Followers

Friday, December 30, 2011

Siti Nurhaliza n GLAM





Kalau sebut je nama artis yang sorang ni, dah pasti satu Malaysia kenal ! She's a legend in the making, penyanyi yang dah menempah nama sebagai artis yang mempunyai anugerah paling banyak dalam almari rumah dia  *kau ado??


Saban tahun akan keluar dengan album baru untuk peminat dan yang terbaru album Inggeris pertama, All Your Love.  Tapi kalau dah nama tu popular satu Malaysia n even kat Indonesia orang duk teriak nama 'Siti! Siti! Siti!' pasti ada cerita2 kurang enak berlegar.  Kontroversi jugak kadang2 Siti ni terutamanya lepas dia kahwin dengan Datuk Khalid Jiwa.


Sekarang ni isu panas pasal cover majalah GLAM pun hebat dicanang sana sini.  Kononnya Siti dah cabut selendang dia untuk photoshoot cover tuh. Kononnya jugak Siti tiru Madonna n ada kaitan dengan freemason! ouhhhhhh....*pitammm!!


Banyak juga komen2 kat blog orang lain yang menyahut2 suruh Siti tanggalkan tudung dia daripada terus mempersendakan agama.  Aku konpius di situ.  Siti pernah berjanji nak bertudung lepas dia buat haji, pastu dia balik n start tutup kepala dia ada jugak suara2 condemn sebab macam nak tak nak bertudung penuh n kononnya dia mungkir janji. Kemudian Siti kata yang dia berselendang n masih nak teruskan niat bertudung penuh cuma mahukan perubahan sikit2 tapi berterusan.  Orang masih condemn dia.  Aku konpius balik.


Sekarang ni ada yang jerit2 suruh Siti cabut tudung sejemput dia tuh n free hair je.  Aku tertanya2 apa akan jadi kalau Siti ikut kata diorang tuh.  Adakah akan keluar statement yang Siti menipu n mungkin murtad pulak???? hahaha.....


Aku ada video ceramah seorang ustaz yang ada kaitan dengan isu ni.  Nanti aku letak kat blog ni kalau ada masa :)


Kepada Siti Nurhaliza, elakkan buat kontroversi yang boleh menjatuhkan.  Aku doakan dia bertudung penuh satu hari nanti tapi aku takkan mintak dia cabut tudung or selendang dia tuh.  Jujurnya aku memang peminat Siti Nurhaliza.  Album dia aku beli, lagu2 dia aku suka.  Aku tengok Siti agak berani sebab mana pernah dia bergambar dengan ekspresi wajah mcm tuh.  Tapi dah tentu ada yang tak boleh terima.




Wednesday, December 28, 2011

Review : Sherlock Holmes *thanks JR n FlyFm !!



All the sudden my fren asked me for a movie last night. Dia bagi tahu aku a night before.  Reason?  Sebab ada ticket free dari FlyFm...haaaa best!!  time tengah sengkek macam ni dapat pulak tengok movie free, memang budusss ler kalau tolak kan? haha



Kitorang tengok Sherlock Holmes dekat GSC Mid Valley.  JR amek aku dalam kul 5 macam tu dekat rumah then terus gi Mid dari Shah Alam.  Disebabkan lepas office hour of course lah ramai orang berpusu2 nak balik n we were stuck dalam jam before sampai Mid.


Sampai2 je terus carik food court sebab lapar nak mampoihhh!!  Masing2 tak sihat.  Kitorang nak makan benda yang macam soup.  Aku dah lah tengok batuk teruk n selsema.  Pergi kat Japanese Cousine, order ramen.  Ouh it was fabulous!!  Bayangkan tengah selsema dapat pulak makan yang berkuah panas2 memang marvelous lah weyh.  



Aku post dekat FB gambar ni n ada yang tanya  *dengan sinis kot  'bila masa ramen ada telur rebus?'.  Well its not like I WAS the chef or memandai2 kata  this  so-laksa-look-like ramen as ramen.  Aku pun komen juz cakap go ask the kedai urself why they put the telur rebus purposely!  haaaaaa....


