Followers

Friday, December 30, 2011

Siti Nurhaliza n GLAM





Kalau sebut je nama artis yang sorang ni, dah pasti satu Malaysia kenal ! She's a legend in the making, penyanyi yang dah menempah nama sebagai artis yang mempunyai anugerah paling banyak dalam almari rumah dia  *kau ado??


Saban tahun akan keluar dengan album baru untuk peminat dan yang terbaru album Inggeris pertama, All Your Love.  Tapi kalau dah nama tu popular satu Malaysia n even kat Indonesia orang duk teriak nama 'Siti! Siti! Siti!' pasti ada cerita2 kurang enak berlegar.  Kontroversi jugak kadang2 Siti ni terutamanya lepas dia kahwin dengan Datuk Khalid Jiwa.


Sekarang ni isu panas pasal cover majalah GLAM pun hebat dicanang sana sini.  Kononnya Siti dah cabut selendang dia untuk photoshoot cover tuh. Kononnya jugak Siti tiru Madonna n ada kaitan dengan freemason! ouhhhhhh....*pitammm!!


Banyak juga komen2 kat blog orang lain yang menyahut2 suruh Siti tanggalkan tudung dia daripada terus mempersendakan agama.  Aku konpius di situ.  Siti pernah berjanji nak bertudung lepas dia buat haji, pastu dia balik n start tutup kepala dia ada jugak suara2 condemn sebab macam nak tak nak bertudung penuh n kononnya dia mungkir janji. Kemudian Siti kata yang dia berselendang n masih nak teruskan niat bertudung penuh cuma mahukan perubahan sikit2 tapi berterusan.  Orang masih condemn dia.  Aku konpius balik.


Sekarang ni ada yang jerit2 suruh Siti cabut tudung sejemput dia tuh n free hair je.  Aku tertanya2 apa akan jadi kalau Siti ikut kata diorang tuh.  Adakah akan keluar statement yang Siti menipu n mungkin murtad pulak???? hahaha.....


Aku ada video ceramah seorang ustaz yang ada kaitan dengan isu ni.  Nanti aku letak kat blog ni kalau ada masa :)


Kepada Siti Nurhaliza, elakkan buat kontroversi yang boleh menjatuhkan.  Aku doakan dia bertudung penuh satu hari nanti tapi aku takkan mintak dia cabut tudung or selendang dia tuh.  Jujurnya aku memang peminat Siti Nurhaliza.  Album dia aku beli, lagu2 dia aku suka.  Aku tengok Siti agak berani sebab mana pernah dia bergambar dengan ekspresi wajah mcm tuh.  Tapi dah tentu ada yang tak boleh terima.




4 comments:

  1. Baru nk buat entry pasal kak iti sbb dah beli Glam ni...tp u dulu yg post. Hohoho..
    Despite the comments, cover2 tu mmg cantik. Though I'm quite sceptical whether yg tu rambut dia yg betul or rambut palsu. But true, siti kena kurangkan kontroversi bila bab2 bertudung. =]

    ReplyDelete
  2. alaa, manusia biasalah lah tu. jeles sana sini. buat baik salah, buat jahat apetah lagi.

    ReplyDelete
  3. Niat nak bertudung itu pun dah dikira satu pahala. Bagi saya, semua orang melakukan kesilapan. Mungkin Siti belum bersedia lagi, masanya akan tiba InsyaAllah. Kita sepatutnya bagi galakkan instead of kecoh kepoh pasal dia yg belum bertudung sepenuhnya. Mungkin dia ada sebab sendiri, kita tak tau kan? Doakan - doakan lah. Mungkin dengan doa kita, dia mungkin berubah. Siapa tau kan ? Amin

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...