Followers

Showing posts with label GSC. Show all posts
Showing posts with label GSC. Show all posts

Thursday, November 1, 2012

(Review) Ted : Super Kelakar! Menghiburkan!


Actelli tengok Ted sebelum tengok Looper, tapi disebabkan the overwhelm hype we got from Ted was too good, so Looper sememangnya terpaksa dilupakan..haaaaa

Siapa-siapa belum tengok Ted pergilah. Surely kalau nak release tension, stress, nak ketawa terbahak-bahak, it's a must-watch movie. Obviously ini adalah filem komedi. 

Jalan ceritanya mudah, straight forward, tak ada liku-liku yang membuatkan ko macam wuiiiiii penatnya lahaiiii nak menunggu plot berkembang *sambil tak habis-habis tengok jam kan

Filem ni ringan, tapi harus diingatkan lawak komedinya ada berunsurkan kedewasaan sikit or adult jokes lah. Sebab watak Ted ni walaupun dia sangatlahhhhh comel n kelakar tapi dia suka hisap ganja, mencarut, gila seks sikit....haha deswaii i told you lawaknya agak 18tahun ke atas sikit.



Walaupun before tengok cerita ni ada yang tweet aku recommend untuk ditengok tapi ada juga scene kena potong. Its ok. Here in Malaysia kita faham walaupun sifat keterbukaan tu makin sebati tapi kita masih kena ikut norma budaya kita jugaklah. 

Scene yang kena potong tu pun tak rugi pun kalau tak tengok. Plus, memang tak menjejaskan jalan cerita pun. Kita masih boleh layan lawak-lawak yang ada dalam cerita nih.



Tu diaaaa duk mengorat awek cashier counter sebelah...muehehehe

Kalau nak dibandingkan suntikan elemen komedi dalam cerita ni berbanding filem Malaysia, sadly i have to say terlalu jauh beza. Tolak tepi unsur yang keterlaluan macam lawak 'kasar' n agak lucah, tapi elemen komedi Ted jauh lebih segar daripada kebanyakan filem-filem komedi tempatan. Yes!

Dialog yang selamba membahan selebriti-selebriti terkenal dijadikan bahan jenaka sangat menjadi! Satu panggung ketawa.

Filem kita?? hurmmmm itu jelah, pusing sana pusing sini gitu jelah. nuff said.

Tak mengantuk tengok filem ni dekat wayang. Tapi filem ni masih lagi bukan terbaik. Lambat laun kita akan lupakan filem ni berbanding filem lain yang lebih ada 'nilai'. Namun, Ted mengajar kita erti persahabatan yang kadang-kala kita sanggup lupakan demi kepentingan sendiri. 

(^.~)

Rating : 4.2 bintang






Wednesday, October 10, 2012

(Review) Dredd : Ibarat Permainan 'Polis Entry' Yang Ekstrem!


Yeahhh another movie review from me. Jemu?? Kalau nak muntah silakanlah. Aku ni yang berulang-alik ke GSC minggu ni pun rasa jenuh dah...haha

Lepas fairly memilih antara Universal Soldiers and Dredd undian memihak kepada Dredd. So filem itulah yang kita tengok. Dah pernah tengok trailer dia tapi first impression wasn't that good. Clearly genre sebegini memang bukan taste aku. Apatah lagi ada yang kata filem ni banyak darah....hurmmm



Kalau tak silap filem ni adaptasi daripada komik ye? Jalan cerita yang menjadi asas kepada filem ni sangat mudah. Hanya berkisarkan pihak yang memperjuangkan keadilan, boleh dikatakan tugasnya macam polis zaman sekarang lah, membanteras jenayah. Tapi wayyyy different daripada zaman kini. Garis masa filem ni kononnya macam dah melangkau ke zaman lebih jauh ler gitu. Senjata dan kehidupan zaman tu pun berbeza.

Dari segi plot rasanya agak kemas. Tak ada yang terlalu berterabur. Sangat mudah untuk difahami. 



