Baru2 ni memang malas gila nak update blog sebab broadband buat acara *lumba lari siput sedut n Izz tak berapa nak sihat sangat. Susah bila tak berapa nak sihat nih (-.-) cepat betul rasa moody...huhuhu...
By the way last week ada satu hari tuh memang rasa agak sihat sikit lah. Lepas sahur je terus makan ubat n tidur. Then bangun pagi tu rasa macam segar mata pun dengan kecomelan tahap maksima rasa bulat je...muahahaha...
Tahun ni rasa memang malas gila nak pergi berpusu2 dekat bazaar Ramadhan. Bayangkanlah sebelum pergi dah siap2 mandi wangi2 pakai baju baru. Masuk je kawasan bazaar berhimpit2 dengan lautan manusia terus masam segala celah2 kat badan nih. Semata2 nak berebut beratur dekat kedai Abang Montel jual ayam madu pun kena redah kemain ramai orang. Sampai je depan kedai Abang Montel dah kena beratur panjang terus mood hilang nak beli.
Rajin pulak nak beratur panjang2 nih? hukhuk...
Tak kira lagi yang bukan main kekwat main tolak2 sesuka tok nek dia jek!!
So, jalan penyelesaian terbaik ialah order fast food je...(^,^)...hehehe...nasib baiklah ada banyak franchise fast food. First, we stopped at Secret Recipe for their fine quality cakes *tagline fames depa!
Nak beli choclate indulgence macam dah bosan pulak *xda pilihan lain ke dik oi?? tapi nak buat macam mana, itu memang fav Izz...huhu..nak buat drama keliru nak pilih mana satu time pilih2 cake tu macam tak sempat pulak sebab waktu berbuka dah nak dekat...haha...so juz bual2 je dengan kakak waiter tuh..at last pilih cheese cake dia je, boleh lahhh....
Then singgah pulak Subway amek yang panjanggggggg punya...wahhh kemain selera macam hanak gajahhh
Lepas tuh, lepas tuh...ermmm...order pulak delivery untuk Pizza Hut. Izz amek spaghetti carbonara je dengan air.
Spaghetti carbonara dia memang fav Izz sangat2!! Service delivery untuk Pizza Hut ni agak baguslah. Dia janji dalam masa 30minit sampai, tapi juz dalam 20minit je dah sampai. Even pihak diorang called untuk confirmation delivery tu dah sampai ke belum.
Masa ni memang kenyang terhamattttttt sangat!! Even mahal sikit takpe lah. Sebab malas nak berpanas dekat bazaar lagi pun sekali sekala *lama2 berkala2 apa salahnya...huhu
Yang penting sekurang2nya habis makan ok...daripada beli dekat bazaar berbakul2 tapi tak habis main campak dalam bakul sampah tak bagus jugak kan?
(^-^)
No comments:
Post a Comment