Followers

Tuesday, January 31, 2012

Let's masak2 on CNY :)

'

Rasanya masih belum terlambat Izz nak ucapkan selamat menyambut Tahun Baru Cina untuk yang meraikan perayaan ini.  Tahun ni meriah dengan Naga Air menjadi simbol sambutan kali ni.


Nak cakap pasal Chinese New Year ni, on that day ada pergi rumah JR.  Sebab kawan dia ada yang Cina so diorang plan nak masak2 n aku pun join.  Beli barang2 kat kedai runcit area s13 tu je kalau tak silap.  Aku bagi duit sikit untk beli ayam brand Ayamas tu.


Mee goreng tu diorang yang masak.  Aku duduk je layan si Miko n Aaron...hehe...lagi pun dapurnya ada satu je so let the master chef yang buat kerja.


Mee goreng tu sedap giler!!!  Tambah pulak makan dengan ayam goreng tu panas2 ouh memang terangkatlah.  Sambil tu tengok cerita Cina kat tv.  Kelakar giler cerita tuh...haha


See?  Even kita lain bangsa tapi kalau dapat kumpul macam ni masak n makan sama2, best rasanya.

(^.~)



Sunday, January 29, 2012

Buncitkan perut dengan meatball IKEA :)


Oukeyh. That's a really one gedik-nak-mampus photo of mine...haha...im sorry for that~ it was taken juz for fun tho...


By the way, nak avoid bukak kitab lama yang lapuk yang menyentuh pasal ex but seriously i have to....haha...i have been craving for IKEA's meatball like for months yang berbulan2 lamanya.  I asked my ex to bring me to IKEA, masa tu acting comel manja2 romentik kononnya.  Tapi??? sampai ke sudah dia tak bawak aku.  Hampeh....huhu


Then one day, aku lepak ngan JR.  Actelli sebab dia nak bawak jumpa kawan dia nama Azza kat area The Curve.  Tapi sebelum tu pick up member dia dkt area TV3, Nad, a very humble and nice girl she is.  Dia orang FlyFM.  


So sementara tunggu Azza, kitorang lepak kejap kat Teh Tarik Place.  Azza sampai, then borak punya borak pasal kerja, pastu beralih pulak ke IKEA sebab nak serang meatball...yippiiii...boleh tak bayangkan betapa excited nya aku masa tuh?? hahaha...lagipun IKEA tu kan seberang jalan je pun dari Teh Tarik Place tuh




So I had this!  Amek yang 10 ketul punya.  Nak amek 15 or 20 takut tak habis pulak kan...haha..bila dapat kunyah meatball tu dalam mulut ohhhh heaven nya rasa! haha....boleh imagine tak bila kita dapat makan samting yang kita dah lama mengidam nak makan? it feels good right? :)


One fine day, bila dah gaji n ada masa nak gi lagik with JR n belanja dia :) nak shopping barang kat IKEA sekali.





Thursday, January 26, 2012

Rindunya dekat kawan2 ~



Ouh rindu dengan kawan2 aku yang ini semua  *menaip entry ni sambil air mata menitik deras tup tup  


Ini pic masa sambut new year hari tu dengan Tasha, Akmar, Yana n Afiq. Gambar hiasan untuk entry ni kat atas tu amek kat umah Akmar. Wat a lovely house she got!  sumpah cantik giler n itu rumah impian aku how it shud look like.




Hari tu before new year pun ada lepak dengan geng2 office lama. Aku sayang friendship dengan dorg ni ok. Sebab masing2 ada minat yang sama n kepala pun boleh layan...huhu...


Lepak2 dekat Starbucks, Pavilion sambil cuci mata ouhhhhh indahnya waktu tuh!  hahaha....still remember gelagat aku ngan Ruff yang xhabis2 membahan orang yang lalu lalang...hoho


Dapat spend time dengan kawan2 memang besh !!

But if Allah's will, insyaallah, lepas ni selalu lah kot aku pergi Pavi tu.  Kenapa?  Rahsia.....hewhewhew



Sunday, January 15, 2012

Hatta Dolmat's collection's on SALE !!



Good news untuk yang suka dengan koleksi fashion designer fames Malaysia, Hatta Dolmat, sebab sekarang ni ada sale untuk koleksi yang ada sekarang !!

Details nya ye?


Boleh pergi ke alamat ni 

hatta dolmat couture* A 22 jalan plumbum p7/p pusat komersil seksyen 7 40000 shah alam selangor darul ehsan malaysia.


Kat bawah ni ada a few photos lagik...  :)


Kalau korang datang jangan lupa bagi kredit dapat info dari blog Izz Latif tau...hahaha




hdc lace nude pink brown







classic black dress











Btw, sekarang ni Izz aktif kat Twitter selain ada FB Fan Page sendiri untuk blog ni...  :) jom follow !



Nak menatang nih !!