Start masuk hall GSC pukul 9 n yeahh there was a drama too.  Hall tu tak lah full pun.  Tapi ada orang2 yang dapat pass tiket tu mungkin salah mention untuk sitting.  Diorang tak jumpa2 no seat yang tertulis dalam tiket depa.  Last2, ada one of mungkin orang FlyFm masuk n cakap diorang boleh duduk mana2.  Ok that part was done.  Tapi yang rimasnya, ada masa yang mana gambar kat screen kejap ada kejap xdek!  Hangin tak?  dah lah movie tu start punyalah lambat pukul 9.30 baru start okay!


But overall, the movie itself was brilliant!  I love everything bout it.  The costumes, dialog yang bersahaja, plot, kesan khas yang super mantap n barisan pelakon yang berkualiti!  Permulan cerita ada yang membosankan n aku tertidur kot!  Tapi bila start scene dekat dalam kereta api tu wowwww it blows my mind!  epic giler n sangatlah kreatif dan bijak!!


Habis movie apa lagi? ca alip but lah.  Kepala aku berdenyut2 sakit sampai rumah terus telan panadol acti fast...


Kalau korang peminat Sherlock Holmes, go n catch this movie in cinema don miss it!  :)




Tuesday, December 27, 2011

Mixed feelings....



The last week of a year can be mixed with lots of feelings yang caca merba. Waktu macam ni lah akan buat kita duduk sorang2 n fikir apa yang kita pernah accomplish, wishlist yang kita dapat capai n so on.  Tak termasuk lagi dengan benda2 manis, pahit, payau yang kita pernah lalui through the year.  


For myself, sekarang memang ada masa untuk bersendirian n duduk fikir semua benda yang pernah terjadi.  All the drama, even scene by scene boleh masuk dalam kepala otak aku ikut jalan cerita masing2.  Macam kau tengok drama kat tv gitu konsepnya....haaaa


Lately ni macam2 benda jadi n mostly jujur aku cakap memang tak berapa nak best.  Kalau aku dapat lebih kat sana sikit, mesti ada kurang dekat yang sebelah sini n sebaliknya.  Bila ada benda yang aku dapat, ada jugak benda yang aku kehilangan.  Tapi apa2 pun aku masih bersyukur sangat2 sebab sekarang ni pun ada sikit sinar cahaya kat situ.


Knowing me, aku bukan jenis suka tunjuk sangat apa yang aku rasa.  Aku selalunya senyum tapi hakikatnya hati bercampur baur perasaan.  Tapi to show my thought n pendapat yang aku rasa tak ok or sesuai, yes aku akan tunjukkan kalau aku tak setuju pasal itu ini.


Sekarang ni pun status kat FB n tweet kat Twitter aku agak jiwa kacau sikit kot....huhu...tapi sekarang ni dah ok.  More over, most of my friends n colleagues office lama ada yang tahu pasal jiwa kacau aku ni....huhuhu...itu nantilah kita cerita


So, ada masa lagi untuk kita muhasabah diri n rancang yang terbaik untuk diri sendiri bagi 2012...  :)



Monday, December 26, 2011

Kepah Master Chef Malaysia !! *kau ada??



*sambil buat entry ni dengar lagu Aku Wanita Biasa-Krisdayanti boleyyyhh?? jiwang jap...haha


Siapa sini ada Astro?  Walaupun Astro dikecam hebat oleh rakyat Malaysia sebab kenaikan harga n mutu perkhidmatan yang kadang2 nan hado adanya waktu hujan, tapi Astro masih antara yang terbaik dalam menyajikan program2 tv untuk penonton.  


Baru2 ni ada Master Chef Malaysia.  Walaupun setakat program masakan tapi tetap ada drama dik!  Malah ada dramanya lebih hebat daripada beberapa episod diari Akademi Fantasia....haaaaa...kau mampu tengah duk fikir resipi nak dimasak tapi ada selingan insiden2 yang boleh mengalirkan air mata??


Hari tu tengok episod yang diorang kena masak kepah (or kupang??) sebagai hidangan utama.  Kemain besar size menatang tu n sedap kemain kalau diorang betul2 pandai masakkan?  Aku berselera betul dengan resipi perempuan yang masak ala lada hitam Sarawak tuh  *correct me if im wrong!


