Followers

Showing posts with label Pavilion. Show all posts
Showing posts with label Pavilion. Show all posts

Tuesday, March 12, 2013

Rupamu Cantik, Tapi Sayang Tidak Mantap


Bekpes ni je dekat office dengan sekotak susu. Kekonon sebab lambat masuk office so pergi kedai just grab Snickers ni. Terpedaya dengan iklan selama ni kata kalau lapar 'Grab a Snickers' walaupun.........tak kenyang pun? Sugar rush ada lah pepagi kat office...haha

Gilo.

Banyak benda nak dikongsi, moview review nak buat semua tapi masa tu tak dok. By the time nak update review filem aku dah tengok bila check eh dah takde tayang kat panggung. Sedih!

So end up update kat Twitter n Instagram saje lebih senang kan.



Sekarang ni cepat betul naik stress sampai muka break out dengan acne bagai. Banyak benda nak fikir n bayar. Heh.



'Rupamu meyakinkanku yang kamu sedap, tapi ternyata cantik tak semesti mantap rasanya' 
(-.-)


Dah lama giler kempunan nak makan Tiramisu ni. Nak buat sendiri amek resipi dari blog Nabeyl. Kemain sedap betul tengok dia masak. Baru tengok salin resipi tapi air liur dah jejeh2 atas keyboard acane? hahaha

Siap simpan resipi save dalam Note. So kalau kot-kot pergi barang dapur hah tinggal check dalam hp je barang-barang nak beli. Teknologi memudahkan kerja. Tak payah galabah cari kertas, pen semata-mata nak tulis. Agak-agak kalau dah terer hafal resipi dah delete aje dari hp. Gituh.

Tapi sebab last week semangat baru lepas dapat gaji, ada lah keluar hari Sabtu jalan-jalan nak shopping. Gigih jalan dari Times Square ke Sungai Wang pastu Pavilion then KLCC tapi hampeh tak ketemu apa yang dihajatkan. Terus patah balik ke Times Square dapatlah sehelai dua baju. Tapi semput tahu berjalan so singgah Coffee Bean dekat Lot10 duduk kejap minum Hazelnut Latte n makan Tiramisu

Cantik sangat Tiramisu dia. Serious! Langsung tak fikir nak order lain bila dah nampak ni. Tapi bila dah start makan, alamak, awat tawaq habiaqqqq nih!! Langsung tak rasa apa lah. Coffee dia pun ala-ala macam kurang rasa. Ke memang macam tu style diorang punya masak? Sebelum ni makan dekat branch Pavi ok je lazat. 

Kecewa aku (-.-)"

Tak ape lah nanti ada masa rajinkan diri n masak sendiri.

(^.^)






Tuesday, December 4, 2012

Christmas Decorations in Pavilion ;)


Berjalan je kerjanya! hehehe :)

Kalau ada masa lapang ni lah aktiviti utama, tengok wayang. Itu pun kalau rajin, kalau tak duduk rumah je online, bermalas-malas depan tv or masak. Memandangkan sekarang ni selalu hujan so lebih cenderung duduk rumah. 

Destinasi tengok wayang selalunya Pavilion, Times Square or KLCC. Jarang pergi Mid Valley. Pilih tempat yang ada makanan sedap ler. Baru syiok! 

Jom kita ke Bukit Bintang ;)



Christmas is coming, so all you can see dekat shopping malls area Kuala Lumpur ni banyak decor untuk perayaan itu. Meriah! Sama macam time nak sambut Raya Aidilfitri or Tahun Baru Cina.

 Dekat Fahrenheit yang tak berapa nak hidup tu pun ada perhiasan untuk Christmas.



Ini dekat dalam Pavilion, bahagian tengah-tengah tu.



Memang la nampak macam 'wahhhh banyaknya perhiasan!' tapi macam serabut ke apa ke??

Rasanya decor Christmas tahun lepas lagi cantik. Tahun ni tema motif motif dia mungkin 'kusut'....hehehe sebesar-besar alam chandelier dekat tengah-tengah tu. Rosmah Mansor nampak pun mungkin dia berminat nak letak dekat rumah, sanggup trade in dengan cincin gelang mengerlip dia. lol

Kalau ada yang pergi tengok festive decoration dekat Times Square atau KLCC mesti lagi suka kot. Gempak tapi cantik tak serabut.



Banga dekat atas besar-besar gedabak tu rasanya lagi cantik kalau ditukar dengan bola-bola warna warni n perhiasan yang selalu orang letak dekat pokok pine untuk Christmas kan? Setuju tak?

Apa pun ambil gambar itu wajib! snap snap ;p







Sunday, August 5, 2012

[ FoodLover ] : The Loaf Pavilion sedap !




Kalau hari-hari berbuka puasa kat rumah bosan jugak ye idok? Mostly kalau weekdays selalunya akan berbuka kat rumah je. Tapi ramai yang akan amek kesempatan waktu hujung minggu untuk having fun with family and buddies berbuka dekat luar. Where are the common places they'll choose to go? hurmmm......hotel? itu sudah tentu! kalau boleh setiap dua minit korang nak tweet berbuka kat hotel berbintang2 kan? hiksss....

