Followers

Sunday, August 5, 2012

[ FoodLover ] : The Loaf Pavilion sedap !




Kalau hari-hari berbuka puasa kat rumah bosan jugak ye idok? Mostly kalau weekdays selalunya akan berbuka kat rumah je. Tapi ramai yang akan amek kesempatan waktu hujung minggu untuk having fun with family and buddies berbuka dekat luar. Where are the common places they'll choose to go? hurmmm......hotel? itu sudah tentu! kalau boleh setiap dua minit korang nak tweet berbuka kat hotel berbintang2 kan? hiksss....

Last few days aku ada jugak pergi berbuka dekat luar. Itu pun tak plan. Mula2 petang tu juz pergi Jln TAR sebab nak check on baju melayu. Fuhhhhh panas n penat wuiiii kat situ dengan rambang matanya lagik!

Then pergi ke Bukit Bintang sebab dengar khabar juadah lauk pauk jual kat sana boleh tahan sedap n meriah. Memang meriah! Tapi disebabkan malas nak berebut dengan 'orang-orang tak puasa' yang few of them agak biadap n annoying, aku pilih berbuka kat Pavi je lah. Yelah, kaum bangsa ko bukan puasa pun, tapi ko biadap nauzubillah bertolak2. Kitorang yang puasa ni pulak ditolak ke tepi. Annoying nya lahhhhh.


Pusing-pusing satu Pavi tapi tak tahu nak berbuka kat mana. Nak try Madam Kwan pun dari luar dah nampak ramai beratur. heh. malas ler nak buang masa beratur tapi end up tak dapat seating. Then teringat ada kawan aku yang journalist untuk My News Hub , ada pergi makan pasta dekat The Loaf. So, I was just trying my luck pergi tanya if the tables sume dah reserved. Cut it short, we were lucky enough sebab ada meja untuk dua orang. (^.^)



First time aku dine in kat sini. Tapi kalau roti depa memang dah selalu aku beli sebab memang sedap pastry dia ok! Ni ada set untuk Iftar. I chose set no.3, Nasi Beriyani with Tun's Beef Curry. Korang boleh nampak RM35 tu macam mahal kan? Tapi ada sekali sup for starter, kurma, popia, air.



Tempat dia cantik. Tu ada foreign couple, pelancong Korea kalau tak silap. Diorang order kemain banyak tapi pung pang pung pang makan cepat giler habis!



Before masuk waktu berbuka aku turun ke bawah sekejap nak tengok roti diorang. End up aku amek this two cups. I donno what they called it tapi satu tu choc dengan cheese yang memang sedap gilerrrrr n satu lagi oreo. Kalau korang jenis macam aku suka desserts, yang coklat tu memang highly recommended !



 Kurma n popia. yummyyy.



 Ice lemon tea. 


This one soup for starter. Tak sure apa actelli sebab yang pasti bukan mushroom or pumpkin. Tapi, memang kena dengan tekak aku sebab kejap je dah licin! hewhew



This one is mine. Nasi Beriyani with Tun's Beef Curry. Portion curry dia macam 3 orang punya makan! Banyak wuiiiii...curry dia sangatlah sedap! Pekat n terangkat....huhu



Yang ni pulak Nasi Beriyani dengan Ayam Percik kalau tak silap. Sedap jugak. Bak kata Azwan Ali? 'Luvvvvvvvvvv' ...hahaha

Kalau ada yang tertanya-tanya pening tak tahu nak berbuka kat mana, boleh try The Loaf, Pavilion.

(^.<)

3 comments:

  1. bekas sup tu sebesar alam tp supnye ciput je kat tgh
    mcm pelik dan disappointing :P huhu

    ReplyDelete
  2. Hi!.....cakap pasal The Loaf, saya baru jer gi kat branch di Sogo. Memang terbaek!!..Pics dah upload jadi senang2 tu jenguk la yer blog saya www.blogmakanbest.blogspot.com
    Topik 100% makan..makan dan...makan tak der topik lain :)
    Dan kalu minat tu follow yer blog saya TQ TQ

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...