Followers
Wednesday, November 30, 2011
Tuesday, November 29, 2011
A Cinderella Story - Once Upon A Song :)
Pernah dengar tak cerita nih? A Cinderella Stroy - Once Upon A Song. Not surelah kalau produksi yang sama buat untuk cerita yang Hillary Duff berlakon watak comel2 lote tu dengan si kacak Chad Michael Murray. Sebab tajuk dia lebih kurang sama je?
Ternampak dvd cerita ni tersadai kat depan tv masa aku tengah nak online pesbuk sambil tengok tv, malam entah bila aku tak ingat tapi rasanya almost two weeks ago I guess. Selain dvd filem ni ada cerita The Smurfs, Raya Tak Jadi, Bad Teacher (pelakon si gojes Cameron Diaz) n several more dvds yang aku pandang suam2 suku. Actelli mula2 cerita ni pun aku campak ke tepi dengan jelingan *eleh tengok poster macam citer mughah jek ni! hahaha
Tapi lepas tu mula rasa bosan so aku belek jugak n baca synopsis yang ternyata buat aku macam tertarik nak sumbat dvd tu kat laptop aku. Jalan cerita yang sangat simple.
- Kisah si gadis yang tinggal dengan ibu tiri n adik beradik tiri lepas kehilangan ayah dia. Walaupun rumah diorang memang bapak besar giler babass tapi si gadis tu kena stay dekat some kind of pondok gitulah. Sedih x?? Tapi cerita ni sangat2 kelakar n korang pun tak akan stress sangat dengan mak tiri dia. Jahat tu memang ada sebab dengki nak rebut harta tapi more to funny. Bagusnya, dia ada kelebihan bajat untuk menyanyi yang mana saudara tiri dia tak ada (suara nan hado bunyiknya). Impian dia? dah tentu untuk dapat nyanyi atas pentas dengan lagu2 hasil dia sendiri.
Korang akan suka dengan jalan cerita yang mudah macam ni. Pelakon2 yang sedap mata memandang semua...haha...korang pilih je nak laki ke pompuan sume ado!
Labels:
Review
Bilik untuk disewa, Seksyen 7 Shah Alam (lelaki)
Oukeyh sekarang ni ada one room is available for rent
dekat rumah Izz
kawasan Seksyen 7, Shah Alam
khas untuk lelaki sahaja
Kemasukan adalah segera!
Kalau berminat sila contact secepat mungkin ye
(^-^)
Labels:
Sewa
Saturday, November 26, 2011
Rambut Cantik vs Rambut Badut
Sesungguhnya ini gambar lama n aku rindu rambut nih. Sebab pendek nak buat pun juz blow je pastu guna wax n spray tadaaaaa siap! Tapi rambut macam ni kena set betul2 n itu bahagian lecehnya...kalau salah gaya nnt nampak hodoh giler macam pelik2 je style rambut kau.
Satu lagik, wax n spray sangat penting untuk style kan dia. Which means, rambut kamu akan lebih terdedah kepada bahaya kerosakan. *ayat skema Apa tidaknya? One layer of wax even setakat secubit hujung jari jek tambah pulak dengan spray rambut bagi dia 'keras' sikit untuk stay terletak atas kepala ikut kemahuan korang. Bahan2 tu sume 'membunuh' kesihatan rambut ok!
Kalau rambut panjang pulak lepas mandi just pakai leave-on-hair n kalau nak blow suka hati lah kan. Tapi kadang2 setakat letak leave-on then keluar macam tu jek dengan harapan akan kering semulajadi *konfiden x??! ko naik je lah bus or KTM etc dengan rambut basah2 yakin rambut tu bila kering akan terus cantik nampak natural boleh libas2. Actelli Izz memang prefer macam tu sebab mudah n risiko rambut rosak tu kurang lah. Ko nak keluar pun xde nak fikir macam2 sangat. TAPiiiiii yang susahnya bila sesetengah masa rambut tu tak boleh control n menggerbang macam haram jadah. Kadang2 dia macam cantik giler silky smooth guna jari pun boleh.
Nak jaga rambut ada macam2 cara. Ada method yang bapak giler babasss mahal n ada yang boleh jimat kos. Personally aku rasa depends dengan masalah atau keadaan rambut kau tuh. Kan? Macam aku senang je, janji ada shampoo, conditioner, leave-on or hair mask pun dah cukup. Serum or tonic etc tu sume optional lah. Setakat ni aku tak ada pakai serum or tonic tu semua.
