Alhamdulillah. September bermula dengan berita gembira dekat tempat kerja. Syukur rezeki Allah bagi. Moga terus dikurniakan rezeki dan nikmatNya. Amin.
Btw last week ada pergi ke Pavilion, rasanya dah lama jugak tak pergi sana. So hujung minggu hari tu bila tak ada kerja dekat rumah kita ringankan kaki ke area Bukit Bintang sebab nak tengok Mortal Instrument dekat Pavilion.
Lagi pun dapat dua free ticket dekat office so kena guna before terlupa.
Lama dah tidak makan Korean Cuisine dekat food court Pavi tu. Kalau dulu hampir setiap minggu pergi makan. Tapi entah kenapa kali ini kecewa sikit sebab macam dah tidak berapa nak sedap. Ke sebab dah terbiasa sangat makan?
Jalan-jalan dekat level 6 yang ada Tokyo/Japan Street tuh. Meriah sebenarnya dekat atas tu tapi kalau pergi pun sebab ada Daiso.
Sebelum movie kita singgah sekejap Bangkok Bistro or Chakri Palace pekena dessert dekat sana.
Red Ruby....ermmm...tak ingat nama penuh. Hehe. Tapi sedap n fav!
Pulut Mangga diorang pun not bad, selalu makan jugak. Tapi mangga dia kali ni kurang manis.
Mortal Instruments
Jalan ceritanya mudah. Keringkasannya dapat dipahami dengan plot yang terlalu biasa kita tengok dalam filem-filem Hollywood yang bergenrekan seperti ini. Tapi untuk meletakkan filem ini sebaris 'sejenis'nya macam Harry Potter, Twilight, Percy Jackson dan lain-lain rasanya belum mampu. Tunggulah kalau ada sambungan. I Am Number Four pun jauh lebih menarik. Aku mengharapkan watak-watak macam shadowhunter tu semua ada power yang at least menarik sikit tapi hampa bila ala kadar sahaja. Naruto lagi hebat! Heh.
Lebih berbaloi tunggu untuk download dekat torrent je.
Senang mcm ni. Dah baca review, hambar so xpyh susah-payah gi tengok. Tunggu tayangan percuma ajelah kat rumah.
ReplyDeleteHahaha :)
Delete