Followers

Showing posts with label Times Square. Show all posts
Showing posts with label Times Square. Show all posts

Tuesday, March 12, 2013

Rupamu Cantik, Tapi Sayang Tidak Mantap


Bekpes ni je dekat office dengan sekotak susu. Kekonon sebab lambat masuk office so pergi kedai just grab Snickers ni. Terpedaya dengan iklan selama ni kata kalau lapar 'Grab a Snickers' walaupun.........tak kenyang pun? Sugar rush ada lah pepagi kat office...haha

Gilo.

Banyak benda nak dikongsi, moview review nak buat semua tapi masa tu tak dok. By the time nak update review filem aku dah tengok bila check eh dah takde tayang kat panggung. Sedih!

So end up update kat Twitter n Instagram saje lebih senang kan.



Sekarang ni cepat betul naik stress sampai muka break out dengan acne bagai. Banyak benda nak fikir n bayar. Heh.



'Rupamu meyakinkanku yang kamu sedap, tapi ternyata cantik tak semesti mantap rasanya' 
(-.-)


Dah lama giler kempunan nak makan Tiramisu ni. Nak buat sendiri amek resipi dari blog Nabeyl. Kemain sedap betul tengok dia masak. Baru tengok salin resipi tapi air liur dah jejeh2 atas keyboard acane? hahaha

Siap simpan resipi save dalam Note. So kalau kot-kot pergi barang dapur hah tinggal check dalam hp je barang-barang nak beli. Teknologi memudahkan kerja. Tak payah galabah cari kertas, pen semata-mata nak tulis. Agak-agak kalau dah terer hafal resipi dah delete aje dari hp. Gituh.

Tapi sebab last week semangat baru lepas dapat gaji, ada lah keluar hari Sabtu jalan-jalan nak shopping. Gigih jalan dari Times Square ke Sungai Wang pastu Pavilion then KLCC tapi hampeh tak ketemu apa yang dihajatkan. Terus patah balik ke Times Square dapatlah sehelai dua baju. Tapi semput tahu berjalan so singgah Coffee Bean dekat Lot10 duduk kejap minum Hazelnut Latte n makan Tiramisu

Cantik sangat Tiramisu dia. Serious! Langsung tak fikir nak order lain bila dah nampak ni. Tapi bila dah start makan, alamak, awat tawaq habiaqqqq nih!! Langsung tak rasa apa lah. Coffee dia pun ala-ala macam kurang rasa. Ke memang macam tu style diorang punya masak? Sebelum ni makan dekat branch Pavi ok je lazat. 

Kecewa aku (-.-)"

Tak ape lah nanti ada masa rajinkan diri n masak sendiri.

(^.^)






Wednesday, November 7, 2012

Silent Hill, Korean Cuisine, New Hair Cut :)


Bila tengok gambar ni rasa menyesal pulak potong rambut. This was taken recently jugak waktu jenjalan tengok Silent Hill dekat Pavilion. Tapi potong dekat Michael n Guys, Times Square. The service was good, and my new hair cut...ermmm...oukeyh lah masih trying to get use to it. The hairstylist cuba bagi style rambut yang lebih fresh. Siap dia carut membahan aku lagik...heh

Tak tahulah pulak siapa nama dia yang potong rambut aku tu tapi kalau tak silap senior lah. Sebab memang aku mintak senior hairstylist. Dia lelaki, Chinese. Agak tua dah kot tapi sangat kelakar. Dia ada personaliti yang buat kita nak ketawa dengan telatah dia.

Lepas je aku cuci rambut dia tengok rambut aku dia buat muka bosan!

U masuk-masuk tadi je i tgk u, aiyooo tak glamour langsung rambut u

Errr...hahaha yekew

Iyeeee...come lemme cut your hair, u bagi tahu style apa u nak

Kalau boleh nak pendek sikit tapi jangan pendek sangatlah

KALAU BOLEH ea?? apa u ingat ni kedai murah-murah punya ke?! I akan bagi u nampak cantik punya


So dia potong-potong siap berborak lagi

Are u mix? U ada campur-campur ke?