Kadang2 aku tukar shampoo or conditioner tengok dengan masalah semasa rambut aku untuk elak rambut kembang macam badut...hahaha. :)
Friday, November 25, 2011
Aku penat....
Lately ni rasa malas bertimpa2 nak hapdet blog aku nih. Bukan apa, sejak bekerjaya ni *katanya!! memang penat. Bukan setakat tak ada masa nak bukak blog, kerja pun banyak kena buat. Dengan nak uruskan model pastu client pun ada macam2 ragam dek!! Baru aku tau perasaan orang yang dah bekerja sekarang...huhu
By the way semalam agak letih. Memang pancit giler, may be sebab kurang tidur kot. Aku kena layan anak2 kucing aku...huhuhu...balik dari office pulak dalam kul 6lebih macam tuh. Tension giler weyh!! Seyesly aku mengantuk giler babas masa tuh. Muka masa keluar office pun macam monyok je tak dapat cover...hewhew
Then I stopped at the medan selera near Seksyen 2, Shah Alam. Sebab apa?? Sebab aku nak makan ABC dekat sana...hoiii dah lama aku mengidam nak makan ABC yang kaw2 sedap punya! Last time aku makan dekat Up Town Shah Alam memang sedap giler. Coklat cair dia kemain pekat n sedap! Harga dia slightly mahal dari kat Seksyen 2 sikitlah.
Lepak kat situ jap tunggu Reez datang n layan dia makan Nasi Ayam Penyet yang hado sedihnya *setakat ayam goreng biasa letak kobis n sambal belacan n aku pulak tapau Nasi Goreng Daging. Aku balik2 je kasik makan semua rimau aku n terus bummmm tidur. Tak larat. Pukul 3pagi lebih terbangun makan nasi aku sambil tengok movie dekat laptop.
Pastu tertidur balik n yeah aku terlambat gi kerja...hahaha
Labels:
ABC,
Izz,
Makan,
Up Town Shah Alam
Thursday, November 24, 2011
Bibik Sharifah Shahirah Lari Sebab Kalah Bola.....
Kehkehkeh...
Btw, tweet daripada Sharifah Shahirah ni joke sahaja. Bukan betol2 pun rasanya. Lagipun dia kan femes dek lawak2 jenaka masa jadi hos untuk Anugerah Bintang Popular dengan Kak Engku or Raja Azura tuh. hehehe....
Sebagai bonus meh ler tengok video pasal anak angkat Siti Nurhaliza nih....
Wednesday, November 23, 2011
Tuesday, November 22, 2011
Kimora : Congrats Malaysia, Kamu Menakjubkan!
*Malaysia, Kamu Menakjubkan itulah kata2 tweet dari model terkenal Kimora Lee Simmons sambil buat trademark style #Fabulosity dia tuh...haaaa..very the gojes kan? Kalau ada yang tidak tahu or lupa hari tu Kimora ada datang Malaysia dan dek bahang kemenangan Malaysia dekat Sukan SEA masih panas membara, dia tak lupa tweet ucapan tahniah dekat Twitter.
Apa2 pun tahniah buat pemain2 bola negara yang tidak tunduk dengan segala asakan, caci maki etc. Bak kata Dato' Jahi Fadzilah Kamsah, Allah bila nak berikan kebaikan kepada hambaNya, dimulai dengan musibah. Renung2kan....
