Followers

Thursday, December 1, 2011

Nasi Lemakku disita !! hewhew....


Oukeyh, agak jakun tuk entry ni.  Sebab semalam aku baru belajar cara nak tukar new interface tuk blog ni.  Eh betul ke?  hahaha....sebab kat dashboard ada tulis tuk cuba new look blog memang aku tak ada nafsu nak cuba.  Takut nanti salah tukar setting sume larik.  Habis aku mengamuk nanti.  Tapi tapi tapi.....semalam colleague kat opish aku, si Akmar suh tukar the new look.


Then tangan pun gatai nak mapuh coba sajalah.  Then memang rasanya jauh beza dengan style lama.  Tak taulah aku akan suka atau tukar switch back to the old one.  Knowing me, aku jenis senang nak adapt dengan benda2 baru.  Even masa FB tukar baru hari tu pun orang lain duk maki hamun tapi aku buat rileks je....hewhew


Pagi tadi datang office agak awal lah then beli nasi lemak fav aku.  Pastu yang kesiannya, bila aku balik dari 7e beli air susu,kedai akak tu dah kena sita dengan majlis bandaraya.  Sedih kan???  Aku dengan dak office rasa kesian giler dkt dia.  Nasib baik sempat beli weyh!  Tak adalah kempunan...huhu..


Nasi lemak dia memang sedap, tambah pulak lauk2 dia ada pelbagai n harga pun boleh tahan murah.  So kitorang tertanya2, agaknya esok dapat tak makan nasi lemak tu lagik? haha...


Ouh yeah, gambar kat atas tu paling latest.  Aku snap hari ni masa tengah breakfast kat office guna webcam sajo.  Sebab tu nampak bughokk...  :)


Sejak keluar kes skandal kontro-basi si Apek our fav goal keeper tu hits untuk previous entry pasal Apek n bekas tunang makin mencanak2 tinggi kat blog aku ni.  Keyword macam 'Khairul Fahmi' 'skandal Apek Khairul Fahmi' or yang lebih kurang sama makin banyak masuk....kelas ko Apek!  Femes macam Beckham.  Tapi the lastest issue tak de kene mengena dah dengan bekas tunang dia.  Sebab sekarang rasanya dia tengah manja2 dengan Dahlia Teck ea??  Pasal kontroversi terbaru tu aku cuma pandang sipi2 je.  Aku lebih suka baca pasal hebatnya dia jadi keeper dekat padang.  Hidup Apek!! haha.....





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...