Kenapa? (-.-)

Sebab muka u nampak macam ada mix. Nampak putih-putih macam ada campur mat saleh sikit

Hahahahahaha *ketawa besar I mendengornya! muahaha


Disebabkan aku datang dengan pakai topi lepas habis je gunting rambut dia warning

U jangan pakai topi aaaa! Lepas keluar sini kedai baru boleh pakai. I dah set rambut u cantik-cantik nnt i kecik hati sedih tengok u pakai topi


Aigo! haha....tapi memang aku prefer gunting kat sana lah. RM45 total semua. Kalau dekat Sungai Wang at least RM50 kot. 




Btw masa dekat Pavilion sempat makan-makan dulu dekat Food Republic. Kalau makan dekat sana, bila soalan 'Nak makan dekat mana?' dekat nambelas kali ulang tapi masih tak boleh decide, memang last-last ke sana lah ditujunya.

Macam biasa, pilih Korean Cuisine. Itu je yang memang fav kalau dekat sana. Simple n sedap. Tapi kalau banding dengan set ayam ni aku memang prefer Bulgogi Set (daging). Sedap plus sangat mengenyangkan. Sesuailah dengan harganya...hewhew

Lepas makan tengok movie Silent Hill dekat GSC Pavilion. Alamak, tak pernah tengok the previous one, jujurnya aku memang tak tahu filem tu wujud...haha..tapi dah terpaksa teman orang tengok kita layankan ajelah.

Tapi sebelum tengok ramai juga tweet bagi tahu filem ni bosan sikit banding dengan the first one. Yeah they were right. Surprise element dalam filem tu memang ada n banyak. Tapi sekejap-sekejap sangat. Bukannya tak enjoy tapi maybe I might prefer beli sahaja dvd or download bila blu ray dah keluar nanti...huhu




Thursday, November 1, 2012

(Review) Ted : Super Kelakar! Menghiburkan!


Actelli tengok Ted sebelum tengok Looper, tapi disebabkan the overwhelm hype we got from Ted was too good, so Looper sememangnya terpaksa dilupakan..haaaaa

Siapa-siapa belum tengok Ted pergilah. Surely kalau nak release tension, stress, nak ketawa terbahak-bahak, it's a must-watch movie. Obviously ini adalah filem komedi. 

Jalan ceritanya mudah, straight forward, tak ada liku-liku yang membuatkan ko macam wuiiiiii penatnya lahaiiii nak menunggu plot berkembang *sambil tak habis-habis tengok jam kan

Filem ni ringan, tapi harus diingatkan lawak komedinya ada berunsurkan kedewasaan sikit or adult jokes lah. Sebab watak Ted ni walaupun dia sangatlahhhhh comel n kelakar tapi dia suka hisap ganja, mencarut, gila seks sikit....haha deswaii i told you lawaknya agak 18tahun ke atas sikit.



Walaupun before tengok cerita ni ada yang tweet aku recommend untuk ditengok tapi ada juga scene kena potong. Its ok. Here in Malaysia kita faham walaupun sifat keterbukaan tu makin sebati tapi kita masih kena ikut norma budaya kita jugaklah. 

Scene yang kena potong tu pun tak rugi pun kalau tak tengok. Plus, memang tak menjejaskan jalan cerita pun. Kita masih boleh layan lawak-lawak yang ada dalam cerita nih.



Tu diaaaa duk mengorat awek cashier counter sebelah...muehehehe

Kalau nak dibandingkan suntikan elemen komedi dalam cerita ni berbanding filem Malaysia, sadly i have to say terlalu jauh beza. Tolak tepi unsur yang keterlaluan macam lawak 'kasar' n agak lucah, tapi elemen komedi Ted jauh lebih segar daripada kebanyakan filem-filem komedi tempatan. Yes!

Dialog yang selamba membahan selebriti-selebriti terkenal dijadikan bahan jenaka sangat menjadi! Satu panggung ketawa.

Filem kita?? hurmmmm itu jelah, pusing sana pusing sini gitu jelah. nuff said.

Tak mengantuk tengok filem ni dekat wayang. Tapi filem ni masih lagi bukan terbaik. Lambat laun kita akan lupakan filem ni berbanding filem lain yang lebih ada 'nilai'. Namun, Ted mengajar kita erti persahabatan yang kadang-kala kita sanggup lupakan demi kepentingan sendiri. 

(^.~)

Rating : 4.2 bintang






Sunday, October 7, 2012

(Review) Taken 2 : Antara filem aksi terbaik 2012!