Hari tu masa gi Kino kat KLCC yang teman Akmar cari diary tu ada ternampak benda alah nih....it was sooOooo cute!  ada macam2 jenis or binatang yang kita leh pilih.  Ada dolphin semua lah.




Kalau tak silap harga dia RM29.90 macam tu lah.  Kalau untuk yang minat benda macam ni mesti nak kumpul semua buat koleksi...huhu




Ada tak orang yang nak hadiahkan kita benda nih? hahaha....





Thursday, January 12, 2012

Shisha at Marakesh, KL



A day before new year memang lepak tak hengat dunia punya !! Pagi gi KL then balik Shah Alam kul 9pm pastu gi pulak KL semula then gi Subang.  Aku ada tweet pasal ni.  Shah Alam-KL-Shah Alam-KL-Subang-Shah Alam.  Semuanya terjadi tanpa perancangan...haha


Keluar dengan tiga group berbeza.  It was a mad day!  Plus, penat giler weyh....


Waktu malam tu si JR kidnap aku kejap bawak gi KL sebab nak lepak dekat Marakesh area Kampung Baru. Itu pertama kali aku gi sana n tempat tu sangatlah nice n best.  Specialty diorang masakan Arab.  Shisha kat situ pun boleh tahan murah. 


JR n member dia ada order satu teh ni.  Dia bagi teko kecik n gelas2 kecik cenonet je besarnya.  Boleh tahan sedap :)


Banyak kali aku tambah.  Sebab masa tu hujan kot kat luar so bila dapat minum teh panas rasa refreshing giler.  Korang dah pernah pergi sana?  Kalau yang belum tu cubalah pergi.  Makanan dia memang not bad!  



Tuesday, January 10, 2012

2012 calendar from Epop



Oukeyh basically orang yang minat K-Pop or J-Pop tahulah kot pasal magazine ni.  Epop is a magazine ye.  Dalam tu semua cerita2 pasal artis Korea n Jepun.  


A week before new year aku ternampak majalah Epop yang baru tuk Edisi January/New Year.  It came with a kinda big calendar n harga terus naik RM12.90 ok!!  Obviously sebab ada calendar tu lah kan. Xpelah.  Lagi pun aku beli sebab memang tertarik dengan calendar tuh...hahaha


Dalam tu ada banyak gambar artis2 n band/group popular Korea. Group fav aku macam SHINee kat bawah ni pun ada...hehe



Dalam masa satu malam habiskan membelek both magazine ngan calendar tuh.....  :)




Sunday, January 8, 2012

Bebaskan Anwar 901, Bebaskan Sakit Batukku



Ada perhimpunan ala2 konsep Sejuta Umat ea kat KL nnt? hihihi....no lah gurau jek !


Yang pasti aku tak turun area KL hari tu tapi akan tengok update kat Twitter, FB, Blog n newspaper online kalau ada.  Uiiiii bercinta sangatlah kan takut nnt kalau ada yang tak kena terus haru biru KL tuh.  Terus jadik macam Mesir, Libya ke kan !  Pengikut2 mana2 pihak tak kiralah siapa2 pun kalau boleh kita ikut budaya bersopan kita yek.  Kita sentiasa harapkan yang terbaik.  Moga2 tak ada kejadian2 tak diingini berlaku.  :)


Gambar ni snap tahun lepas hokayh !! haha....kira almost final week of 2011 kot masa ni.  Mula2 lepak makan lunch dekat Pak Li, Seksyen 7.  Pastu beralih pulak ke Uncle K, SACC sebab bawak laptop tuk buat kerja.  Then pindah ke Noodle Station sebab diorang ada plug to charge my laptop.  


Order jugak ice blended apa ni aku tak ingat namanya.  It was kinda good.  Rasanya dah dua kali kot minum tapi ingat2 lupa.  Jumpa pulak mak ayam besar Giant si Afiq kat situ. 




Dapat minum waktu panas ohhhhhh lega sangat2 !  Tapi ini jugaklah antara penyebab aku batuk2 sampai sekarang ni....huhu

Thursday, January 5, 2012

Apa-apa itteww?? :)





Ouh samting's coming up !! wait n see ya....  :)

Bisou, the Bake Shop



Masa hari nak celebrate new year, aku ada pergi KLCC teman my sis Akmar beli diary.  Lagipun we thought it was a good opportunity for Tasha carik barang untuk hadiahkan dekat kekasih hati dia sempena anniversary diorang. Ouhmaiiii sweet kan?  huhu....tapi taulah harga kat KLCC dah pasti membunuh kalau bukan mengikut bajetnya.  Nak pergi Time Square or Sungei Wang memang bercinta lah kan nak meredah traffic jam kat sana.