Auummmmmmm~~~
Labels:
Bola
Monday, November 21, 2011
The 'Izzy' Fact 2 : Nak Jatuh je Dalam Bas (-,-)
Sejujurnya, aku tak suka sangat naik bas or any kind of public transportation kat Malaysia nih. Why? Bukan sebab sesak or terpaksa berhimpit2. Hengat aku ni el divo yang fefeeling nak nampak hensem sepanjang masa, kalo kena himpit2 sikit dah muncung mencuka?? Tidak ler...haha...lagipun kita ni tak hensem macam awak2 yg sedang membaca nih...tsk tsk (>.<)
Basically sebab public transportation kat sini dah terlalu di 'conquer' oleh rakyat yang sebenarnya asing tapi dah tak berapa nak asing sekarang nih. Rata2 bas,lrt,ktm semua yang memenuhkan adalah orang2 depa jugak. Pastu mesti macam ada bau...hadoiiii. Kalo ada yang kaya sikit tuh dia main 'swit2' je panggil teksi yang kebiasaannya tak ramai rakyat negara ni naik. Tidak caya? Cuba tinjau mana2 bus stop yang penuh dengan orang, hampir 99% akan tetap berpusu2 naik bas daripada naik teksi. Yang sanggup naik teksi selalunya yang kaya penuh poket dengan duit. Sebab tu kalo yang fefeeling diva pasti akan melibas2 rambut diorang time bukak pintu teksi nak masuk, sambil menjeling perli dekat manusia2 yang berhimpit dalam bus...hehehe
Then, aku tak tau ni penyakit atau apa tapi aku rasa insecure gila babasss kalo kena berdiri dalam bas. Lagi2 lah kalau dapat driver yang macam orang gila bawak main sesuka hati nak tekan2 minyak pastu brek. Tak ke melayang orang2 yang kena berdiri tuh? Aku senang rasa macam nak jatuh. Walaupun aku tengok ada orang lain tuh rileks je tak payah pegang palang or besi anything diri mencanak tapi tak jatuh2 pun??? Aku pulak asyik fikir macam nak terjatuh je....hishhhh
Hari tu ada sekali aku naik bas masa nak balik kerja n i almost tripped dekat tangga tengah2 tu dek terkejot sebab pintu tu tiba2 terbukak. Kau giler tak terkejut kan? tengah bas laju2 dia terbukak...*tanjat boboi!! Nasib baik ada sorang abang tu halang guna lengan dia. Terima kasih bro!
Kalau naik bas memang aku prefer duduk n kalau dapat seat memang syukur teramat!! :)
Friday, November 18, 2011
Salon n Spa milik Izz Latif, jemputlah datang!
Kalo aku letak gambar sendiri macam kat atas tu untuk promosi kedai aku agak2 berbondong2 tak orang datang? hahaha...aku rasa kena caci maki ada ler....
Mesti ada yang tertanya2 kenapa tajuk entry ni sekian rupa? Apa Izz Latif sudah ada business sendiri ke or bukak salon hebat macam Pasah Sandah...hehe....idok ler! Teman berangan je nih. Tapi minat tu memang ada. Actelli aku minat nak ada business sendiri.
Entry ni tercipta bila 20minit yang lepas aku ternampak artikel ada orang nak jual salon dia. Tengok daripada gambar memang cantik salon tu tapi tak tau lah kalau propa semata2 kan. Harga dia nak jual RM50,000. Mahal kan? Tapi seronoknya kalau dapat ambil alih salon tu n ditakdirkan perniagaan tu berjalan elok.
Ada jugak aku survey tanya pendapat beberapa orang n ada sorang kenalan tu dia baru je bukak salon kat area Ampang. Bunyiknya macam susah n to be honest aku tak reti proses2 set up business ni. Nak kena apply sijil lesen bagai.
Alarh lagipun aku tanya suka2 sajo. Bukan seyes pun...hikssss
Tapi kalau ada yang bijak pandai dalam hal ni boleh lah share....trimassss :)
Thursday, November 17, 2011
The 'Izzy' Fact 1 : Aku tak suka orang Pengotor!
Semua orang yang normal kebiasaannya sukakan benda yang bersih. Ada ke yang nak cium saja suka2 sampah sarap dalam tong sampah? or tadah air yang menitik2 dari lori sampah buat simpanan peribadi? Giler kan...sume orang duk avoid ko gi menjejeh lari kejor..hukhuk
Sekarang ni aku tengah gigih carik housemate baru untuk bilik kosong kat umah nih. Aku dah even try iklankan dekat Mudah tapi entah mudah entah tidak macam error je *hampehsss tapi dalam iklan tu memang aku letak nak mintak yang pembersih pandai jaga kebersihan. Sebab apa? Aku pernah sewa dengan orang pengotor sebelum ni dekat rumah lama. Jadik aku memang selective n demand terutama pasal kebersihan.
Siapa kata SEMUA lelaki tak mementingkan kebersihan? Siapa kata lelaki SEMUAnya selekeh? frankly mungkin ramai lelaki macam tu but obviously sikit2 mesti ada yang suka bersih2 nih. But for me, aku agak cerewet dlm aspek ni.