Selain tu resipi yang budak kena kicked out pun nampak yummyy sebenarnya.


Ouh ye, masa tu aku tengok kat JB.  Bila on the way balik KL, singgah dekat rnr mana entah aku tak ingat.  Tapi dalam negeri Johorku yang tercinta jugaklah.  Rnr tu yang ada escalator n dah renovate bagi cantik punya.  Korang tau x?  Then ada satu kedai tu memang penuh dengan orang beratur.  Aku saja lalu, then ternampak diorang duk rebutkan beli  bermangkuk2 kupang.  Terus aku berhenti!  Aku setakat beli nasik putih biasa tapi dengan dua mangkung kupang tuh.  Ouh my!!  sedap weyh.  Seyesly tak rugi beli.  So time tu aku feeling2 je konon makan kepah dalam Master Chef Malaysia tu sedangkan hanyalah kupang masak cili (kot??) huhu....


Siapa2 yang lalu rnr berkenaan leh cuba masak kupang dia!  :)





Friday, December 23, 2011

Thank u for the cake :)



Ermmm....rasanya 2-3 hari lepas kot kalau tak silap, aku ada sakit badan yang memang sakit giler tapi buat2 biasa macam tak ada apa2.  Siap boleh melepak macam cool je!  Padahal tonsil dekat tekak aku ni sakit giler babas.


Ada satu pagi tu aku bangun memang badan panas giler.  Tapi lucky enough ada panadol dekat bilik n aku telan sampai 3biji ok! haaaaa....then terlentang tidur balik.  Member aku tanya pasal lunch konon nak tolong hantar.  Before that dia ada belikan 100plus botol besar.  Then dia datang lagi ingatkan tapaukan nasi rupanya kek Secret Recipe.


But thanks to him dia bawakkan aku punya fav lah! hehehe....


Tapi sebab keikhlasan dia tuh, even setakat a slice of cake pun boleh buat aku kenyang sampai petang....hahaha


Tenkiu!!!







Wednesday, December 21, 2011

2012 is getting near....


Oukeyh since new year is approaching n juz around the corner, everybody's talking bout new wishes, dreams, plans to do n so on.  But for me, selepas belajar untuk tidak terlalu mengharapkan benda yang kita hajati tu datang, aku cuma mengharapkan yang baik2 saja untuk tahun 2012. 


2010 lah tahun untuk aku bangkit semula lepas terlena dengan 'uncertain future' tambah pulak dengan drama2 kehidupan yang buat aku loya sampai aku decide untuk buat hal sendiri je. Tapi penghujung 2010 memang tak dapat aku lupa.  Lepas puas telan yang pahit at least ada yang manis untuk aku hadap lah kan for the next one year.  But sadly si manis itu tiada dah  :')


But its oukeyh.  I didnt even try to blame any side.  Aku tahu mana silap aku n salah aku. 


So untuk tahun depan aku cuma mengharapkan yang bagus n baik aja lah.  Just like what I said, aku tak nak terlalu mengharap.  Puas lebih setahun melayan n hormat perasaan orang lain sedangkan hati aku tak pernah dijaga. 

Babai 2011, selamat datang 2012 yang bakal menjelma .....


Friday, December 16, 2011

Santai berombak rindu....



Gambar ni dekat Pak Li Seksyen 7, Shah Alam.  Aku order Nasi Ayam Lemon sebab ni memang fav aku kalau datang sini.  Kalau aku tak amik ni mungkin aku bantai Mee Udang diorang. 


Hari Sabtu minggu lepas aku keluar dengan budak2 office lama.  Sebab utama aku masa tu nak lepak makan jek.  Si Akmar call aku masa tengah enak ye aku dibuai mimpi.  Masa tu memang malas giler nak bangun!  Aku siap sambung tito balik lepas dia bbm aku.  Then, she called me suruh gi mandi.
  

