Followers

Wednesday, August 24, 2011

Kenapa Kau Tak Puasa? Tak takut Neraka ke??



Assalamualaikum, salam sejahtera....


Dah lebih tiga minggu kita puasa ek?  Pejam celik pejam celik dah berkali2 kita tawaf reramai dekat bazaar tu.  Bagi mak-mak yang lebih suka masak pun dah naik hazab masak juadah untuk berbuka.  Untuk students memang ke bazaar terdekat ler untuk membeli santapan waktu berbuka  *sambil memandang keji penuh jeles dekat student yang dapat duduk rumah mak pak sendiri sbb dekat


Tapi terus-terang puasa kali ni tak berapa besh buat Izz. Pertama, susah betul nak dapat my fav puding caramel yang betul2 sedap giler2 punya!! btw, harga puding tu sekarang membunuh betul dekat pasar Ramadhan.  Belum kira lagi entah sedap ke tidak.  Jadi, risiko sangat tinggi untuk dibeli di situ yek!  Kalau tak sedap takut tak dimakan nanti membazir pulok.


Kedua, harga makanan sekarang sangat membunuh tak sesuai dengan kualiti.  Peniaga sekarang ramai yang kejar untung je.  Kakau korang jenis sangat particular korang dapat bezakan penjual air mana yang guna air paip atau yang guna air betul2 dah masak.  Kan???  Ada jugak yang kata air diorang made of real fruit juice tapi hakikatnya rasa kordial??  Haihhh.....


So, terpaksa masak je lah kalau malas nak pergi pasar Ramadhan tu.  Kalau sahur memang selalunya masaklah.  I am not the type yang suka duduk2 lepak dekat kedai makan macam tak ada haluan....hukhuk...lebih baik saya bungkus makanan bawak balik rumah then makan sambil tengok movie dalam laptop.


Tapi kalau memang malas sangat tuh memang ini je lah jadi alas perut... (^.~)



Walaupun agak mustahil untuk kenyangkan perut yang macam gajah ni untuk berjam2 kan...huhu....

Lebih elok makan sikit daripada tak sahur langsung pastu meroyan kata lapar lah jadahnya kan tengah hari bukak periuk nak makan nasi.  Alasan kuno sangat!!  Hahaha....


Sunday, August 14, 2011

(Video) : Lagu Terbaru Super Junior, Mr. Simple VS Siwon separuh bogel




Anda peminat what they called as K-Pop?  Jadi, sudah tentu entry ini termasuk dalam list yang ada dalam pencarian tanpa lelah anda...hahaha...kayh, stop it!!  Intro yang tak boleh blahhh.  


Hari tu masa Izz keluarkan entry pasal group FT Island, kemain ramaiiii yang baca sampai jadik top entry.  Tak boleh blah jugak ramai duk bagi komen tapi sayang, sebab Izz dah removed IntenseDebate.  Masa tu masih pakai cara posting komen guna IntenseDebate tapi dah buang sebab ramai merungut tak boleh komen.


Kali ni kita terjah group lain pulak kayh.  Al-kisahnya, kat Korea tu ramai nauzubillah retis2 diorang.  Setiap sebulan ada je yang nak debut or keluar album hatta single cenonet jek!  Baru2 ni kumpulan terkenal Super Junior ada buat comeback dengan album n single terbaru, Mr.Simple.


My first impression was, fuyoohhh walaweiiyhhhhhh!!!  Ye, ada sedikit exaggeration di situ  (-.-)  sadis!  tapi Izz suka giler dengan video music terbaru diorang tuh.  Ada vibe yang baru dengan elemen music yang much better n fresh berbanding lagu Bonamana sebelum nih.  Lepas ni makin banyaklah royalti diorang dapat sebab disko2 n club berebut nak pasang lagu rentak dance nih.  


Mesti ramai klik nak tengok entry ni sebab tajuk tulis 'Siwon separuh bogel' kan??  Hahaha...gatalnya uols!!!




Nah hamekkkk...


Sumpah jeles tengok body Siwon nih.  nak macam tuh! nak macam tuh!!  *aduh sumpah tak comel. kayh bye!!





Seyesly sangat surprised dengan perubahan rambut Eunhyuk!! aku ingat G-Dragon tadi..phewwww



Bonus! untuk korang tiru-tampal masuk folder terus letak kat background lappy memasing....baik kan aku?? haha


Yang penting aku jeles giler dengan rambut Hee Chul kat dalam music video nih.  Punyalah lembut, shining n nampak senang giler babasss nak urus.  Ada satu video dekat YouTube pun nampak smart giler rambut dia!!  Rasa macam nak gunting bagi putus je baru puas hati aku...(>.<) muahaha



Nah, enjoy lah music video untuk lagu Mr. Simple ni kayh.....