Jujurnya memang aku tak suka tengok sampah berlonggok2 dengan haiwan segala dah buat 'kerajaan' lain dekat situ. Ada pulak yang main suka campak situ sana sinun je plastic wrapper bungkus makanan tu. Deyyy macha!! tong sampah tu tersergam indah menunggu utk diisi.
Bekas house mate aku dulu memang pengotor nauzubillahhhhhhh...korang nak tak hari2 cuci bekas sisa2 buangan orang lain? Apa ko hengat aku ni cleaner ke. Kalau setakat pinggan mangkuk kotor sebijik dua tu memang boleh je ringan tangan aku basuhkans sekalik. Tapi kalau berak kencing ko pun tak reti jaga main sepah sana sini, dengan ada sisa cekelat tercalit tiap kalo ko masuk lepas meneran berak.
Setiap kali aku nak guna memang terpaksa aku cuci bagi bersih. Berus jamban n pencuci tandas memang penting sangat2. Aku memang tak boleh deal dengan orang macam ni. Pengotor nak mati. Kalau setakat sekali dua tu boleh dimaafkan tapi ni setiap hari kot.
Labels:
Izz
Saturday, November 12, 2011
Ibarat Si Gemuk Larikan Coklat dgn Gelojoh
Oukeyh lawak ke tidak gambar kat atas nih? I found it's funny. Lucu kot. Aku dah lah memang suka budak2 pastu tengok pulak si demok atas ni pegang cokelat tuh dengan gaya ala2 tengah larikan cokelat dari budak dua orang tuh...hahaha...bayangkan ko dalam situasi ada anak2 macam ni or adik macam tu tak ke pecah perut korang ketawa? :)
Ok cukup dengan lawak jenaka kita jentik sikit2 je sebagai mukadimah...hehe...ada satu cerita yang aku lalui dalam last two weeks *ada unsur2 skema di situ muahaha oukeyh2 ceritanya cenggini. Ada satu hari tuh aku pergi beli lauk bungkus jek dekat restoran yang agak fames. Kalau lunch hour memang penuh kedai makan tu sebab lauk dia yang pelbagai macam2 ada n harganya pun aku rasa mmg bukan level cekik darah punya. Makan minum untuk dua orang antara RM8.50-RM10. Murah ye idak??
Then opkoss lah rakyat Malaysia kan suka tempat murah2 ni nak jimat katanyeeww. Pasti ada sorang dua yang suka menyelit2 gelojoh potong barisan. Ada sorang mak cik tu sangatlah selfish n annoying. Im not saying this xhormat dia sebagai orang yg lebih tua tapi perangai dia tu buat semua orang kat situ meluat. Dia dah ler dtg tiba2 nak control semua benda atau semua orang padahal yang lain tu semua datang dulu termasuk aku. At first memang aku n a few of them bagi laluan sebab memikirkan dia tu orang tua n siap bagi senyuman lagik tapi apa dia balas?? dia jeling kami n mulut membebel kata sesak n seolah2 menyalahkan kami sebab beli lauk kat situ. Eh annoying giler ko Kak Senah!!
Pastu dia berasak2 berlumba nak amek lauk macam lawan sumo kekdahnya. What the tuttttttt kan??? Paling tak boleh bila dia rampas senduk Ikan Keli Cili Api yang aku tengah amik sampai jatuh terpercik ikan tu masuk dalam. Bila kuah terpercik sikit kat baju n tudung dia apa lagi bebel lah dia sambil jeling marah kat aku. Ouh but sorry lah aku buat dono je n in fact aku blah dari situ gi amek lauk lain.
Sebelum aku blah tu aku dengar suara kakak India kat belakang aku bersuara 'itu la tamak sangat, kan sudah kena jugak'
Hiksssss ~
Friday, November 11, 2011
Gila gugel Adele sekarang... :)
Ouh, she's trending like now! Ada yang baru kenal Adele or baru tengok muka dia pesss time dalam blog nih? Okayh2 dia ni kalau tak silap penyanyi dari Britain n I noticed her for the first time in the Season 3 of Ugly Betty, if Im not mistaken. Masa tu bukan zaman lagu fames-meletop 'Rolling In The Deep' lagi. I think it was 2years back kot.
