Khairy Jamaluddin boleh dikatakan antara menteri kegemaran ramai buat masa sekarang, at least lah, disebabkan kesungguhan beliau dalam merencana pembangunan dan transformasi baru untuk kementerian yang diterajuinya. Walaupun sebelum ni waktu Pak Lah dalam tempoh 'susah' dek kerana menyebabkan ruling party dibadai tsunami politik sewaktu 2008 dan ditambah lagi dengan segala jenis desakan untuk menarik diri daripada terus menjadi Perdana Menteri, KJ terkena tempias yang hampir sama. Mungkin sebab statusnya sebagai menantu kepada Perdana Menteri sewaktu itu dan juga terikut sama dalam clash between former Prime Minister Tun Dr Mahathir Mohamad dan juga his successor-turned-out-nemesis, Pak Lah.
Episod itu telah berlalu. Sebaliknya, KJ terus mempertahankan kedudukan dia dalam arena politik dengan memenangi jawatan Ketua Pemuda UMNO, kerusi sewaktu PRU13 dan seterusnya dilantik memenuhi kabinet pilihan Najib Razak.
Ada sesuatu yang menarik tentang menteri muda ini. Beliau bukan jenis typical menteri lama yang sudah berusia atau jenis sekadar bercakap sendiri kuat tapi bila diminta terangkan hujah hanya diam membisu. Beliau adalah jenis yang berani ke hadapan dengan pandangannya sendiri dan bersedia untuk menerangkan. Berhujah? Berdebat? Itu semua sudah dia buat, malah jauh lebih baik daripada menteri-menteri lain.
Dikenali juga sebagai seorang menteri yang rilaks, cool KJ telah dijemput untuk memeriahkan konti Johara di Era bersama dengan Johan, Haniff dan Ray. Jom tengok! ;)
Part 'Standard lah menteri sombong...play safe, undi Khairy Jamaluddin' itu kelakar! hahaha
fuh gempak
ReplyDeleteTerbaru Di Blog : Hanya Di Malaysia Versi Instagram Episode 7
Apa yang gempak?
ReplyDelete