Rimau Putih 1


Dari awal tahun Izz dah menjerit2 nak bela kucing kan?  Siap buat entry dekat blog untuk menyampaikan rasa hati yang lara ini  *bagi Cik Anon mesti muntah berbakul2 ni!  Masa tu ada jugak yang tolong bagi suggestion siap kasik link untuk adopt anak kucing bagai.  Ada tuh nak sedekah anak kucing lagik, siap nak kasik lebih 2-3 ekor tapi faktor jarak memisahkan kita *tsk tsk tsk


Tapi its ok!!  3minggu yang lepas ada orang nak let go kucing2 dia sebab nak pindah rumah.  So, tanpa dipaksa volunteer nak amik.  Siap tunggu orang tu habis kerja n hantar balik rumah lagik semata2 nak dapat rasa peluk kucing yang gebusssss iteww.  Gigihlah kan aku pergi amik kucing pukul 1-2 pagi kat area Sunway tuh.


So taraaaaa....



~hye!!~







Itu dia...kita kasik preview sikit je hidung ngan mata sebelah....hukhuk


Mula2 plan memang nak amik satu je.  Tapi tuan asal dia kasik amik lebih daripada seekor.  So, kita amik sepasang lah.  Siap diberi percuma tempat yakkkk diorang, shampoo ngan sebekas makanan diorang.  Terima kasih Zai!!


Jadi, bermulalah hari2 saya dengan gelagat dua ekor rimau putih ini...

(^.^)

Wednesday, August 10, 2011

Selera Anak Gajah....


Baru2 ni memang malas gila nak update blog sebab broadband buat acara  *lumba lari siput sedut  n Izz tak berapa nak sihat sangat.  Susah bila tak berapa nak sihat nih (-.-) cepat betul rasa moody...huhuhu...


By the way last week ada satu hari tuh memang rasa agak sihat sikit lah.  Lepas sahur je terus makan ubat n tidur.  Then bangun pagi tu rasa macam segar mata pun dengan kecomelan tahap maksima rasa bulat je...muahahaha...


Tahun ni rasa memang malas gila nak pergi berpusu2 dekat bazaar Ramadhan.  Bayangkanlah sebelum pergi dah siap2 mandi wangi2 pakai baju baru.  Masuk je kawasan bazaar berhimpit2 dengan lautan manusia terus masam segala celah2 kat badan nih.  Semata2 nak berebut beratur dekat kedai Abang Montel jual ayam madu pun kena redah kemain ramai orang.  Sampai je depan kedai Abang Montel dah kena beratur panjang terus mood hilang nak beli.  


Rajin pulak nak beratur panjang2 nih?  hukhuk...

Tak kira lagi yang bukan main kekwat main tolak2 sesuka tok nek dia jek!!  


So, jalan penyelesaian terbaik ialah order fast food je...(^,^)...hehehe...nasib baiklah ada banyak franchise fast food.  First, we stopped at Secret Recipe for their fine quality cakes *tagline fames depa



Nak beli choclate indulgence macam dah bosan pulak  *xda pilihan lain ke dik oi??  tapi nak buat macam mana, itu memang fav Izz...huhu..nak buat drama keliru nak pilih mana satu time pilih2 cake tu macam tak sempat pulak sebab waktu berbuka dah nak dekat...haha...so juz bual2 je dengan kakak waiter tuh..at last pilih cheese cake dia je, boleh lahhh....


Then singgah pulak Subway amek yang panjanggggggg punya...wahhh kemain selera macam hanak gajahhh




Lepas tuh, lepas tuh...ermmm...order pulak delivery untuk Pizza Hut.  Izz amek spaghetti carbonara je dengan air.



Spaghetti carbonara dia memang fav Izz sangat2!!  Service delivery untuk Pizza Hut ni agak baguslah.  Dia janji dalam masa 30minit sampai, tapi juz dalam 20minit je dah sampai.  Even pihak diorang called untuk confirmation delivery tu dah sampai ke belum.  


Masa ni memang kenyang terhamattttttt sangat!!  Even mahal sikit takpe lah.  Sebab malas nak berpanas dekat bazaar lagi pun sekali sekala  *lama2 berkala2  apa salahnya...huhu


Yang penting sekurang2nya habis makan ok...daripada beli dekat bazaar berbakul2 tapi tak habis main campak dalam bakul sampah tak bagus jugak kan?  

