Followers

Showing posts with label Syok Sendiri. Show all posts
Showing posts with label Syok Sendiri. Show all posts

Sunday, July 10, 2011

Syok Sendiri ( Video ) : Single Inggeris Siti Nurhaliza, Falling In Love


Sumber dan kredit : www.budiey.com & forum cari / youTube


Fewiitttt...lama giler dah SS tak keluar untuk Syok Sendiri ek? hehehe.  Bukan apa SS penat melayan aktiviti2 harian biasa.  Apa?? korang ingat SS tak ada life ke...hahaha..




Tambah pulak masa SS duk sibuk nak survey baju raya kat Jalan TAR Sabtu lepas boleh pulak tersesat masuk rombongan kaler kuning.  Bukan apa, SS ingat diorang ramai2 jalan gi survey barang raya jugak.  Tetiba diorang jerit2 bersih segala....baru SS perasan yang SS dah tersesat masuk group yang tengah duk gotong-royong bersihkan jalan2 kat area KL tuh..hiksss




teruskan membaca...

Tuesday, March 29, 2011

Syok Sendiri : Siti Mengandung Ea??!!



Semalam kecoh dekat timeline Twitter, kononnya Dato' Siti Nurhaliza merangkap kakak hangkat kepada Syok Sendiri ni sedang membooolat perutnya..Ouhhhh..apakah?? terkedu SS dengar berita tuh...apatah lagi bila tengok gambar-gambar yang SS dapat daripada site RunWitMe (kredit!!)


Betul ke?? atau propa je diorang tu...SS pun apa lagik, terus carik cerita! walaupun broadband ni agak semput ye! macam SS nak campak je ke dinding....very the lemmmsss...bayar kemain mahal! tapi servis non hadoooo




Dah kata yang mengandung tu Siti Nurhaliza kannn...kalau Siti Joyah ke, Siti Sifir ke...ada SS kesah?? muahahaha....peminat Siti yang berjuta-juta tuh dah lama tunggu berita gembira macam nih


Belek punya belek cari kat Google sume, last-last dapat info dari Twitter Siti sendiri pagi tadi....rupa-rupanya berita palsu...kannnn SS dah kata...diorang ni sah-sah nak kencing SS je tau! huhu...baru SS nak lompat-lompat gembira


Ni statement daripada Siti sendiri....


Assalamualaikum & morning!wah! Kecoh semalaman ttg ct mengandung ye.sebenarnya ct blm mengandung.mengandungi lemak ye..tu kena diet nih!haha


Bukan baby lerrrr....lomakkkkk rupanya!! haha...


Apa-apa pun, SS dan segenap lapisan masyarakat Malaysia bersatu teguh menunggu berita bila Siti akan betul-betul mengandung...semoga doa dan impian itu termakbul ye...Insyaallah





Saturday, March 19, 2011

Syok Sendiri : Saida "Suami Tidak Hormat Arwah Abah"



Kali ni Syok Sendiri nak bercerita pasal Saida, kakak kepada penyanyi nombor satu Malaysia Dato' Siti Nurhaliza. SS yakin ramai kenal dia melalui program cucuk-cucuk bintang menuju puncak, Akademi Fantasia. Kannn??




Tak kesahlah dia terkeluar minggu ke berapa, tu cerita zaman rambut dia kembang kuncup tuh! Sekarang ni tengah fanaszz dengan kisah permohonan cerai oleh Saida terhadap suaminya, Mohd Ghazali Yahya Zikri. Sila betulkan SS jika maklumat dalam entry ni silap ye! SS dapat dari Murai, thanks and credit to them!!




Sebutan kes tu berlaku pada pagi 18 Mac 2011 dibuat di hadapan Hakim Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur. 


SS dengar cerita ni dah lama sejak ada angin sepoi-sepoi meniup menyampaikan berita masalah rumah tangga diorang nih. Tapi masih belum clear puncanya. Apa puncanya yek?? 