Fikir punya fikir, last2 aku ajak gi makan kat Pak Li.  Sebabnya dekat je pun. Si Tasha belum pernah makan situ dats y aku suggest.  Bila dah berjumpa opkosss lah terus bukak mesyuarat tingkap uols!  hahaha.....gosip pasal itu ini.  Yang penting kitorang tak ngumpat pasal orang lain kayh, juz berborak pasal yang ada kena mengena ngan kitorang je.








Akmar n Tasha...my lovely girlfriends!! Thanks lah ajak aku keluar masa tu sebab mood aku pun tengah ting tong hati ni macam kena hempas ngan tsunami kekdahnya  *haramjadah sgt ayat kan? hahaha


Masa ni ada jugak Ruhul pacar si Akmar tapi enggak ada photo nya....haha








At first diorang yang order Mee Udang tuk diri masing2.  Tapi last2 Nasi Ayam Lemon aku berpindah ke Tasha sebab she happened to like my nasi n aku pulak kena ambik Mee Udang dia. Hampeh kan??? haha....


Agak lama kat situ n without planning at all kitorang gi carik MBO Klang sebab nak tengok wayang kat sana.  Malas nak ke Jusco Bukit Raja or Sunway sebab for sure ramai giler orang n takde tiket.  Macam meraban cari tempat tu sampai sesat ke hulu banad mana entah.  Last2 jumpa bersorak kitorang dalam kereta...hakhak








Kitorang tengok cerita Ombak Rindu ni yang katanya sekarang dah dapat takhta filem paling laris Malaysia sekarang ni yek?


Aku memang suka jalan cerita filem ni.  Pelakon yang hebat2 semua dengan kualiti lakonan yang memang bagus.  Aku terkejut dengan lakonan Lisa Surihani sebab sangat bagus pembawakan watak dia berbanding dalam Legenda Budak Setan.  Watak Izzah adalah lakonan terbaik Maya Karin.  Bravo sis!!  Banyak yang indah dalam filem ni macam dialognya dan sinematografi.  Tapi banyak jugaklah air mata yang keluar masa tengok cerita nih....huhuhu


Kalau filem macam Adnan Sempit atau Ngangkung boleh dapat juta2, sudah pasti Ombak Rindu boleh dapat lebih daripada those two films.  Ternyata aku masih suka cara pengarahan Osman Ali.   :)




Monday, December 12, 2011

Sardin Paling Mahal n Paling Sedap!! RM90 sepinggan


Actelli aku bukan penggemar sardin yang masak macam nih or yang kuar dari tin then panaskan lite2 je pastu hidang.  Eh, tak lalu dek tekak aku.  Sebab mungkin dia rasa masam n kurang pedas kan. Yelah, terpampang kat tin tu kata in tomato sauce ko nak harap pedas macam lemak cili padi ke? haha....


Hari tu balik je dari kerja memang aku letih nak mati.  Tertidur sampai kul dua belas malam n rasa lapar sangat. Pergi dapur then  nampak bahan2 nak masak macam ada tapi malas lah nak tunggu ikan lembut bagai.  Nampak ada satu tin sardin so masak je lah.  


Menu yang main campak2 je.  Aku potong bawang, cili padi n tambah tomato tuk letak tepi je. Ada berapa ketul dalam tin tu pun aku tak check. Koserrr lah aku kan??  Bukan aku gemar sangat pun.  Amik dua ketul, satu untuk aku bagi dia lenyek halus2 sikit bagi kuah pekat sikit then satu lagi biar camtuh je.  Then aku tambah lah garam, lada hitam n lada giling. 


And it turned out so good lah!! Waaaaa puji masakan sendirik...haha


Aku tak boleh sangat makan sardin yang kuar dari tin terus makan without adding benda2 lain sebab bau dia kureng sedaplah mcm ada hanyir2 sikit kan.  That's why lah aku tambah sikit benda2 dalam tu bagi pedas.  Hasilnya aku bagi licin 2 pot nasi yang aku masak tuh...hewhew




Beribu Sesalan

Ini apa yang aku rasa skrg nih...jiwang?? yeah mungkin.....  :')




Ku susuri malam ini
Yang tidak berbintang sunyi sepi
Juga rembulan dah menghilang
Dalam kelam ku sendiri


Ku mencari hembus bayu
Yang selalu berbisik madah rindu
Kini membisu dalam sayu
Tidak ku temu suaramu