(^-^)


Monday, August 8, 2011

Produk Siti Nurhaliza pun Tidak HALAL



Dalam minggu ni kecoh kes status halal haram produk tertentu.  Kalau korang perasan JAKIM sekarang macam main chak2 dengan kita.  Produk yang dah berpuluh tahun kita guna n consume baru diberi status Haram.  Pengguna yang blur lagi comel macam kita semua ni ternganga n konpius dengan status ittewww semua.  Memang haremmmm kan??


Hari itu kononnya the famous Kluang Rail Station ada campuran kopi yang diragui ada unsur vinatang oink2.  Then sekarang ni produk kecantikan penyanyi nombor satu Malaysia pun dikatakan diragui.  



Produk SimplySiti dah mula jadi target.  Diorang kata berus produk tu dari babi.  


*eh?? yekew....


Izz ada jugak terbaca dari sebuah blog yang kononnya hanya menyebarkan cerita yang sahih lagi benar sahaja.  Demi kepentingan umat Islam sejagat katanya  *walaupun aku tak pernah tahu wujudnya blog itu  tapi masalahnya tak dapat cari lagi dah blog tu.  Ada yang kata dah di removed.  Aikkkk???




Pemilik blog kata ada bukti sahih dari surat jabatan agama Islam mana entah  *tak pulak aku ingat.  Tapi, ada maklum balas dari pihak Siti Nurhaliza sendiri.



Awal2 lagi Siti dah bagi kenyataan dekat Twitter :


Semua produk SS & berus yang digunakan dalam produk adalah mendapat kelulusan HALAL daripada JAKIM dan pemeriksaan adalah dibuat sebelum setiap produk dihasilkan dan kita akan mengenal pasti dan memperbaiki setiap usaha untuk memastikan setiap produk mendapat kelulusan Jakim


Siti Nurhaliza dah bagi confirmation yang bukan berus produk itu yang diperbuat dari bulu babi.  Tapi berus yang digunakan dalam proses2 kerja pembersihan dekat kawasan kilang.  But, worry no more!!  Kerana kerja2 penyamakan dah dilakukan atas faktor was2 itu.


Ada sesuatu yang mengganggu aku.....


  • Pertama, katanya dokumen atau surat itu Sulit tapi kenapa dengan mudahnya tersebar dekat internet sedangkan pengumuman rasmi belum keluar pun??


  • Kedua, siapa yang bocorkan maklumat 'rahsia' nih?? Mesti ramai tuding jari dekat pekerja2 jabatan kan?  Kata jabatan agama, tapi ada jugak pekerja yang tidak fully amanah ye??  Sungguh ironi....


  • Ketiga, surat atau lampiran tu macam bukan dibuat secara professional.  Do u get me??  Faham tak?  Diorang kan orang2 professional yang ada pegawai segala, sepatutnya hasil kerja tu bukan setakat taraf folio budak SPM ok.   Pertama kali baca n tengok pun dah boleh buat kita keliru.


Tapi sedihlah kan kalau cerita macam ni keluar atas niat dengki atas kejayaan orang lain.  Cerita macam ni boleh buat orang yang terlibat rugi tak tertanggung.  Tengok je lah apa jadi dekat Kopi Stesyen Kluang tu.  Terus jatuh merudum perniagaan diorang.


Ada jugak suara2 yang bising, ada ke tidak diorang buat ujian atau pemeriksaan dekat produk2 luar ek??  Hurmmm....rasanya produk2 tu lagi meragukan..tapi nak wat macam mana.  Rakyat Malaysia memang lebih agungkan produk luar yang taraf international berbanding produk buatan rakyat Tanah Melayu sendiri.......



Membuncitkan Perut di Tutti Frutti n Ayam Penyet Seksyen 7, Shah Alam



Hari tu right before start puasa ada lah calling2 orang tersayang ajak keluar makan sesama...

*hello-hello baby, u called, i cant hear a thing...i have got no service, in da club you see seeee  #motip berangan mood lagu Telephone gaga..ada???
*waalaikumsalam.... #terkedu terus aku (-.-)
*jadik datang tak weekend nih? Izz ingat nak makan2 
*makan apa?
*ada lah...try ayam penyet ke....sbb Izz nak makan Tutti Frutti
*oukeyh2...




Beep....tuttttt...bunyik telefon dihempas mesra sebab battery bb aku terus kong....ngehssss




So, alkisahnya hari Sabtu tu reramai pergi makan.  Lepas sembahyang Zuhur  *matik ler lepas ni kena carut konon berlagak manusia beriman  terus gerak pergi lunch.  Destinasi cinta yang dituju ialah Ayam Penyet Api dekat Seksyen 7, Shah Alam.  Memang tak pernah pergi situ. 