Dengar cerita lah ye, Saida tak suka dengan perangai si suami. Ghazali, namanya ye??, dikatakan tidak menghormati arwah bapa Saidah, Tarudin Ismail. Saida pun dah lama duk pendam perasaan tu sampai satu tahap dia tak tahan dah. Tuuuu diaaa!! Kiranya sikap tu menyakitkan hati lah yek? Bukan itu je, si suami pun kononnya tidak memahami diri Saida dan mengongkong kerjaya Saidah sebagai anak seni sekarang nih.




Tapi, bagi SS kalau ada ruang untuk berbaik tuh, why not proceed macam dulu sebagai suami isteri yang harmoni kan? Kahwin pun dah hampir 15 tahun, anak dah cukup molek bilangannya empat.




Masalahnya dah hati tu tak nak, nak buat macam mana lagi kan?

Mari dengar nih, ada bonus sikit SS sediakan tuk korang! Hehe. Lagu Sedalamnya Cinta daripada Saida sendiri....layannnn ler~~





Monday, March 14, 2011

Syok Sendiri : Ziana Zain Tak Nak Pakai Seksi !!!


Siapa tak kenal dengan penyanyi Madah Berhelah ni kan?? Dikatakan vokal range dia paling tinggi antara penyanyi wanita kat Malaysia nih...ko dengarlah lagu Anggapanmu, Kemelut di Muara Kasih n Setia Ku Di Sini..meremang bulu tengkuk!!


Baru-baru ni ada cerita panasss berlegar sekitar nama diva Ziana Zain ni. Kononnya Ziana telah keluar dari set untuk cover majalah Eh!


Eh??!!! Haaa...kannn. terkejut peminat-peminat kakak kepada Anuar Zain ni..dituduh sebagai tidak profesional dek orang-orang Majalah Eh! dengan statement di bawah...


"Apabila kita terlalu emosional kita akan hilang pertimbangan dan bertindak di luar profesionalisme. Masih banyak cara untuk mengatasinya. Soalnya Ziana tidak memberi ruang untuk warga kerja Eh! berbuat demikian. Ada bertanya, antara keempat-empat Diva ini, siapa yang lebih kertu, tetapi kami tidak anggap Ziana yang sudah 43 tahun itu kertu (kecuali dia meletakkan dirinya kertu). Justeru itu, kalau kita lihat majalah tidak pernah menuakan Ziana (kecuali Ziana sendiri). Ketika warga kerja Eh! mencari kedudukan yang sesuai untuk setiap seorang (ini penting kerana Ziana dan Ning berkulit gelap manakala Erra dan Fauziah cerah), tiba-tiba Ziana berlalu meninggalkan set sambil berkata “this is wrong”. Dia membuatkan warga kerja Eh! yang sedang mengatur kedudukan terpempan." 

~apa??cakap kuat sikit, hakak tak dengar!tak puas atie kerrr??~


Ingat Ziana Zain duk diam?? Bila ditanya, terus dia buat statement tuk defend diri dia sendiri..


"Hidup saya ada prinsip di mana ada yang boleh dan tidak boleh dalam kerjaya saya. Bagi saya, imej merupakan perkara yang utama. Saya mewakili peminat dari umur muda hingga tua, jadi saya kena peka dengan pakaian saya. Dari segi pakaian sangat penting kerana ia mencerminkan diri kita dan semestinya saya kena memilih pakaian yang sesuai dengan status saya sebagai seorang ibu."  
 "Pada sesi fotografi tersebut, mereka menyuruh saya menggayakan pakaian ‘bareback’ rekaan Dior di mana ia mendedahkan bahagian belakang saya. Bagi saya, pakaian itu sesuai dengan golongan remaja dan tidak kena dengan imej saya. Jangan kerana baju berjenama dan sesuai, saya kena pakai baju itu. Ini bukan Hollywood dan saya tak nak jadi mangsa fesyen."
 ~kredit gambar kepada redmummy!!~
"Bukan saya saja berada di situ. Erra serta Ning juga ada dan mereka juga mengadu mengenai perkara yang sama. Bukannya pihak sana tidak menyediakan pilihan baju yang lain, tapi baju yang ada pun semua sama jenis. Mereka selalu ingat mereka urban dan nak bekerja macam Hollywood tapi sebenarnya mereka tak peka kerana bukan semua orang boleh terima perkara ini."
 "Saya idola kepada masyarakat, jadi saya kena jaga pemakaian saya. Saya rasa sungguh tidak berpuas hati. Pertama kali dalan seumur hidup, saya tak pernah buat kerja bodoh ini kerana saya hormat semua orang. Saya tak nak imej yang saya bina selama ini jatuh macam itu saja. Hidup saya memang ada prinsip. Saya betul-betul kecewa tapi tidak marah. Cuma saya agak terkilan. Gelaran diva yang orang beri kepada saya merupakan tanggungjawab besar yang perlu digalas. Selama 20 tahun, tak pernah saya kena macam ini. Isu ini paling menguji kesabaran saya. Dunia ini kecil, jadi saya tak nak sengketa ini berpanjangan."
 ~i idola masyarakat seantero Malaysia ok!! tak nak dedah2 nih~