Kekasihku di jalanan yang berliku
Di saat ku perlukanmu
Tertutup jua segalanya terhadapmu
Di sini ku tersedu-sedu

Setelah cinta pergi
Ku mengusung duka ini diiringi
Kisah janji dimungkiri lagi

Kekasihku di jalanan yang berliku
Di saat ku perlukanmu
Tertutup jua segalanya terhadapmu
Di sini ku tersedu-sedu

Setelah cinta pergi
Ku mengusung duka ini
Diiringi

Sia-sia ku
Mencintaimu
Setia padamu
Percayakanmu

Sebak dadaku
Retak hatiku
Luka jiwaku
Dihiris pilu


Friday, December 9, 2011

Aku perlukan housemate!! Seksyen 7, Shah Alam



Barang2 tv, microwave sume aku punya


kecuali yang ini hak milik kekal tuan rumah warisan dia kot....huhu


Oukeyh, disebabkan masalah tertentu yang kebanyakkannya datang daripada orang lain, aku masih belum dapat penyewa untuk 2 bilik kosong kat umah nih.


Ada yang dah confirm tapi tiba2 senyap hilang ibarat debu dibawa angin  *last2 aku yang hangin!!


Ada yang nak bayar RM100 je sebulan TERMASUK bil api air....amboi!!  kemain demand kau.  Kau ingat umah ni cuma beratapkan daun nipah ke hape? 


Bilik yang ini paling besar aku rasa boleh muat sampai 4orang tapi aku tak nak sesak sangat.  Nak maximum 2orang je! 



  • Hanya untuk lelaki ye!
  • Diutamakan kepada yang sudah bekerja atau student yang tak ada masalah kewangan
  • Rumah mementingkan privasi, sebab tu aku xnak amik ramai sangat nanti dah macam rumah panjang konsepnya!
  • Dekat dengan UiTM, Unisel, i-city, pusat komersial Seksyen 7
  • Harga? RM240 seorang termasuk api air  
  • Ada tv,washing machine,microwave,dapur elektkrik,dapur masak biasa



Deposit : sewa satu bulan + RM400 = RM640


Rasa berminat? Call terus no ni 0173054780
xyah nak sms2 sgt bermadah pujangga bagai...huhu



Thursday, December 8, 2011

Review : Puss in Boots 3D



Siapa yang tak suka dengan watak Puss in Boots dalam series filem Shrek?  Many would love him! Even adults pun jatuh cinta dengan kecomelan dia walaupun suara dia kasar2 hanjjj kan...haha










Hari tu dekat sebulan jugak ada buffered earning daripada Nuffnang untuk ads filem ni.  Personally aku memang suka animation n Puss in Boots 3D dah ada dalam list movie untuk aku tengok. 


  • Jalan cerita yang ringkas, mudah difahami, ada unsur magic n fairy tale.  Itu yang boleh aku rumuskan.  Siapa2 yang minat dengan filem2 daripada the creators of Shrek ni memang akan sekali lagi jatuh cinta sama filem Dreamworks nih.  



  • Filem ni diserikan dengan graphic yang memang awesome!  Untuk budak multimedia macam aku memang kitorg suke tengok elemen2 macam tuh. Sebab kalau kesan graphic n multimedia dia cantik seiring dengan teknologi yang bagus, filem tu akan jadi hebat kebabommm.  Siapa yang tengok dalam 3D mesti puas.  Aku tengok dalam laptop je...huhu



Ada satu part tu ceritakan pasal kisah silam Puss dekat orphanage masa dia mula2 kenal dengan bff dia si Telur yang jahat hati busuk macam teloq tembelang tuh.  Punyalah comel giler si Puss masa tuh lagi2 bila dia bunyik 'meoww'....aku gelak guling2 pecah perut...


Tapi janganlah samakan dengan series of Shrek.  Sebab dalam Puss in Boots 3D xde raksasa hijau tuh...