By dat time, kedai itu dipenuhi dengan mak pak bersama2 hanak2 hikannnzzz memasing.  *Eh, bukan!  Dengan anak masing2 ler...muahaha


Ada sampai satu meja tu bukan main ramai anak diorang.  Kecik2 pulak tu semuanya.  Sangat2 produktif keluarga itu...hehe...dan of course lah mesti ada drama.  Meja depan kitorang banjir dek kerana air sirap bandung tumpah.  Nasib baik the young parents rileks n cool je.  Tak apa, anak diorang memang kecik lagi.  Yang bagusnya, air tu tumpah bila si mak bapak duk passing baby tu dekat each other.  Why?  Bila si mak habis makan, giliran dia pulak pegang si anak....isn't dat cute???  Ada toleransi di situ...bagus!


Izz tak order makan apa2 pun sebab tekak memang masih sakit sangat masa tuh.  Memasing pun kenyang lagi so kitorang juz order air je.  Tapi ada jugak order Pecel Sayur kalau tak silap nama dia.  Portion dia memang banyak n besar.  Diorang je makan sebab tekak aku masih tak sedap lagi.  Diorang kata pedas giler yang memang kawww punya pedas!!

Yekew??








Aku memang tak ada rasa nak try.  Tak pasal2 makin parah tekak ni nanti.




Juz amek masa sekejap je dekat situ, later on kami gerak ke Tutti Frutti.  Tadi semua lidah panas sebab pecel tu kan?  Nahhh....hamek lah, makan frozen yogurt pulak.  Baru perasan ada perisa Red Valvet.  Kenapa branch dekat Time Square tak ada pun?  Ke aku yang juling tak perasan?  So, macam biasa aku amek choclate  *ini kemestian yang wajib!  lepas tu amek yang cookies tuh  *lupa pulak nama sebenar dia padahal selalu makan huhu....


Then added strawberries with Hershey's choc n strawberry syrup.  Masa timbang dia kata almost RM15...urmmm...oukeyh lah memang harga biasa bila tiap kali aku makan.  Totally dengan four green cups harga semua dalam RM70 lah.  Masing2 letak buah strawberry ngan anggur.


Memang heaven!!








Duduk borak2 chilling dengan orang2 tersayang memang besh!!






Lepas tu aku balek kemas bilik then rehat2 makan bekal yang diberi gerak pulak Sunway sebab nak carik barang.  Masa tu lah jugak tengok cerita Hanna yang korang kena trolled dengan aku kononnya pelakon Hannah Montana kena kejar sebab kes pembunuhan kejam...aku lagi kejam ea?? hahaha....


Btw, selamat berpuasa untuk hari yang ke-8...

Sunday, August 7, 2011

Lagi Satu Curik Gambar guna Gambar Orang Lain...Sendu lagi Biadap!!



Zaman sekarang ni, macam2 boleh buat dengan internet.  Nak dibandingkan dengan zaman tok nenek kita dulu, dorang tak ada internet.  Nak carik resepi dalam tenet cara2 masak ubi pelbagai pesenn pun tak ada.  That's why masa zaman kena jajah dengan Jepun dulu diorang main rebus je ubi.  Sebab itu je yang diorang tahu masa tuh.  Cuba kalau sekarang kita Google resipi ubi.  Juta2 entries cara memasak ubi even dari Uganda, Bosnia, Jepun, Zimbabwe semuaaaaaa ada!  :)



Tapi dalam sibuk berinternet, ada jugak yang salah guna.  Kalau korang nak guna untuk carik benda2 tak berpekdah itu lantak korang lah kan, nak search video2 luchhhhh ke, gambar2 pompuan menggoda ke.  Masing2 ada otak.  Lebih2 pulak budaya kat Malaysia ni, dari kecik kita dah diajar antara benda yang boleh n tak boleh *walaupunnnnn kita ada slogan Malaysia Boleh!!  kannnn.....



Dulu bila internet nak popular kemain ramai guna untuk sebarkan gambar2 separuh vogelll artis.  Siap kata itu gambar artis sekian dan sekian.  Even Dato' Siti Nurhaliza pun jadi mangsa gambar lucah.



Izz sangat2 tak suka bila orang lain guna gambar orang lain atas tujuan menipu dan bukan untuk tujuan yang baik.  Hari tu ada kes orang amik pic kucing Izz macam dalam entry yang ni.  Dah amik pastu tak sedar diri menipu orang lain.  Itu nasib baik Izz tak dedahkan tuan punya account FB.