Last few days aku ada jugak pergi berbuka dekat luar. Itu pun tak plan. Mula2 petang tu juz pergi Jln TAR sebab nak check on baju melayu. Fuhhhhh panas n penat wuiiii kat situ dengan rambang matanya lagik!

Then pergi ke Bukit Bintang sebab dengar khabar juadah lauk pauk jual kat sana boleh tahan sedap n meriah. Memang meriah! Tapi disebabkan malas nak berebut dengan 'orang-orang tak puasa' yang few of them agak biadap n annoying, aku pilih berbuka kat Pavi je lah. Yelah, kaum bangsa ko bukan puasa pun, tapi ko biadap nauzubillah bertolak2. Kitorang yang puasa ni pulak ditolak ke tepi. Annoying nya lahhhhh.


Pusing-pusing satu Pavi tapi tak tahu nak berbuka kat mana. Nak try Madam Kwan pun dari luar dah nampak ramai beratur. heh. malas ler nak buang masa beratur tapi end up tak dapat seating. Then teringat ada kawan aku yang journalist untuk My News Hub , ada pergi makan pasta dekat The Loaf. So, I was just trying my luck pergi tanya if the tables sume dah reserved. Cut it short, we were lucky enough sebab ada meja untuk dua orang. (^.^)



First time aku dine in kat sini. Tapi kalau roti depa memang dah selalu aku beli sebab memang sedap pastry dia ok! Ni ada set untuk Iftar. I chose set no.3, Nasi Beriyani with Tun's Beef Curry. Korang boleh nampak RM35 tu macam mahal kan? Tapi ada sekali sup for starter, kurma, popia, air.



Tempat dia cantik. Tu ada foreign couple, pelancong Korea kalau tak silap. Diorang order kemain banyak tapi pung pang pung pang makan cepat giler habis!



Before masuk waktu berbuka aku turun ke bawah sekejap nak tengok roti diorang. End up aku amek this two cups. I donno what they called it tapi satu tu choc dengan cheese yang memang sedap gilerrrrr n satu lagi oreo. Kalau korang jenis macam aku suka desserts, yang coklat tu memang highly recommended !



 Kurma n popia. yummyyy.



 Ice lemon tea. 


This one soup for starter. Tak sure apa actelli sebab yang pasti bukan mushroom or pumpkin. Tapi, memang kena dengan tekak aku sebab kejap je dah licin! hewhew



This one is mine. Nasi Beriyani with Tun's Beef Curry. Portion curry dia macam 3 orang punya makan! Banyak wuiiiii...curry dia sangatlah sedap! Pekat n terangkat....huhu



Yang ni pulak Nasi Beriyani dengan Ayam Percik kalau tak silap. Sedap jugak. Bak kata Azwan Ali? 'Luvvvvvvvvvv' ...hahaha

Kalau ada yang tertanya-tanya pening tak tahu nak berbuka kat mana, boleh try The Loaf, Pavilion.

(^.<)

Thursday, July 12, 2012

Spidey and Coffee time with bestie !! (^,~)


Got a sudden call from my bestie si Daniel ni, asking to go out together2 katanya. Eh bukan asking politely sgtlah more to terpaksa-ing macam 'Wey, ko kat mana? Aku ada kat LRT Salak Selatan ni, jom keluar!' ...haaaa cenggitu...haha

Tapi seikhlas hati memang aku keluar turunlah sebab susah nauuu sekarang ni nak jumpa mamat sorang ni sebab busy kerja kan. Dialah orang kuat kat Parkson Pavi tuh...hahaha

Dek kerana xda 24-hour notice ajak keluar so terpaksalah dia tunggu dekat sejam kat LRT tu..ahahaha amek ko! Lepas siap2 buat rambut sume baru terkedek2 aku lari gi jumpa dia kat sana. Kami keluar bertiga.



Ke mana hala tujunya? Memasing rasa macam lapar n macam mood nak tengok movie tengah ada so melangkah lah kami ke Pavilion. Pergi makan dekat Korean Cuisine kat Food Republic then beli tiket kat GSC sebab the new Spiderman movie baru keluar kan. Yang bagusnya tengok waktu weekday ni sebab for sure tak ramai orang. Kalau waktu weekend? Terpaksalah berebut dengan those gedik-fesyen-tah-pape school girls yang ampunnnnnn rimas aku!!

But still terpaksa tunggu more than an hour before seating so we decided to juz lepak2 kat Starbucks. Minum2 coffee, borak2 buat lawak ketawa terkekeh2 macam tempat tu kitorang punya....hahaha...having a good time laughing of jokes with ur beloved kawan feels so good kan?