Filem jenis macam ni antara daya penarik dia sah2 kesan khas kan? Pujian wajar diberikan sebab even bukanlah terlalu hebat macam filem Avangers atau yang lain-lain tapi masih ok.

Ouh ye, kan dah kata filem ni banyak melibatkan darah kan? Tembak sana tembak sini, tikam sana tikam situ. Tak keterlaluan utk mengatakan yang 'elemen darah' dalam cerita ni agak ekstrem ye! Sejujurnya antara penyebab aku tak nak tengok cerita ni sebab itu ler...huhuhu...aku takut tengok darah (>.<)

Secara ringkas cerita ni tidak membosankan malah terhibur dengan aksi-aksi yang padat dalam cerita nih. 

(^.~)

Rating : 4 bintang



Sunday, October 7, 2012

(Review) Taken 2 : Antara filem aksi terbaik 2012!


Ini saja je nak tunjuk baru lepas dapat topi baru...haha gedik ko! Dah lama kot aku tak keluar pakai topi2 ni. Last time was zaman masih budak sekolah dulu.

Like I have said before, minggu ni memang minggu bermalas-malas asyik keluar tengok movie je..hihihi...

Lepas tengok Bait, Hotel Transylvania, Untuk Tiga Hari, kita tengok pulak Taken 2. Ini sambungan kepada yang sebelum ni. Bagi siapa-siapa yang dah tengok the first one, akan terpanggil tengok yang baru ini. Aku antaranya :)

Untuk Taken 2, beli tiket GSC via online saja. Pilih dekat Times Square sebab kalau dekat KLCC or Pavilion mesti ramai orang kot. Taken 2 ni kitorang tengok 2D dalam iMaxx hall kat tingkat 10 yang besar gedabak tu. Last time tengok kat hall tu untuk 3D Avangers n Step Up Revolution.



Taken 2 is a very good movie packed with actions. Aku langsung tak expect yang filem ni akan sebagus yang pertama. Dengan plot yang mudah, jalan cerita yang senang difahami, disulam pulak dengan aksi n drama, sudah boleh buat aku terduduk di kerusi langsung tak fikir bosan. Bahkan, penonton-penonton yang lain terpaku dekat kerusi masing-masing. Ada yang terlebih syok n excited siap kedepankan badan kalau boleh agaknya nak muka tu seinci dari screen kot! haha lol



Liam Nee Son memang subjek utama filem ni. Watak dia yang membuatkan filem ni rasa seronok untuk ditonton. Seorang bapa yang terjerat antara rancangan jahat untuk membalas dendam dekat dia, sampai melibatkan keluarga, dia bersungguh-sungguh untuk pastikan anak perempuan dia terutamanya selamat. 

Namun di sebalik tu, ada juga yang mengundang rasa 'gelisah' sebab orang jahat yang digambarkan dalam filem ni adalah orang Islam. Walaupun diorang ada motif untuk balas dendam atas kematian ahli keluarga, tapi secara dasarnya dengan jelas kita nampak yang mereka nak tunjukkan bahawa penjahatnya adalah orang Islam....hurmmm...

Tapi masih seronok untuk ditonton. Antara filem aksi yang bagus untuk penghujung 2012 ni.


Rating : 4 bintang 




Wednesday, September 19, 2012

Review : The Possession, simple!


Pencinta filem mesti tahu wujudnya filem seram terbaru ni dekat pawagam kan? Apatah lagi kalau genre macam ni pilihan mereka. Jujurnya buat aku, jarang tengok filem seram dekat pawagam. The last time was Khurafat itu pun dah lamaaaaa sangat kot...huhu

Genre seram ada hantu2 ni memang bukan minat aku. Kalau thriller ada psycho bunuh2 itu mungkin aku masih boleh masuk lagi :)

Tapi sebab termakan hasutan ramai dekat Twitter yang kata filem ni menarik so aku pun pergi ler. Dah majoriti kata best kan, walaupun hasilnya???? hahahaihhhhh



Ramai jugak yang tengok even showtime waktu office hour.



