Knowing me, aku jenis yang lebih suka pergi tengok wayang daripada pergi melalak karaoke. Mungkin sebab aku memang bukan kaki karaoke. Sedor diri suara tak sedap so simpanlah suara takmo buat gegendang telinga orang lain yang mendengarnya pecah. Hahaha
Btw, 23 Julai 2013 yang lepas aku dapat invitation daripada Nuffnang Malaysia untuk premiere screening filem seram The Conjuring. Excited betul!
Sanggup ok join contest soalan depa dan alhamdulillah dapat terpilih. Dapat 2 keping tiket percuma. Lokasi? Di TGV One Utama. Lepas kerja balik rumah kejap mandi segala then terus ke sana.
Disebabkan traffic jam so tersangkut juga lah waktu otw ke OU tu. Macam biasalah kan, KL kot. Sighhhhh
So dalam kereta lagi aku dah buat plan sampai je sana terus cari tempat untuk berbuka. Siap Google kedai sushi kat sana sebab lebih mudah daripada makan tempat lain.
Ye I was right. Sampai-sampai je dah pukul 7.15. Terus mencicit cari sushi yang berdekatan. Then jumpa ni, Sushi Q.
Last time makan dekat Paradigm Mall. Best tahu! Sebab korang just pilih je mana-mana yang berkenan di hati. Jangan risau walaupun diorang dah sesiapkan awal-awal tapi sushi dia fresh! Pelbagai jenis ada.
Yang atas sekali tu lobster mende tah. Lupa nama. Tapi basically macam sushi biasa cuma ada chunks of lobster kat atas dia. Sedap tahu! First time makan sebelum ni memang suka. Kali kedua datang ni terus ambil dua. Niat di hati tak nak kongsi dengan sesapa. hahaha
Habis makan terus ke TGV. Agak ramai orang dah beratur kat sana menunggu Nuffnies comel dan handsome datang untuk kita ambil tiket
Me. Playing with the mirror kat situ. Hihi
Yeayyyy budak-budak Nuffnang dah sampai!
Dah collect tiket kita tunggu lagi sat sebab movie tak start untul 9.15. So kita pergi cari ice cream jap sementara mengisi masa lapang.
Kemain si masa lapang sambil makan gelato?? Ye aku kuat makan ye. Btw ice cream tu tersangat sedap!
Review tentang The Conjuring ni, personally aku rasa filem ini antara filem seram yang berjaya buat aku tak senang duduk dekat kerusi. Filem ini tidak mengecewakan! Berjaya lepasi expectation aku. Tak macam Sinister, tak macam The Last Exorcism mende entah hari tu atau filem yang poster dia gambar tangan keluar daripada mulut budak perempuan. Damn! aku lupa tajuk cerita tuh.
Jalan ceritanya mudah, senang untuk kita digest daripada awal filem itu berkisar tentang apa. Paling menarik perhatian aku, tahap lakonan pelakon-pelakon dia yang cukup cemerlang. Teriakan, rasa ketakutan, tangisan, rasa gusar cukup terpancar pada muka setiap pelakon. Korang tak akan dapat bad acting atau teriakan mengada-ngada pelakon dia bukan macam teriakan 'kosong' seperti dalam filem-filem seram pengarah ehermmmm dekat Malaysia nih.
Serious.
Kalau korang jenis minat cerita bergenre sebegini, pergilah tonton! Terima kasih Nuffnang Malaysia atas pemberian tiket tersebut
(^.~)
Akak suka cerita seram walaupun takut atau mungkin pengsan dulu kalau betul2 jumpa hantu
ReplyDelete