Thursday, January 26, 2012

Rindunya dekat kawan2 ~



Ouh rindu dengan kawan2 aku yang ini semua  *menaip entry ni sambil air mata menitik deras tup tup  


Ini pic masa sambut new year hari tu dengan Tasha, Akmar, Yana n Afiq. Gambar hiasan untuk entry ni kat atas tu amek kat umah Akmar. Wat a lovely house she got!  sumpah cantik giler n itu rumah impian aku how it shud look like.




Hari tu before new year pun ada lepak dengan geng2 office lama. Aku sayang friendship dengan dorg ni ok. Sebab masing2 ada minat yang sama n kepala pun boleh layan...huhu...


Lepak2 dekat Starbucks, Pavilion sambil cuci mata ouhhhhh indahnya waktu tuh!  hahaha....still remember gelagat aku ngan Ruff yang xhabis2 membahan orang yang lalu lalang...hoho


Dapat spend time dengan kawan2 memang besh !!

But if Allah's will, insyaallah, lepas ni selalu lah kot aku pergi Pavi tu.  Kenapa?  Rahsia.....hewhewhew



Friday, July 15, 2011

Review : best sangat ke Harry Potter and The Deathly Hallows Part Two ??



Filem yang ditunggu2 ramai peminat novel nih.  Personally, Izz sendiri minat both filem mahupun novel Harry Potter.  Izz baca dan ada semua novel dia baik dari yang first which is Harry Potter and The Sorcerer's Stone sampailah the last one Harry Potter and The Deathly Hallows....




Actelli, kalau korang yang setakat minat tengok filem sahaja without baca buku dia, korang tersangatlah rugiiiiii oiiii...sebab dalam filem tu hanya sikit ciput je yang dia keluarkan and not to mention ada yang tak berapa asli dalam filem compared yang dalam novel.  Hehhhh tapi kalau korang jenis peMalas baca buku memang idoklah korang nak dapat nikmati *manisnya kurma ini???


Gituuuu~ kita curik tagline Sepah dalam Maharaja Lawak sikit...haha..*baik punyaaaaa




teruskan membaca...




Sunday, July 3, 2011

Habit Buruk Izz Latif...hakhakhak



Hahaha..entry ni agak mengutuk diri sendirilah, tak apa biar kita sendiri bukak cerita jangan orang laen kepoh2 yang start dulu kan.  Konsep sebegini baru masyarakat aman damai, tak ada kepohchi2 yang bawak cerita.  Malaysia pun tak ada lah panas sangat dengan bahang dosa rakyat jelata..hahaha





  • Sekarang ni belum ada mood aku nak bercerita pasal demo Bersih, separuh bersih, tak berapa nak bersih bagai..nanti kena chop pulak penyokong either Barisan atau Pakatan..yang penting aku tak nak Malaysia huru hara mcam dekat Libya semua tuh..terima kasih!!



teruskan membaca....


    Friday, July 1, 2011

    Blog Izz Latif Dah Dapat Sponsor dari KFC !!! (^,~)


    What a shocking news??  Betul ke blog Izz Latif dapat sponsor dah??  Fuyoohhhh..dah mula kena engage dengan advertiser ye??  Kalau macam tu, mesty dah dapat sponsored post ye? Kelassss kau Maria!!  Bukan calang-calang brand ok.  KFC lagi tuh. Kau ada????




    teruskan membaca...


    Thursday, June 30, 2011

    Review : Transformers 3, Menarik dan yang Tak Menarik


    Eh, muka macam nak kena tampor je pic nih..hahaha..




    By the way, satu Malaya dah kena demam dek filem terbaru Transformers 3 : Dark of the Moon kan? Berpusu-pusu orang berlari ke panggung2 berdekatan. Ada jugak yang gigih booking tiket awal2! Hebat...




    So, tadi Izz lepaskan kelas Business dulu yang habis pukul 9lebih baru pergi ke arah Pavilion..dah biasa tengok dekat GSC Pavilion..actelli Izz tak berapa suka GSC Time Square..memang tak pernah suka dengan hall dia sebab kerusi kecik tak sedap n panas nan hado dalam tuh..air cond dia tak sejuk macam yang ada kat Pavilion..

    Conclusion nya Pavi lagi selesa lah..  (^.^)








    teruskan membaca...

    Monday, June 27, 2011

    Showcase U-Kiss, artis K-Pop di Pavilion KL




    Ape pasal lama dah tak update blog Izz Latif oiiii??? haaaaaa...sila jerit kat broadband aku ni..nan hado lembapnya!!! rasanya baru bayor tapi masih semput. So, even nak loading page pun tak boleh, lagi lah nak update entry kan.




    Terpaksa pendam perasaan..memang terus down nak hadap blog..huhuhu




    Hari tu masa bufday Izz ada jalan-jalan area KL..so, on da way nak ke GSC Pavilion Izz juz lalu luar, tak ikut dalam..alang-alang tu nak jugak singgah ke Starbucks or Coffee Bean's..tetiba nampak stage ni kat tepi tuh..dekat dengan Royal Selangor Club..






    teruskan membaca....

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...