First of all, masa pertama kali aku tengok poster untuk Azura 2012 ni, mau tersembur segala haremjadah yang aku makan! Like seriously?? Then aku terbaca samwan RT kat Twitter pasal benda nih. Aziz M.Osman, I have been admiring your works since cerita dulu2 pasal science fiction tu lagik! Aku pun lupa apa tajuk citer tuh la.....ok move on!
Tadi kul 1pagi pergi Mid Valley untuk tengok Azura versi 2012 nih. Agak teruja sebenarnya sebab, filem itu sendiri membawa tajuk yang sangat besar. Siapa yang tidak tahu wujudnya Azura yang asal dulu tu?? Filem asal lakonan Fauziah Ahmad Daud atau Kak Ogy n Jamal Abdillah antara fenomena waktu tuh. Untuk versi moden sikit ni, dua nama baru dipertaruhkan.
Shahz Jaszle hero baru yang fames dek kerana rupa yang jambu ye? Neelofa pulak meletop2 lepas dikaitkan dengan kontroversi mengenai Fazura. Tapi persamaan paling ketara Neelofa dengan Shahz Jaszle bila dilanda tsunami kontroversi dulu dengan Maria Farida. Satu Malaysia yang makmur ni bergoyang dek kisah cinta tiga segi depa.
Tapi jujurnya aku memang minat dengan diorang ni. Aku mengharapkan sesuatu yang baik2 aje dari lakonan depa untuk Azura. Ternyata tidak terlalu mengecewakan. Kecantikan filem ni bukan pada shotnya, atau skrip dan jalan cerita tapi lebih kepada pelakon utamanya! Baik peminat Neelofa atau Shahz Jaszle they will be dazzled by the couple's charming-ness.
Cantik si Lofa , hensem si Shahz. Tapi yang kurang menyengat dari segi plot cerita. Sebagai peminat karya Aziz M.Osman, aku mengharapkan sesuatu yang hebat daripada dia. Kesungguhan dah ada sebab tu orang2 filem ni terbang ke Paris, London segala tapi kalau banyak yang diperkemaskan, aku yakin filem ni boleh berdiri sama tinggi dengan Ombak Rindu :)
Sila makan hati dengan shot ini...haihhhh...aummmmm~~ hahaha
No comments:
Post a Comment