Haaa...amek ko!! Diva tau dia nih..sekali dia angkat kening, tergolek ko..hahaha...dah hampir 20 tahun dia jadik artis, so dia tau macam mana nak handle diri sendiri, termasuk untuk baju apa dia pakai..sesuai ke tidak kan..


~nak ngata i xagak2 kan? jerit lagu Puncak Kasih kat telinga kang! pekak seminggu~


Gitulah ceritanya...yang penting, prinsip Ziana tu wajar dipuji..dia dah tentu nak jaga standard dia sebagai penhibur yang disegani kan..sesuai dengan umur dia..chaiyookkk Kak Ziana!!!


SS suka dengan artis berprinsip macam Ziana Zain nih...

Sunday, March 6, 2011

Syok Sendiri : Bekas Isteri Datuk K Mahu Kahwin Lagi


Bekas isteri Datuk Seri Khalid Mohammad Jiwa atau lebih dikenali sebagai Datuk K, akan menikah lagi. Tengku Zawiyah akan menikah dengan seorang ahli perniagaan. Business man jugak lah nih ye??


Bila tarikhnya? SS dapat dari sumber gua.com yang pasangan ini memilih Mei sebagai hari bersejarah mereka. Bakal suami TZ ni asal Sabah dan baru masuk Islam Februari hari tu. Merupakan seorang bapa kepada dua orang anak. Nama Islamnya adalah Rayyan JK Abdullah. 


SS berharap segala persiapan berjalan elok walau majlis itu dikatakan bakal diadakan dengan sederhana. Semoga berbahagia!


Saturday, March 5, 2011

Syok Sendiri : Fazura ---> Payu Dara I Original Ok!!


Syok Sendiri memang dah lama berkenan dengan dia nih. Seorang pelakon yang datang dengan pakej yang cukup untuk bergelar pelakon yang berjaya. Bakat?? Sudah semestinya! Rupa?? Tergolong dalam mereka-mereka yang jelita gitu! 


Ada sekali drama raya Rendang Untuk Mertua, Fazura yang berlakon kan? Menangis tersedu-sedan tengok dia dalam cerita tuh. Selain itu, filem yang menonjolkan Fazura sebagai waktak utama, Pisau Cukur meletop-letop kat pagawam dulu. 



Baru-baru ni, Fazura dilantik menjadi duta terbaru Lux. Wahhh. Bravo darlink!! Hebat tak hebat kan? SS dengar, Fazura turut dibayar ribu riban plus plus lagikkk. Kelas kau!! Huhu. Inilah nama dia rezeki.


Tapi yang tidak syoknya, terpampang dalam surat khabar yang Fazura dengan aktifnya menepis gosip terbaru mengenainya. Kononnya silikon payu dara dia pecah! Omaigod. Yesss. SS tahu, ini satu gosip murahan sgt! Siapalah yang otak begitu sempit sampai sanggup buat cerita panas mcm tu kan. Panassssss!!!


Fazura pun dengan rileksnya menepis dakwaan tersebut. 


