lazat-looking lah kan! hahaha....Tasha berhenti sebab dia tertarik dengan kek comel kat situ.  Aku dah meleret menjeling2 Red Valvet Cake dia. Dammmnnnnn sedapnya nampak !!  Ended up, aku kongsi beli dengan Akmar..hewhew...RM13 for a slice of it.  Kalau red velvet cupcake dia RM6 je tapi takut tak puas pulak.


Lepas ni kalau aku mengidam nak makan benda manis2 memang aku terjah sini je lah.  Kedai ni dah lama rasanya tapi disebabkan aku memang jarang sangat gi KLCC atas faktor kesesakan manusia yang membunuh, so aku selalu avoid KLCC tuh.  




Siapa2 yang memang jenis suka benda2 macam ni memang akan rambang mata tengok kek kat Bisou Bake Shop nih. Dappppnyaaaaaa....  :)



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...