Before seating haruslah kan jalan2 cari samting untuk dimakan....huhu..dapat pulak ayam Shihlin ni urmmmm terus beli duduk situ makan! Fav kot nih. Method penyediaan dia lebih kurang sama je dengan brand local Uncle Bob tu tapi entah kenapa our local tu selalunya aku beli agak oily n kurang rangup. But still jangan berhenti beli n support our local products kayh *pesanan khidmat masyarakat ini dibawakan oleh Izz Latif miumiumiu 



Oooihhhhhh sedapnya! *tahan air liur menitik atas keyboard



Agak kecewa dengan filem ni sebab elemen seramnya tu macam kurang, walaupun cara persembahannya tu bagus. Lakonan yang mantap dan bersahaja dari barisan pelakonnya. budak kat atas ni sangat bagus lakonan dia!

Bagi sesiapa yang minat filem jenis macam ini pasti suka. Tapi jangan bandingkan dengan filem lain macam The Exorcism of Emily Rose ye.



Tuesday, September 18, 2012

Bahagianya beli tiket wayang GSC online! ;)


Last week hari pertama tayangan filem Resident Evil yang baru aku pergi tengok dekat GSC Times Square. Beli tiket online sangatlah memudahkan! Tak payah beratur juz duduk klik2 dah dapat purchase tiket. 

One more thing bagusnya beli tiket secara online ni kita dapat jimatkan masa itu satu hal, selain tu bagi kita peluang untuk buat perancangan masa. Let's say beli tiket showtime pukul 6 petang, kat rumah masih boleh golek2 tengok tv, dekat pukul 5 bersiap then 40 minit selepas tu dah sampai dekat sana.

Masa terluang?? Dimanfaatkan dengan beli makanan dulu or pergi jenjalan kejap. Kalau aku hari tu sementara nak tunggu seating aku sempat shopping kejap dekat FOS...hehehe..yang buat aku melekat nak masuk store tu sebab terdengar sayup2 diorang pasang lagu The Wanted. Ada satu lagu depa memang aku suka sebab catchy.

Masuk2 duk belek2 tengok eh masih ada offer sempena Raya lah! Hasilnya aku dapat sebat 3 helai simple cute tshirts. Tshirt kat atas tu antaranya. Mama tengok tshirt aku tu pun berkenan siap tanya ada size dia ke idok...hahaha...



Then ternampak benda ni diorang duk longgok depan counter. Murah!!! RM10 je satu pasang. Aku ada tweet pasal ni hari tuh. Comel2 design dia. Nak beli tapi tak ada lagi kenalan2 terdekat yang sambut baby baru...huhu

Habis je shopping tepat2 masa untuk seating dekat GSC...how cool is that?!!  

So jimatkan masa anda beratur, sebaliknya beli tiket wayang secara online baru seronok!

(^.<)


Saturday, February 4, 2012

Review : Azura 2012 , tersembur tengok!



First of all, masa pertama kali aku tengok poster untuk Azura 2012 ni, mau tersembur segala haremjadah yang aku makan!  Like seriously??  Then aku terbaca samwan RT kat Twitter pasal benda nih.  Aziz M.Osman, I have been admiring your works since cerita dulu2 pasal science fiction tu lagik!  Aku pun lupa apa tajuk citer tuh la.....ok move on!  


Tadi kul 1pagi pergi Mid Valley untuk tengok Azura versi 2012 nih.  Agak teruja sebenarnya sebab, filem itu sendiri membawa tajuk yang sangat besar.  Siapa yang tidak tahu wujudnya Azura yang asal dulu tu??  Filem asal lakonan Fauziah Ahmad Daud atau Kak Ogy n Jamal Abdillah antara fenomena waktu tuh.  Untuk versi moden sikit ni, dua nama baru dipertaruhkan.


