Followers

Sunday, October 7, 2012

(Review) Taken 2 : Antara filem aksi terbaik 2012!


Ini saja je nak tunjuk baru lepas dapat topi baru...haha gedik ko! Dah lama kot aku tak keluar pakai topi2 ni. Last time was zaman masih budak sekolah dulu.

Like I have said before, minggu ni memang minggu bermalas-malas asyik keluar tengok movie je..hihihi...

Lepas tengok Bait, Hotel Transylvania, Untuk Tiga Hari, kita tengok pulak Taken 2. Ini sambungan kepada yang sebelum ni. Bagi siapa-siapa yang dah tengok the first one, akan terpanggil tengok yang baru ini. Aku antaranya :)

Untuk Taken 2, beli tiket GSC via online saja. Pilih dekat Times Square sebab kalau dekat KLCC or Pavilion mesti ramai orang kot. Taken 2 ni kitorang tengok 2D dalam iMaxx hall kat tingkat 10 yang besar gedabak tu. Last time tengok kat hall tu untuk 3D Avangers n Step Up Revolution.



Taken 2 is a very good movie packed with actions. Aku langsung tak expect yang filem ni akan sebagus yang pertama. Dengan plot yang mudah, jalan cerita yang senang difahami, disulam pulak dengan aksi n drama, sudah boleh buat aku terduduk di kerusi langsung tak fikir bosan. Bahkan, penonton-penonton yang lain terpaku dekat kerusi masing-masing. Ada yang terlebih syok n excited siap kedepankan badan kalau boleh agaknya nak muka tu seinci dari screen kot! haha lol



Liam Nee Son memang subjek utama filem ni. Watak dia yang membuatkan filem ni rasa seronok untuk ditonton. Seorang bapa yang terjerat antara rancangan jahat untuk membalas dendam dekat dia, sampai melibatkan keluarga, dia bersungguh-sungguh untuk pastikan anak perempuan dia terutamanya selamat. 

Namun di sebalik tu, ada juga yang mengundang rasa 'gelisah' sebab orang jahat yang digambarkan dalam filem ni adalah orang Islam. Walaupun diorang ada motif untuk balas dendam atas kematian ahli keluarga, tapi secara dasarnya dengan jelas kita nampak yang mereka nak tunjukkan bahawa penjahatnya adalah orang Islam....hurmmm...

Tapi masih seronok untuk ditonton. Antara filem aksi yang bagus untuk penghujung 2012 ni.


Rating : 4 bintang 




3 comments:

  1. Gua dah tak minat nonton lepas hero dah terlepas dari tahanan dan mengamuk bunuh orang lagi. Aksi kejar mengejar naik kete pon biase-biase je. Takyah la nak banding ngan The Bourne Identity (2002), Ronin (1998), The French Connection (1971) atau Bullitt (1968). Tup-tup citer dah habis. Senang je hero cari balik orang jahat. Tak mencabar langsung. Gua dah tak concentrate tengok sampai habis tapi kalau tak silap, ketua penjahat pon hero bunuh pakai sebelah tangan jek. Guna tapak tangan lak tuh! What the fish? Lebih kurang buduh cam Liam Neeson ni gaduh ngan serigaler pakai penumbuk jer dalam citer The Grey (2011) dulu. Gua tunggu jugak kalau-kalau ada dialog menarik yang boleh dijadikan Mutiara Kata macam part 1 dulu -”I will find you, I will kill you”, tapi langsung takde. Yang banyak cuma product placement Toyota, Apple dan Merc.

    - Baca lagi Review Movie Taken 2 dalam BM di www.sinema.my

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...