Followers

Monday, September 23, 2013

Tips Dapatkan CPUV Campaigns Nuffnang



Hasil ketekunan dan kerajinan (*dibaca bebel) sebab lama dah tidak dapat buffered earning yang sekali gus datang 2-3 biji sekali harung, nahhhh hamek. Empat sekali! Terima kasih Allah atas rezeki ni. Syukur.


Nuffnang ni aku kenal dulu disebabkan Kak Redmummy si pencinta merah itu. Aku join mula-mula sebab nak mencuba saja. Aku memang minat blogging, plus dalam masa sama kalau dapat buat income pun ok jugak kan? Alang-alang seluk biar sampai siku. Haaaaaa ada ke peribahasa gitu? 

Dah dekat dua tahun join Nuffnang Malaysia. Nampak lah juga hasilnya. Walaupun income tidak seberapa tapi at least boleh nampak hasilnya. Kalau yang lain-lain tu dengar citer income lagi dahsyat tapi ada je masalah bila nak tuntut hasil. Betul ke? So tidak telus lah ye?

Dengan Nuffnang ni kita boleh nampak segala macam transaction bila kita dah daftar. Macam contoh, bulan ni berapa dapat CPUV or CPV and berapa CTR Bonus kita peroleh, or berapa ketul iklan melekat kat blog untuk CPUV bagai. 

Aku pernah join event Nuffnang dua kali untuk Maxis Blackberry Playbook n Movie Screening The Conjuring. Dua je?? Ok blame me lah sebab aku tidak update address. Aku duduk KL tapi letak alamat rumah dekat JB. Rupanya memang ada beri kesan ye!

Nasib baik aku pun rajin nak bertanya kenapa aku jarang dapat invitation pergi event bagai. Al-kisahnya disebabkan kebanyakkan events tu take place dekat Klang Valley area so keutamaan diberikan kepada blogger yang duduk area sini. 

Sentap aku.

Bila tukar je address terus dapat pergi screening filem The Conjuring dekat TGV One Utama hari tu. Syukur lah sebab Nuffnang ni rajin betul buat aktiviti untuk bloggers.




Kepada yang berharap NN dapat bagi korang ribu-riban duit income daripada blog tu tapi nan hado tidak ada? Macam ni lah pemikiran yang mudahnya 'Kalau tidak berusaha, kau hengat ada orang tabur duit suka suki depan muka kau?? Kau ingat kau model taraf antarabangsa??'

Haaaaaaa camtuh!

So berusaha lah.


Aku notice tips paling mudah untuk dapat buffered earning tu atau advertiser macam Digi, Ford, Celcom letak tepek iklan diorang dekat blog korang, RAJINKAN lah diri anda untuk update blog korang secara consistent. Bukannya update awal 2013, pastu hujung-hujung tahun 2013 lagi 2 hari nak masuk 2014 update lagi kali kedua dan berharap bila check acc Nuffnang terus 16 tempayan duit income blog korang banyakknya. Konsep apa nih?? Heh.




Rajinkah lah diri juga untuk join contest untuk dapat invitation pergi film screening semua tuh. Check je kat website Nuffnang Malaysia.

Kbye!






6 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...