Tapi kali ini, ada lagi kes macam tuh.  Cuma dia tak amik pic kucing Izz.  Tapi gambar Izz sendiri.  Biadap tak??






Maaflah terpaksa tepek kat sini.  Empunya FB nak marah??  Aku patut marah ke kau patut marah in the very first place??!!



Siapa Prince kau??  Geli ok.....!!!




Budak ni add kat FB Izz, then Izz approved sebab terkejut nampak dia guna pic atas tuh.  Lepas digodeh FB dia ternampak pulak gambar ni dalam 'Mobile Upload' dia...






See?  Dia kata budak baju merah tu nama dia Putra Amierul Ifwad...wahhhh...kelasss kemain namanya!!  Tapi masalahnya wujud atau tidak maknusia yang bernama itu?



Nak marah sangat pun tak boleh.  Yelah, kot2 lah peminat secret admirer kan.  Nanti kecik hati pulak dia berulamkan jantung, walaupun sendu!!!  Boleyhhhh???







Aku sangat dan teramatlah anti dengan orang yang guna gambar orang lain main suka toknek dia je.  Lagi2 kalau mengaku menipu bagai.  Tak ke kau rasa perbuatan itu sangat 'menyedihkan' ??  Masyarakat pandang hina sangat!  Kat FB tu berlambak2 guna gambar orang lain tapi mengaku diri sendiri.  Siap ada berbangga kata itu awek/pakwe dia, walaupun imej tu nampak sangat pelakon Indon!!  Kalau tak pun putih sikit pelakon Filipina...kemain hebat taste korang ek??


Tuesday, August 2, 2011

Antara Puasa dengan Kes Putus Tunang Khairul Fahmi Che Mat



Kita rasa seronok sebab Ramadhan datang lagi.  Terutamanya bagi umat Islam tak kira sama ada dekat Malaysia ataupun negara2 lain.  Tapi dalam sibuk kita bersedia untuk menyambut kedatangan bulan puasa, ada satu lagi cerita yang mencuri tumpuan.


Tu diaaaa.  Terpampang depan surat khabar pasal kes putus tunang penjaga gol yang kununnya paling hebat di Malaysia sekarang ni, Khairul Fahmi.  Tapi, status sebagai penjaga gol terbaik tak semestinya dia 'terbaik' juga dalam semua hal.  Izz suka tengok aksi dia masa lawan Singapore hari tuh.  Memang hebat!  Tapi sekarang Khairul Fahmi dikaitkan dengan kes putus tunang yang mendapat perhatian satu Malaysia. *Aummmmmmm..hikkksss


Adakah ala2 kes Mawi dengan Ina dulu??  Ouh...agak samar2 alasan putus tunang diorang.  Tapi menurut kenyataan si bekas tunang, Khairul Fahmi ada hubungan dengan wanita lain.  Curang ke??? *opppsssss....


Itu tidak dapat dipastikan kesahihannya.  Tapi menurut si Elia dia ada bukti pasal tuh...






Izz rasa kagum sebab dengan status personaliti sukan je pun kes kahwin tunang segala boleh jadi sensasi.  Hebat!!  


macam retiss Korea rambut kau macam ni Apek oi!! patutlah ramai pompuan duk jerit nama kau depan tv masa lawan Singa hari tuh, xkira rambut pendek ke panjang tetap hensem! *katanyaaaaaHe shud keep his hair long.



Tapi rasanya ada lagi kes yang lebih 'dramatik' n penting untuk diambil kira.  Daripada kita duk fikir sangat pasal kes macam ni, lebih baik kita fikir dan sedekahkan doa yang patut untuk mangsa2 ragut yang kritikal sampai terkulai tangan semua tuh.  Tak pun fikir pasal orang2 yang miskin jalani ibadah puasa sekarang nih.  Kesian diorang mengharapkan bantuan orang ramai.  Kalau tak dapat tolong pun, boleh kita muhasabah diri.



Macam2 version akan keluar pasal Khairul Fahmi ni.  Dah tentu akan ada yang sokong Khairul Fahmi n ada yang back up si bekas tunang.  Lepas tuh, tak mustahil boleh keluar cerita2 merepek melibatkan fitnah kan??  Semua orang harus fikir sikit pasal tu sebab benda ni melibatkan maruah kedua2 pihak.



Itulah tabiat masyarakat kita.....



Semoga Ramadhan kita tak dicemari dengan aktiviti2 menganyam ketupat


(^.^)


Selamat Berpuasa!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...