Turun je dari bookstore tu we stopped kat kedai ni.  Ouh aku rambang mata! rambang mata sangat2!!!  Aku kan suka makan kek, sweets n chocolate nih.  Kedai ni ada jual cute little cupcakes, soft cookies yang ouh so lazat-looking lah kan! hahaha....Tasha berhenti sebab dia tertarik dengan kek comel kat situ.  Aku dah meleret menjeling2 Red Valvet Cake dia. Dammmnnnnn sedapnya nampak !!  Ended up, aku kongsi beli dengan Akmar..hewhew...RM13 for a slice of it.  Kalau red velvet cupcake dia RM6 je tapi takut tak puas pulak.


Lepas ni kalau aku mengidam nak makan benda manis2 memang aku terjah sini je lah.  Kedai ni dah lama rasanya tapi disebabkan aku memang jarang sangat gi KLCC atas faktor kesesakan manusia yang membunuh, so aku selalu avoid KLCC tuh.  




Siapa2 yang memang jenis suka benda2 macam ni memang akan rambang mata tengok kek kat Bisou Bake Shop nih. Dappppnyaaaaaa....  :)



Wednesday, January 4, 2012

Tahun Baru 2012 (part 2)



Tak ada plan nak sambut new year pun dekat KL.  Pergi KL sebab nak melawat Pak Cik kepada Akmar kat Gleneagles Hospital kat Ampang then off to KLCC.  Tujuannya sebab Akmar nak pergi Kunikuniya *did I spell it right?  Alaarh, kedai buku yang besar kat KLCC tuh heh~~ 


Akmar wanted to buy a diary untuk tahun baru katanya.  Ikut plan jugak, jumpa si Yana dekat sana sebab dia naik train.  Dah jumpa berkumpul semua, nak gerak ke Istana Hotel pulak.  Dekat sana dapat dinner free sempena New Year.  Ouh memang awesome !


KLCC dah penuh sesak dengan orang.  Dekat taman dia kitorang nampak mcm ada stage kecik kot n van TV3.  Sayangnya tak tau macam mana celebration of new year kat situ sebab kitorang tak sambut kat KLCC...hewhew



Dekat restoran Trishna nih, memang specialty depa in Indian foods.  Ouh memang sedap ok!! Macam2 lauk dia.  Thanks to the generous Mr Bedi for the dinner treat.  The foods were deliciously awesome !



Tuesday, January 3, 2012

Tahun Baru 2012 (part 1)



Salam.


Ouh yes I know, gambar ni sangat buruk kan? Like hell no!  Apa pasal dengan rambut aku kemain serabai.  In my defense, aku kena paksa snap gambar to give to someone kalau tak dia merajuk.  Demand yek!  Nak gambar yang memang masa tu jugak, xnak yang kelmarin punya or malam tadi punya. 


Plus, rambut aku memang dah panjang giler sekarang.  Last time potong may be like almost more than two months ler.  Nak bela panjang itu memang niat di hati.  Tapi ramai2 kengkawan pakat2 bising.  Bila jumpa je mesti kata ;

'You bila nak potong rambut Izz?'

'Rambut kau ni dah panjang sangatlah, kasik potonglah'

'Eh? I ingat semalam u kata nak potong?'


Haaaa....so nak tak nak kena potong jugak in this few days nantilah.  


Well, korang mesti ada yang sambut tahun baru dekat luar kan?  Ada jugak yang duduk rumah je, malas nak bersesak kat luar so duk umah tengok tv je katanya.  Issoke.  Tapi tipulah kalau kata celebration for the new year langsung tak dirasai kannn.


Sume duk pakat2 hapdet status kat FB n Twitter pasal celebrate2 nih.  Sejujurnya, aku tak terfikir nak celebrate.  Aku, Tasha n Yana juz plan to meet up dalam petang hari Sabtu tu untuk lepak bertiga sebab kitorang je yang berstatuskan 'single' on that night.  Orang lain dengar citer dah ada plan gathering dengan family, gi club, dataran, KLCC n all.  


But then, pagi hari Sabtu tu entah macam mana lepas aku update status kat FB, Tasha komen n plan nak datang rumah aku.  Apa lagik?  Kita plan untuk masak2 dekat rumah aku then baru fikir apa nak buat for the rest of the day.  Before masak nak tunggu Akmar, sempat gi kedai beli bahan masak.  Layan jugaklah sampai habis movie Mean Girls before masuk dapur.  Tasha was a superb cook lah!!  Dia expert sangat.  Afiq jadik pembantu dia n aku dengan Akmar pulak gosip2 cerita itu ini sambil hadap lappy....haha



Ayam masak kicap special ala Tasha



Kangkung goreng seksi ala Tasha


Haaaa...kelas tak nama?  hahaha....ada lagi satu telur dadar hasil masakan Akmar n was super sedap too tapi gambar tak ada sebab dah gelojoh makan memasing! huhu....so terlupa nak snap


Lepas makan2, plan nak gi KL n meet up Yana kat sana......



*ouh takut panjang sangat nnt ada yang muntah nak baca. nnt kita bersambung.....  :) Happy New Year 2012  to my lovely loyal readers!! mmuahhhh





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...