"Semua yang ada pada diri saya adalah asli dan tulen. Tak pernah saya melakukan sebarang pembedahan plastik pada diri saya. Gosip yang mengatakan silikon payu dara saya pecah adalah cerita yang amat memalukan dan bodoh."






Tuesday, February 22, 2011

Syok Sendiri : Fasha Sandha Buka Salon Chinta Sendiri

 Sumber gambar : AbgNara


SS tergamam dengan kecekalan pelakon yang seorang nih...bukan apa, dalam sibuk-sibuk Malaysia tertumpu dek cerita putus cintanya dengan Jejai n konflik dengan seorang pelakon lain, masih sempat dia bergerak sendiri untuk melengkapkan impiannya bergelar business woman!!


Baru-baru ni, Fasha telah membuka salon kecantikannya yang terletak berhampiran Wangsa Maju...tema purple gituuu nampaknya...yang penting, tidak ada sesiapa sponsor yek!! Semuanya hasil usaha keras Fasha dalam lakonan....Baguslah, usaha itu tangga kejayaan kan...


SS suka dengan cara pemikiran Fasha nih...nak bergantung sangat kepada lakonan pun tak boleh, sekurang-kurangnya ada salon tu nanti boleh lah jadik sumber pendapatan melalui business ye idak....









Saturday, February 19, 2011

Syok Sendiri : Dato Siti Siap Bina Masjid


Gambar : sumber dari Google, Abg Nara
Cerita : sumber dari laman Abg Nara

Anda peminat penyanyi berdagu lekuk ni ke tak?? Apa?? Ko haters dia?! Ada dia kesah....Haha...dengar khabar, Siti ada berita gembira nak dikongsikan dengan peminat-peminat dia.


Pernah tak dengar cerita Siti nak bina sebuah masjid dulu? Alarh, masa awal-awal dia kahwin, dia ada buat statement tu....dan sekarang ni, impiannya sudah termakbul...Alhamdulillah, SS tumpang gembira.


Walaupun tetap jugak ada orang nak bercerita pasal hal ni....nak bina masjid pun kontroversi ek?? Yelah, ada yang pertikai sumber duit Siti guna untuk bina masjid ni...kononnya, duit hasil nyanyian atau hasil jualan SimplySiti bukan sumber yang halal untuk digunakan buat masjid nih...eh, yekew??


Tapi bagi SS kan, takkan lah Siti sebodoh itu untuk guna sumber yang tidak elok untuk sesuatu semulia itu...masjid tu kan rumah Allah.....biarlah Allah yang menentukan, sebab itu perhitungan antara Allah dengan dia...betul tak??


Bila buat jahat dituduh macam tak ada agama, bila buat baik kata riak pulak...masing-masing punya pendapat lah kot kan.....kesian jugak dekat artis-artis ni kan...buat jahat salah, buat baik pun dituduh macam-macam....


Nak tengok tak masjid tuh? Mari sini SS tunjuk ye....


Wednesday, February 16, 2011

Syok Sendiri : Nasha Aziz Dirompak RM40,000


Halo!!!~
first entry by Syok Sendiri atau nama timangannya yang lain Sesudu Sesenduk. Haha. Kalau dah namanya entry buat kali pertama takmo lah letak entry yang panas sgt, nanti terkujat pulak korang kan. Ni SS nak ceghite pasal pelakon jelita Malaysia, Nasha Aziz. 




Kenal ke tidak?? Kalo tak kenal memang ko peminat setia Hollywood sgt!! Sampai pelakon Tanah Melayu negara ko pun tak kenal kan?? Durjana sangat perangai itu. Haha. Nama berbelit macam Arnold Schwarzenegger tu boleh pulak ko sebutkan?


Baru tidak baru ni jugak, dengar khabar Nasha kene rompak!! Haaa...kejadian terjadi masa Nasha duk drive sesorang waktu malam kalau tidak silap. Dia baru je lepas cucuk duit kat sebuah bank tuh. Then, time nak balik berhenti kat traffic light, tetibe ada lah dua orang mamat naik motor. 





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...