Friday, December 2, 2011

D i e t




Mesti ada yang tertanya2 hairan bila aku cakap nak diet atau tengah diet...huhu...oukeyh to be honest, I have been eating like hell for the past few weeks.  Korang bayangkan kalau setiap kali aku masak nasi kat rumah dalam dua pot itu hanya untuk aku seorang. Yes! You heard me.  Hanya aku sorang sahaja...haha...pinggan aku memang bertimbun2 dengan nasi.


Nafsu makan aku memang meluap2 naik.  Aku tak tahulah kenapa. Hormon ke? hewhew


So ada satu malam tu aku decide nak start diet  *katanya!!  balik je dari kerja memang aku tahan je daripada beli apa2.  Aku singgah pasar malam dekat dengan rumah pun aku juz jenguk2 je.  Tahan diri daripada beli kuih fav aku, laksa, ayam goreng sume tuh.  Arghhhhh terseksa jiwa dan raga aku tengok orang lain beli makanan banyak2, siap ada yang pelahap makan tengah2 jalan sampai terjatuh2 apam balik diorang.


Balik umah je aku bukak peti ais nampak salad masih ada lagik dengan few fruits macam pisang n anggur macam blackcurrant bentuknya. Yang penting dia bukan anggur biasa n seedless itu memang fav aku.  Tak suka hehh nak buang2 biji bagai.  So tanpa nasi aku makan salad tu dgn anggur pastu untuk pisang pulak aku makan dengan balance anggur n coklat yang aku dah cairkan....oihhhhhhh sedap weyhhhhh


Aku ni kadang2 main sesuka hati je campur campak2 pastu makan je tapi selalunya turn out sedap jugak meh.....haha


Bermulalah diet aku.  Lagipun terpaksa diet uols!  Sebab iols belum dapat payment lagik....hiksss..sedeyhhhhhhhh kan!!



Thursday, December 1, 2011

Nasi Lemakku disita !! hewhew....


Oukeyh, agak jakun tuk entry ni.  Sebab semalam aku baru belajar cara nak tukar new interface tuk blog ni.  Eh betul ke?  hahaha....sebab kat dashboard ada tulis tuk cuba new look blog memang aku tak ada nafsu nak cuba.  Takut nanti salah tukar setting sume larik.  Habis aku mengamuk nanti.  Tapi tapi tapi.....semalam colleague kat opish aku, si Akmar suh tukar the new look.


Then tangan pun gatai nak mapuh coba sajalah.  Then memang rasanya jauh beza dengan style lama.  Tak taulah aku akan suka atau tukar switch back to the old one.  Knowing me, aku jenis senang nak adapt dengan benda2 baru.  Even masa FB tukar baru hari tu pun orang lain duk maki hamun tapi aku buat rileks je....hewhew


Pagi tadi datang office agak awal lah then beli nasi lemak fav aku.  Pastu yang kesiannya, bila aku balik dari 7e beli air susu,kedai akak tu dah kena sita dengan majlis bandaraya.  Sedih kan???  Aku dengan dak office rasa kesian giler dkt dia.  Nasib baik sempat beli weyh!  Tak adalah kempunan...huhu..


Nasi lemak dia memang sedap, tambah pulak lauk2 dia ada pelbagai n harga pun boleh tahan murah.  So kitorang tertanya2, agaknya esok dapat tak makan nasi lemak tu lagik? haha...


Ouh yeah, gambar kat atas tu paling latest.  Aku snap hari ni masa tengah breakfast kat office guna webcam sajo.  Sebab tu nampak bughokk...  :)


Sejak keluar kes skandal kontro-basi si Apek our fav goal keeper tu hits untuk previous entry pasal Apek n bekas tunang makin mencanak2 tinggi kat blog aku ni.  Keyword macam 'Khairul Fahmi' 'skandal Apek Khairul Fahmi' or yang lebih kurang sama makin banyak masuk....kelas ko Apek!  Femes macam Beckham.  Tapi the lastest issue tak de kene mengena dah dengan bekas tunang dia.  Sebab sekarang rasanya dia tengah manja2 dengan Dahlia Teck ea??  Pasal kontroversi terbaru tu aku cuma pandang sipi2 je.  Aku lebih suka baca pasal hebatnya dia jadi keeper dekat padang.  Hidup Apek!! haha.....





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...