Ini saja je nak tunjuk baru lepas dapat topi baru...haha gedik ko! Dah lama kot aku tak keluar pakai topi2 ni. Last time was zaman masih budak sekolah dulu.

Like I have said before, minggu ni memang minggu bermalas-malas asyik keluar tengok movie je..hihihi...

Lepas tengok Bait, Hotel Transylvania, Untuk Tiga Hari, kita tengok pulak Taken 2. Ini sambungan kepada yang sebelum ni. Bagi siapa-siapa yang dah tengok the first one, akan terpanggil tengok yang baru ini. Aku antaranya :)

Untuk Taken 2, beli tiket GSC via online saja. Pilih dekat Times Square sebab kalau dekat KLCC or Pavilion mesti ramai orang kot. Taken 2 ni kitorang tengok 2D dalam iMaxx hall kat tingkat 10 yang besar gedabak tu. Last time tengok kat hall tu untuk 3D Avangers n Step Up Revolution.



Taken 2 is a very good movie packed with actions. Aku langsung tak expect yang filem ni akan sebagus yang pertama. Dengan plot yang mudah, jalan cerita yang senang difahami, disulam pulak dengan aksi n drama, sudah boleh buat aku terduduk di kerusi langsung tak fikir bosan. Bahkan, penonton-penonton yang lain terpaku dekat kerusi masing-masing. Ada yang terlebih syok n excited siap kedepankan badan kalau boleh agaknya nak muka tu seinci dari screen kot! haha lol



Liam Nee Son memang subjek utama filem ni. Watak dia yang membuatkan filem ni rasa seronok untuk ditonton. Seorang bapa yang terjerat antara rancangan jahat untuk membalas dendam dekat dia, sampai melibatkan keluarga, dia bersungguh-sungguh untuk pastikan anak perempuan dia terutamanya selamat. 

Namun di sebalik tu, ada juga yang mengundang rasa 'gelisah' sebab orang jahat yang digambarkan dalam filem ni adalah orang Islam. Walaupun diorang ada motif untuk balas dendam atas kematian ahli keluarga, tapi secara dasarnya dengan jelas kita nampak yang mereka nak tunjukkan bahawa penjahatnya adalah orang Islam....hurmmm...

Tapi masih seronok untuk ditonton. Antara filem aksi yang bagus untuk penghujung 2012 ni.


Rating : 4 bintang 




Tuesday, September 18, 2012

Bahagianya beli tiket wayang GSC online! ;)


Last week hari pertama tayangan filem Resident Evil yang baru aku pergi tengok dekat GSC Times Square. Beli tiket online sangatlah memudahkan! Tak payah beratur juz duduk klik2 dah dapat purchase tiket. 

One more thing bagusnya beli tiket secara online ni kita dapat jimatkan masa itu satu hal, selain tu bagi kita peluang untuk buat perancangan masa. Let's say beli tiket showtime pukul 6 petang, kat rumah masih boleh golek2 tengok tv, dekat pukul 5 bersiap then 40 minit selepas tu dah sampai dekat sana.

Masa terluang?? Dimanfaatkan dengan beli makanan dulu or pergi jenjalan kejap. Kalau aku hari tu sementara nak tunggu seating aku sempat shopping kejap dekat FOS...hehehe..yang buat aku melekat nak masuk store tu sebab terdengar sayup2 diorang pasang lagu The Wanted. Ada satu lagu depa memang aku suka sebab catchy.

Masuk2 duk belek2 tengok eh masih ada offer sempena Raya lah! Hasilnya aku dapat sebat 3 helai simple cute tshirts. Tshirt kat atas tu antaranya. Mama tengok tshirt aku tu pun berkenan siap tanya ada size dia ke idok...hahaha...



Then ternampak benda ni diorang duk longgok depan counter. Murah!!! RM10 je satu pasang. Aku ada tweet pasal ni hari tuh. Comel2 design dia. Nak beli tapi tak ada lagi kenalan2 terdekat yang sambut baby baru...huhu

Habis je shopping tepat2 masa untuk seating dekat GSC...how cool is that?!!  

So jimatkan masa anda beratur, sebaliknya beli tiket wayang secara online baru seronok!

(^.<)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...