Dalam minggu ni kecoh kes status halal haram produk tertentu. Kalau korang perasan JAKIM sekarang macam main chak2 dengan kita. Produk yang dah berpuluh tahun kita guna n consume baru diberi status Haram. Pengguna yang blur lagi comel macam kita semua ni ternganga n konpius dengan status ittewww semua. Memang haremmmm kan??
Hari itu kononnya the famous Kluang Rail Station ada campuran kopi yang diragui ada unsur vinatang oink2. Then sekarang ni produk kecantikan penyanyi nombor satu Malaysia pun dikatakan diragui.
Produk SimplySiti dah mula jadi target. Diorang kata berus produk tu dari babi.
*eh?? yekew....
Izz ada jugak terbaca dari sebuah blog yang kononnya hanya menyebarkan cerita yang sahih lagi benar sahaja. Demi kepentingan umat Islam sejagat katanya *walaupun aku tak pernah tahu wujudnya blog itu tapi masalahnya tak dapat cari lagi dah blog tu. Ada yang kata dah di removed. Aikkkk???
Pemilik blog kata ada bukti sahih dari surat jabatan agama Islam mana entah *tak pulak aku ingat. Tapi, ada maklum balas dari pihak Siti Nurhaliza sendiri.
Awal2 lagi Siti dah bagi kenyataan dekat Twitter :
Semua produk SS & berus yang digunakan dalam produk adalah mendapat kelulusan HALAL daripada JAKIM dan pemeriksaan adalah dibuat sebelum setiap produk dihasilkan dan kita akan mengenal pasti dan memperbaiki setiap usaha untuk memastikan setiap produk mendapat kelulusan Jakim
Siti Nurhaliza dah bagi confirmation yang bukan berus produk itu yang diperbuat dari bulu babi. Tapi berus yang digunakan dalam proses2 kerja pembersihan dekat kawasan kilang. But, worry no more!! Kerana kerja2 penyamakan dah dilakukan atas faktor was2 itu.
- Pertama, katanya dokumen atau surat itu Sulit tapi kenapa dengan mudahnya tersebar dekat internet sedangkan pengumuman rasmi belum keluar pun??
- Kedua, siapa yang bocorkan maklumat 'rahsia' nih?? Mesti ramai tuding jari dekat pekerja2 jabatan kan? Kata jabatan agama, tapi ada jugak pekerja yang tidak fully amanah ye?? Sungguh ironi....
- Ketiga, surat atau lampiran tu macam bukan dibuat secara professional. Do u get me?? Faham tak? Diorang kan orang2 professional yang ada pegawai segala, sepatutnya hasil kerja tu bukan setakat taraf folio budak SPM ok. Pertama kali baca n tengok pun dah boleh buat kita keliru.
Tapi sedihlah kan kalau cerita macam ni keluar atas niat dengki atas kejayaan orang lain. Cerita macam ni boleh buat orang yang terlibat rugi tak tertanggung. Tengok je lah apa jadi dekat Kopi Stesyen Kluang tu. Terus jatuh merudum perniagaan diorang.
Ada jugak suara2 yang bising, ada ke tidak diorang buat ujian atau pemeriksaan dekat produk2 luar ek?? Hurmmm....rasanya produk2 tu lagi meragukan..tapi nak wat macam mana. Rakyat Malaysia memang lebih agungkan produk luar yang taraf international berbanding produk buatan rakyat Tanah Melayu sendiri.......
chumil ct marah
ReplyDelete@http://bukankosong.blogspot.com/ : haha...tau xpe...
ReplyDelete@diana : erm...xpasti lah....try google untuk tengok imej gambar surat tuh...
ReplyDeletechumel gambar siti yang last tuuu ><
ReplyDelete