Followers

Friday, July 15, 2011

Review : best sangat ke Harry Potter and The Deathly Hallows Part Two ??



Filem yang ditunggu2 ramai peminat novel nih.  Personally, Izz sendiri minat both filem mahupun novel Harry Potter.  Izz baca dan ada semua novel dia baik dari yang first which is Harry Potter and The Sorcerer's Stone sampailah the last one Harry Potter and The Deathly Hallows....




Actelli, kalau korang yang setakat minat tengok filem sahaja without baca buku dia, korang tersangatlah rugiiiiii oiiii...sebab dalam filem tu hanya sikit ciput je yang dia keluarkan and not to mention ada yang tak berapa asli dalam filem compared yang dalam novel.  Hehhhh tapi kalau korang jenis peMalas baca buku memang idoklah korang nak dapat nikmati *manisnya kurma ini???


Gituuuu~ kita curik tagline Sepah dalam Maharaja Lawak sikit...haha..*baik punyaaaaa




teruskan membaca...








Tahun lepas memang teruja nak tengok first part.  Korang boleh baca entry untuk first part kat sini yek.  Kalau korang perasan untuk Part One banyak benor feeling2 between trio budak2 tu .  Macam apa yang production diorang cakap, Part Two akan lebih banyak action berbanding Part One.  Tapi permulaan cerita Part Two dah boleh buat korang rasa teruja!




  • Bermula lepas kematian Dobby si Elf yang comel tuh, plot mula gerak ke arah klimaks.  Klimaks filem ye! bukan klimaks ittewwww  (>.<)" hukhuk...  Scene dekat Bank Gringgots sangat2 menarik!  Lepas hampir 4tahun baca novel untuk scene tuh dan berharap dengan comelnya sejak saya berumur 16 tahun supaya babak itu menarik di filem menjadi kenyataan, at least pengarah berjaya buat scene tu betul2 menjadi bila dibawa ke dalam filem.  





  • Then Harry n kawan2 dia ceroboh masuk dalam Hogwarts yang mana klimaks dia makin memuncak bila the battle of Hogwarts took place.  Part yang ini memang besh bila tengok Professor McGonagall lawan dengan Snape.  Sejak filem pertama lagi nak tengok McGonagall lawan betul2 n bukan setakat tukar tikus jadik cawan dalam kelas kayh...kemain gigih pompuan tu main campak2 api kat Snape.  Masa yang ini ada ubah sikit dari versi buku.  










  • Then datanglah si Voldemort dengan Death Eater n pengikut2 dia yang lain termasuk gergasi.  Masa cikgu2 Hogwarts n Order of Phoenix letak mantera pelindung kat satu istana tuh, memang rasa teruja giler!  Scene tu dibuat cukup cantik tambah pulak rasa tak senang tengok tentera Voldemort yang macam puaka itu....korang bayangkanlah orang2 Voldy sume sah2 terer bab bunuh2 orang ni kan, tapi lawan diorang dengan orang2 kat istana Hogwarts yang kebanyakkannya budak2 sekolah.  Takat baru belajar sihir terbangkan bulu burung.  Boleyhhh??  Tak ke seksa jiwa raga mak pak budak2 tu memikirkan....






~cantik uiiiiii dia nih!!!~



Tapi ada yang tak besh..bila pertarungan tu mula ada rasa macam tak kena.  Mula2 memang thrill giler but then kurengggg....sebab mungkin pertarungan antara karakter macam terlalu pantas berlalu n ada masa cuma dihiasi dengan background music...so bunyi meletop2 segala kurang..n kita tak dapat nak tengok setiap karakter tu bertarung dengan skill mereka kecuali setakat keluar tak sampai 2saat...



Kita tak dapat nak tengok Head of Hufflepuff dengan pokok2 dia buat orang2 Voldemort sengsara, tak dapat jugak tengok Professor Trelawney yang kelakar tu dengan bebola kristal dia humban Death Eaters n even action dari bapak Ron n Remus Lupin...hurmmm




Even after Harry 'mati' and Voldemort masuk kawasan Hogwarts patutnya kan ada lagi pertarungan kedua.  Bila diorang tak dapat terima kematian Harry diorang lawan balik bila centaurs atau sentora datang membantu.  Lagi satu, *mana Grawp adik si Hagrid?? *Mana Buckbeak? *Mana house elf n Kreacher yang patutnya keluar ramai2 tikam kaki2 Death Eater?  *Even Hagrid pun keluar tersangatttttlah sikit...aku rasa dua scene je muka dia.  Tak ke sakit hati kau bila tunggu watak yang penting since first movie tapi muncul ala2 cameo jek??

Watak penting macam Professor Slughorn n Flitwick pun masing2 macam cuma tayang muka jekkkk...*tak ada pertarungan antara Voldemort dengan Kingsley, McGonagall n Slughorn sekaligus yang mana patutnya kalau ada mampu menambah kepuasan yang maksima sampai luruh dan gugur segala bulu di badan penonton...


Itu kekurangan yang terlalu ketara dalam Part Two..kepuasan sangat2 kurang di situ.









  • Tapi, pertarungan terakhir antara Harry n Voldemort menjangkaui expectation.  Ada scene Voldemort belit dia segala, tampar2 si Harry *main slap2 koooo...kinky jugak Voldy nih..hekhek... siap terbang keliling sama2 satu Hogwarts tuh, cakar2 muka  bagai.  Yang itu menarik. Lagi satu scene Izz nak tengok bila Bellatrix Lestrange kena bunuh dengan mak Ron...even scene tu pendek je tapi, bolehlahhhhhh...






~korang mesty benci giler vavisss kat dia dari awal filem kan? tapi sedih woooo bila tengok dia mati n dia selama ni jaga Harry sbb sayangnya dia kat Lili, mak Harry~



~one of them pun mati..sedih sbb diorang suka bwt lawak~



~dia ni sah2 mati kan!! opssss terbagi tau pulak...hahaha~




Over all cerita Harry Potter and The Deathly Hallows Part Two ada kekuatan n kelemahan dia sendiri...


Btw, masa ni Izz tengok kat GSC, Pavilion...suka amik showtime awal sebab tak ramai orang..kalau korang amek lepas pukul dua memang manjang lah tiket xdek!!


(^-^)


Izz bagi 4/5 bintang....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...