Followers Tercinta!

Tuesday, May 21, 2013

Siti Nurhaliza In Symphony : Hadiah Hari Jadi Untuk Diri Sendiri ;p


Senyum meleretttt. Sebab apa? Bulan Jun dah nak dekat weyyyhh haha. Ada apa di bulan Jun? Chliche sangat soalan tu. Ouh btw kalau tidak tahu, birthday aku 10hb Jun. So, faham2 lah ye :)

Kebetulan pulak tahun ni anniversary Dato' Siti Nurhaliza sebagai penyanyi dalam industri hiburan buat kali ke-16 ke 17 tak ingat pulak. hehehe dan bulan July ni Siti ada konsert istimewa dengan Malaysian Philharmonic Orchestra dekat KLCC


so bagai orang mengantuk disorongkan bantal, eh kena ke perumpamaan tuh? aherherher, aku pun berhempas pulas cuba dapatkan tiket jugak. Plan itu ini tak menjadi mula-mulanya. Entah berapa kali cancelled tak jadi beli. Tapi alhamdulillah, bila aku tetapkan hati malas fikir orang lain, aku pun call terus MPO mintak diorang reserve kan tiket. Aku amek yang last day punya, 7hb Julai. On the same day aku call tu dalam pagi, tengah hari waktu lunch hour aku amek peluang lariiiii pergi KLCC kejap pergi beli tiket terus. Procedure nya diorang akan reserve tiket tuh hanya untuk 3 hari, kalau kita tak buat payment diorang akan bukak balik seat tu untuk orang lain. So kenapa perlu aku tunggu lagi kan? Aku malas nak fikir orang itu tak nak pergi, orang ini tak jadi pergi, orang sana tak pasti lah pulakkkk so better aku teruskan je. Tak perlu pening fikir pasal orang lain, go on saja lah.

Tapi alhamdulillah ada juga kenalan yang pergi tarikh tu. So inshaAllah we are gonna meet up there even seat masing-masing berbeza. hahaha

Hoiii first time woiii. Dah lah minat Siti Nurhaliza dari zaman album Cindai tuh. hikhik. Bermakna ini pertama kali jugaklah untuk aku tengok Siti berdepan secara live n dengar dia menyanyi. Selama ni setiap hari dengar lagu dia dalam laptop, YouTube n hp je. Heh. 

Harap-harap konsert kali ni jauh lagi best daripada Konsert Satu dekat Istana Budaya atau yang sebelumnya. 

(^,^)

Rasanya tiket masih ada lagi tapi tinggal yang harga RM330 dan Rm420 kalau tak silap. Kalau berminat korang try check out MPO's website terus. 





Monday, May 13, 2013

Dating dengan mereka ;)


Jujurnya aku agak gila jugaklah makan sushi. Sedap kot! Kadang2 dalam seminggu tu 3 kali pergi makan. Paling senang nak dapat dekat Pavilion tu. Ada dua, Sushi Tei dengan Ichiban. Pilihlah nak pergi mana satu. Selalunya aku pergi lepas balik daripada office. Dari office nak gi ke Bukit Bintang pun bukanlah jauh sangat so gigih juga pergi. hehe 

Tapi ada satu hari tu on weekend pergi Sakae Sushi dekat Fahrenheit untuk reunion dengan budak-budak sekolah lama.



Tadaaaa! Atikah, Suhada n Amal ni kawan-kawan waktu Form 2 dulu. Dekat 8 tahun ok tak jumpa. Alhamdulillah berkesempatan jumpa. Nasib baik masing-masing pun duduk n belajar area sini je lah. We had our lunch at Sakae Sushi n honestly itu kali pertama aku pergi sana. Before pergi ada jugak google sikit info n bandingkan dengan tempat lain. Base on review aku baca macam ok so we just gave it a try. Tempat dia agak cosy, selesa n ceria! Ceria dari segi warna n deco dia. Siap ada screen untuk kita bwt order ok. So xpayah nak panggil abang-abang waiter mintak order. Kalau dekat branch Times Square dia lagi canggih sikit, diorang guna ala-ala iPad gittuh. Hebat tak? 


Harga not bad jugaklah. Set yang kitorang ambik pun boleh tahan masing-masing puas hati. Lepas makan terus pergi jalan-jalan kejap dekat Cotton On. Ok time ni aku menahan nak shopping sebab......actually sementara tunggu diorang sampai aku dah beli few helai baju dekat Sungai Wang. Salah satunya tuh yang aku pakai tuh. Hewhewhew



Errrrr....are u smiling at me? 


A good place to eat, lepaking with ur loved ones, family and friends. Highly recommended! 


Last sekali kitorang pergi Times Square. Lepak dekat kopitiam atas tu then dekat kul 6 terus balik. Had a good time with them. Harap-harap boleh jumpa lagi, lepak-lepak  makan, ketawa :)

InshaAllah.

;)



Thursday, May 9, 2013

Trendy Women Handbag Collection Online



Chanel inspired bag. Ini antara paaaaaaaling mendapat sambutan!




Hi! ini adalah koleksi terbaru women handbag that you can find online, semuanya ada di blogshop ILoveblogshoppe. Untuk lebih keterangan boleh sms/whatsapp. Nak email pun boleh :)

Check out our official Instagram here at ILoveblogshoppe. Update dekat sana cepat sikit lah berbanding dekat sini. Kalau serious nak teruslah contact dan buat payment. Sebab kadang2 tak sampai 1 hari pun dah habis! Ada yang borong satu jenis sampai semua colour diorang ambil...hahaha



Bowling bag. Ini antara koleksi terbaru kami.






L Zara inspired bag. 



Messanger bag ni mcm clutch sikit. Antara hot items dalam koleksi kami ;)



Studded bag



M Zara Tote Bag inspired handbag



So kalau korang ada berminat untuk beli terus aje contact sebelum stok habis...hehe tapi elakkan call ye sebab selalunya busy buat kerja lain so memang tak terlayan phone call. Kalau ada yang berminat untuk mulakan business dan perlukan supplier yes kitorang pun boleh jadi. Percayalah, kalau korang nak cari duit tambahan, cubalah business ni inshaAllah ok.


Sila email : iloveblogshoppe@yahoo.com 
atau hubungi : 0173054780 (sms/whatsapp) untuk pertanyaan dan tempahan
atau tinggalkan sahaja komen anda di sini :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...