What I like most about her is her TALENT. Yes, ada unsur2 highlight di situ....huhu...korang kalau nak suka penyanyi mana2 pun mesti nak tengok muka or appearance dia kan n sama jugak dengan Adele. Tapi disebabkan dia agak plus-size ramai jugak tak jatuh cinta untuk kali pertama bila tengok dia termasuklah aku...hahaha....tapi dia ada suara yang ramai gelarkan as sweet as an angel or an angel's voice. Biarlah badan berisi sikit pun tak boleh menari tergolek2 macam Beyonce or gaya ala2 freak macam Gaga dalam video dia or sweet macam Britney tapi ternyata dia mampu buat ramai orang suka dgn dia.
Artis Malaysia?? Nan hado kemain ramai yang muncul kejap dalam satu dua award show pastu hilang ibarat ditelan gelombang tsunami? Sebab bakat tu suam2 maggie je dik takat pose tepi kolam renang tepek kat celah2 page magazine. Gittewwwww....
Sekarang ni Izz tengah suka giler dengar lagu Set Fire To The Rain ngan Someone Like You.... :)
Saturday, November 5, 2011
Saya merajuk!
Ini Si Johnny, in case kalau ada yang lambat hapdet pasal dua ekor rimau putih aku...huhu...yang sekor lagi anak dia nama Montel. Sekor jantan n sekor lagi hak tino. Memang aku bukan bela diorang sejak kecik or lahir tapi dapat daripada kawan kepada kawan aku. So dapat bela bila masing2 dah besar. Masing2 ada karakter sendiri dan 2ekor kucing ni jugaklah jadik peneman aku. Bila tengok keletah masing2 memang boleh buat aku tersenyum.
Hari tu aku sakit tak berapa sihat. So duk umah je lah. Lepas makan ubat terus baring tengok tv walaupun cerita2nya nan hado bosan! Then aku tertidur. Masa tu memang aku lepaskan 2ekor ni dari sangkar bagi chan main kejar2 dalam umah. Johnny kaedahnya memang nakal nauzubillah. Setiap masa dia menyakat si Montel yang penakut tu sampai lari sana sini. Last2 dia pijak perut n dada aku masa kejar2 dgn Montel tu. Aku mendengus sekali je pastu sambung tidur meniarap. Tapi dia pijak lagi koooo!! Kali ni memang pedih sebab aku dapat rasa kuku dia cengkam kat belakang badan. Aku jerit terkial2 tengok kat cermin memang ada luka.
Nak dimarah bukan dia paham. So aku kejar dia balik satu rumah. Masalahnya dia bukan takut tapi makin excited kesukaan. Pelik aku!! Last2 aku ketawa sendiri. Tapi aku marah dia jugak bising2 satu rumah. Mungkin entah dia paham kot, xlama lepas tu dia asyik duduk belakang langsir labuh. Lama gila dia kat situ. Kena jerkah dek Montel pun dia tak bergerak2. Bila aku selak dia asyik palingkan muka dia last2 buat muka macam kat atas tuh....hahaha...alolo comel giler ok!!
Tuesday, November 1, 2011
Domino's Pizza delivery ~
Korang suka makan pizza? Alah, most Malaysians mesty makan punya even tu bukan makanan asal sini. Hari tu ada order Domino's tapi cuma call delivery je lah. Sebab masa tu malas yang hamattt nak keluar rumah xkoserlah heh nak gi drive carik menatang nih sebab tak pasti kat area mana ada Domino's. Kalo Pizza Hut tu depan rumah pun ado!
Jadik kesimpulannya, call saja untuk delivery. Nombor delivery tak de masalah sebab google saja. But that was my first time amik delivery untuk Domino's. Before ni dine in saja. Yang best nya, delivery untuk Domino's ni free ok! Tak ade charge tambahan tuk bawak pizza tu datang umah *khas untuk orang malas kuar macam aku...hiksss
Total untuk dua pizza ni dalam RM35 *kalau tak silap agak murahlah n rasanya pun sodap! Masa tu Izz rasa diorang tengah ada promotion kot. Tak ingatlah sebab yang tukang call bukan Izz.
Subscribe to:
Posts (Atom)


















