Followers

Friday, December 16, 2011

Santai berombak rindu....



Gambar ni dekat Pak Li Seksyen 7, Shah Alam.  Aku order Nasi Ayam Lemon sebab ni memang fav aku kalau datang sini.  Kalau aku tak amik ni mungkin aku bantai Mee Udang diorang. 


Hari Sabtu minggu lepas aku keluar dengan budak2 office lama.  Sebab utama aku masa tu nak lepak makan jek.  Si Akmar call aku masa tengah enak ye aku dibuai mimpi.  Masa tu memang malas giler nak bangun!  Aku siap sambung tito balik lepas dia bbm aku.  Then, she called me suruh gi mandi.
  

Fikir punya fikir, last2 aku ajak gi makan kat Pak Li.  Sebabnya dekat je pun. Si Tasha belum pernah makan situ dats y aku suggest.  Bila dah berjumpa opkosss lah terus bukak mesyuarat tingkap uols!  hahaha.....gosip pasal itu ini.  Yang penting kitorang tak ngumpat pasal orang lain kayh, juz berborak pasal yang ada kena mengena ngan kitorang je.








Akmar n Tasha...my lovely girlfriends!! Thanks lah ajak aku keluar masa tu sebab mood aku pun tengah ting tong hati ni macam kena hempas ngan tsunami kekdahnya  *haramjadah sgt ayat kan? hahaha


Masa ni ada jugak Ruhul pacar si Akmar tapi enggak ada photo nya....haha








At first diorang yang order Mee Udang tuk diri masing2.  Tapi last2 Nasi Ayam Lemon aku berpindah ke Tasha sebab she happened to like my nasi n aku pulak kena ambik Mee Udang dia. Hampeh kan??? haha....


Agak lama kat situ n without planning at all kitorang gi carik MBO Klang sebab nak tengok wayang kat sana.  Malas nak ke Jusco Bukit Raja or Sunway sebab for sure ramai giler orang n takde tiket.  Macam meraban cari tempat tu sampai sesat ke hulu banad mana entah.  Last2 jumpa bersorak kitorang dalam kereta...hakhak








Kitorang tengok cerita Ombak Rindu ni yang katanya sekarang dah dapat takhta filem paling laris Malaysia sekarang ni yek?


Aku memang suka jalan cerita filem ni.  Pelakon yang hebat2 semua dengan kualiti lakonan yang memang bagus.  Aku terkejut dengan lakonan Lisa Surihani sebab sangat bagus pembawakan watak dia berbanding dalam Legenda Budak Setan.  Watak Izzah adalah lakonan terbaik Maya Karin.  Bravo sis!!  Banyak yang indah dalam filem ni macam dialognya dan sinematografi.  Tapi banyak jugaklah air mata yang keluar masa tengok cerita nih....huhuhu


Kalau filem macam Adnan Sempit atau Ngangkung boleh dapat juta2, sudah pasti Ombak Rindu boleh dapat lebih daripada those two films.  Ternyata aku masih suka cara pengarahan Osman Ali.   :)




2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...