Shahz Jaszle hero baru yang fames dek kerana rupa yang jambu ye?  Neelofa pulak meletop2 lepas dikaitkan dengan kontroversi mengenai Fazura.  Tapi persamaan paling ketara Neelofa dengan Shahz Jaszle bila dilanda tsunami kontroversi dulu dengan Maria Farida.  Satu Malaysia yang makmur ni bergoyang dek kisah cinta tiga segi depa.


Tapi jujurnya aku memang minat dengan diorang ni.  Aku mengharapkan sesuatu yang baik2 aje dari lakonan depa untuk Azura.  Ternyata tidak terlalu mengecewakan.  Kecantikan filem ni bukan pada shotnya, atau skrip dan jalan cerita tapi lebih kepada pelakon utamanya!  Baik peminat Neelofa atau Shahz Jaszle they will be dazzled by the couple's charming-ness.


Cantik si Lofa , hensem si Shahz.  Tapi yang kurang menyengat dari segi plot cerita.  Sebagai peminat karya Aziz M.Osman, aku mengharapkan sesuatu yang hebat daripada dia.  Kesungguhan dah ada sebab tu orang2 filem ni terbang ke Paris, London segala tapi kalau banyak yang diperkemaskan, aku yakin filem ni boleh berdiri sama tinggi dengan Ombak Rindu :)




Sila makan hati dengan shot ini...haihhhh...aummmmm~~ hahaha






Friday, July 15, 2011

Review : best sangat ke Harry Potter and The Deathly Hallows Part Two ??



Filem yang ditunggu2 ramai peminat novel nih.  Personally, Izz sendiri minat both filem mahupun novel Harry Potter.  Izz baca dan ada semua novel dia baik dari yang first which is Harry Potter and The Sorcerer's Stone sampailah the last one Harry Potter and The Deathly Hallows....




Actelli, kalau korang yang setakat minat tengok filem sahaja without baca buku dia, korang tersangatlah rugiiiiii oiiii...sebab dalam filem tu hanya sikit ciput je yang dia keluarkan and not to mention ada yang tak berapa asli dalam filem compared yang dalam novel.  Hehhhh tapi kalau korang jenis peMalas baca buku memang idoklah korang nak dapat nikmati *manisnya kurma ini???


Gituuuu~ kita curik tagline Sepah dalam Maharaja Lawak sikit...haha..*baik punyaaaaa




teruskan membaca...




Thursday, June 30, 2011

Review : Transformers 3, Menarik dan yang Tak Menarik


Eh, muka macam nak kena tampor je pic nih..hahaha..




By the way, satu Malaya dah kena demam dek filem terbaru Transformers 3 : Dark of the Moon kan? Berpusu-pusu orang berlari ke panggung2 berdekatan. Ada jugak yang gigih booking tiket awal2! Hebat...




So, tadi Izz lepaskan kelas Business dulu yang habis pukul 9lebih baru pergi ke arah Pavilion..dah biasa tengok dekat GSC Pavilion..actelli Izz tak berapa suka GSC Time Square..memang tak pernah suka dengan hall dia sebab kerusi kecik tak sedap n panas nan hado dalam tuh..air cond dia tak sejuk macam yang ada kat Pavilion..

Conclusion nya Pavi lagi selesa lah..  (^.^)








teruskan membaca...

Monday, June 27, 2011

Showcase U-Kiss, artis K-Pop di Pavilion KL




Ape pasal lama dah tak update blog Izz Latif oiiii??? haaaaaa...sila jerit kat broadband aku ni..nan hado lembapnya!!! rasanya baru bayor tapi masih semput. So, even nak loading page pun tak boleh, lagi lah nak update entry kan.




Terpaksa pendam perasaan..memang terus down nak hadap blog..huhuhu




Hari tu masa bufday Izz ada jalan-jalan area KL..so, on da way nak ke GSC Pavilion Izz juz lalu luar, tak ikut dalam..alang-alang tu nak jugak singgah ke Starbucks or Coffee Bean's..tetiba nampak stage ni kat tepi tuh..dekat dengan Royal Selangor Club..






teruskan membaca....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...