Followers

Friday, August 30, 2013

Riang Ria Raya 2013 : Juadah Raya


Oh my goodness! Orang lain semua dah up lama entry pasal raya. Aku baru terhegeh-hegeh nak tulis. Haha cian. Sebab tak ada masa langsung. Kadang-kadang balik dari office beriya nak update blog dekat rumah, tapi naik je atas katil terus langsung ketiduran!

Btw, meh sambung sikit. Raya pun sebulan so selagi masih dalam bulan Syawal, masih relevan untuk tulis pasal sambutan Hari Raya. hehe



Ini kita ramai-ramai hantar orang pulang daripada beraya. Keluarga kita besar. Baik daripada belah Nenek ataupun arwah Atuk. So, setiap tahun memang tak pernah ada orang miss untuk datang beraya. Kita siap dah boleh tahu, family ini datang raya ke berapa n apa diorang suka makan semuanyalah.



Thanks to keluasan kawasan rumah Nenek n arwah Atuk ni, banyak kereta boleh parking dalam satu masa sebab luas kawasannya. So kalau satu group family yang datang dengan 5 biji kereta macam ni pun tiada masalah. Boleh isi lebih daripada tu! haaaaa budak-budak pun suka datang sebab banyak ruang untuk berlari, main sorok-sorok bagai. Meh lah datang beraya!



Kemain baju memasing beli dekat Zalora Malaysia ke?? hehe


Group family yang datang ni daripada belah Nenek, ni baru sebahagian kecil ya. Tak termasuk yang lain. 

Di atas tu anjung tempat untuk para ayah dan bapa untuk lepak sesama diorang. Tempat untuk minum kopi sambil hisap rokok n berborak. Kalau dulu waktu arwah Atuk masih ada, itulah tempat dia selalu duduk waktu malam lepas Isyak n makan malam. Alarhhh rindu betul dengan Atuk :')



Itu Achik, yang duduk pulak moyang kami, emak kepada arwah Atuk.



Ok lah jom move on kepada benda yang paling aku excited bila bab raya nih. Juadah Hari Raya!



Ini Kari Ayam hasil masakan Mak Ngah rasanya.



Tak tahu pulak siapa masak ni semua.  Makan je tahu. Heh.



Laksa Johor masakan Mama. Ini dah jadi juadah tradisi family kami setiap tahun. Kesukaan arwah Atuk juga. Ada family yang datang beraya waktu hari pertama Syawal untuk dapat rasa makan ini semata-mata! haaaa fames ke idok??



Yummeyyhhhh



Rendang Mama. Ini pun tak leh miss. Sangatlaahhhhh sedap ye rendang yang Mama masak.



Makan dengan Nasi Himpit sudah tentu! Lemang dengan Ketupat Palas pun boleh.



Oh tadi dah makan, ni makan lagi. 



Ni pelak keesokan harinya, yakni Syawal kedua. Waktu breakfast kita panaskan balik rendang tu makan pulak dengan Roti Canai. Sedap!



Setiap tahun juga kuih raya dekat rumah Nenek memang meriah. Ada pelbagai jenis. Anak cucu memang tak pernah miss bawakkan untuk bahagian rumah kampung ni.




See? Segala jenis ada.



Fav! Kerepek Bawang ke apa entah.



Daripada yang moden kepada yang tradisional semua ada. Nama je aku tidak tahu. Fail lah bab nama-nama kuih ni.



Tapi ini yang paling fav! Kuih Makmur Kurma Nenek! Tahun ni specially requested by me. hahaha. sedap tahu. Dekat tempat lain memang ada jual kuih makmur tapi semuanya inti kacang manjangggg! Tak boleh masuk lah dekat tekak. Letak kurma memang lagi sedap. Thanks Nenek sebab buatkan.

:)

Hasil daripada makan ni semua, naik lebih 2 kilo sepanjang cuti raya kali ini. Haihhhhh kena pergi gym.




4 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...