Bersambung dengan entry sebelum ni. Kitorang sampai agak kelewatan sikit dah dekat pukul 7.30 malam baru sampai so guess what apa kita buat? Kita settle dulu hal hotel n bukan terus pergi Pasar Malam Brinchang ye! haha tapi nasib baik kita dapat hotel yang memang dekat sesangat dengan pasar malam yang terkenal tuh.
So malam tu sebelum tidur kita buat list tempat mana kita nak pergi esok pagi, pukul berapa bagai. We've got everything planned out. Ini penting sebab kita mesti tidak nak buang masa bila bercuti macam ni kan terutama bila masa terhad.
Aku googled tempat-tempat menarik or places of interest dekat Cameron Highland nih. Lepas tu buat list yang semesra boleh. Contoh, kita nak pergi strawberry farm kita tengok jugak apa tempat menarik berdekatan. Let's say sebelah or opposite dia ada taman kaktus so kita letak sama-sama. Tidak ada lah nanti terkocoh-kacah ulang alik. Buang masa, buang tenaga, buang minyak n buang duit juga. Apatah lagi bila harga minyak dah naik 20 sen seliter ni kan. haaaaa
Tapi disebabkan hotel ni tidak sediakan breakfast, kita kena cari sarapan sendiri pagi tuh. So sedari awal dah cari tempat untuk breakfast dekat sana. Adalah few suggestions kita try pergi. Kita checkout agak awal juga daripada masa sebenarnya.
Aku berebut nak pakai baju baru Haze tuh. Sebab long sleeve kan takut sejuk dekat sini waktu pagi. Haha buruk perangai! Last-last rupanya aku bawak juga baju lengan panjang.
Yang bestnya hotel ni sebab tidak berapa ada masalah untuk parking sebab disediakan tempat letak kereta. Korang tidak payah berebut n fikir nak parking tepi jalan sebelah lereng-lereng bukit bagai.
Cantik kan? Kemas sangat n bersih!
Cuba bayangkan hari-hari bangun tidur tengok pemandangan indah macam ni. Mesti kepala rasa ringan je kan.
Macam nak ambil letak kat rumah je. Heh. Lovers out there pleaseeee ingat nih.
Nama hotel ni Country Lodge. Harga bilik dia kalau tidak silap Rm180 atau Rm160 macam tu. Semuanya ok kecuali part tidak ada sediakan breakfast tu agak kureng lah. Staff dia pun sangat friendly n helpful.
Kalau tidak silap diorang ada sediakan pakej extreme outdoor activities macam jungle trekking bagai. Family omputih atas tu tengah naik nak masuk hutan lah tu. Excited kemain anak-anak dia sampai riuh lobby.
Posted this pic on instagram n apa diorang komen? Bukan pasal cantiknya gambar ni ke apa, tapi pasal betapa sihatnya badan aku sekarang. Berisi sikit dah ea? ;p
Kitorang skipped breakfast pagi tu. Sebab terus ke pasar pagi dekat Kea Farm. Orang kata sejuk dekat sana kalau pergi waktu pagi.
Parking tidak susah sebenarnya dekat pasar pagi Kea Farm ni tapi leceh itu memang. Ada je tempat parking disediakan tapi korang kena tabah lah nak turun naik bukit.
Bunga ros cantik-cantik ni diorang tanam macam tu je kat tepi. Macam main tabur je. Lawa!
Tidak tahulah nama apa ni. hehe
See? tetiba je kat tepi ni ada bunga cantik warna terang nih. Senang betul nak hidup dekat kawasan cuaca macam nih.
Yes pagi memang agak sejuk dekat sini. Angin dia tu sebenarnya yang buat rasa sejuk. Besttttt sangat.
Malam sebelumnya nampak jugak sweater/cardigan ni. Kain dia sedap n kualiti dia memang ok. tapi masalahnya tidak ada smaller size. Sob sob....
Terpaksalah cari yang similar dekat Zalora Malaysia kalau ada.
Main tarik tali nak beli ke tidak. Macam nak beli tapi last-last tidak jadi beli, n now waktu entry ni ditulis rasa menyesal tidak beli. haihhhhh
kalau dulu waktu kecik-kecik datang sini mungkin beriya lah kot nak beli benda macam ni. Dah besar ni lalu pun jeling je. tidak ada kegunaan lah. hahaha
Kita tidak berapa beli kat sini. Rasanya beli strawberry je kot.
Ramai suka baju ni. Tidak sia-sia aku beli hah. Dapat dekat Sungai Wang. Lama dah kot beli nih waktu reunion dengan budak-budak sekolah lama.
Fresh betol hasil-hasil sayur dekat sini. Tangan pun macam gatalllll je nak beli. Tapi bila fikir banyak kali tidak jadi juga beli. Bukan nak masak bagai pun.
Meriah!
Cantik
Last sekali before kita pusing semula ke tempat letak kereta, lalu depan kedai bunga ni. Terpikat tengok bunga-bunga n pokok orkid depan tuh. Sangat cantik! Luar biasa cantiknya. Teringat nak belikan nenek tapi fikir 'tidak apalah, next destination mesti ada jual nih' sekali?? terus tidak jumpa langsung. Sighhhhh
Cuaca dekat sana mungkin tidak berapa sejuk macam dulu. Lepas pukul 10 nak pakai seluar pendek pun boleh. Pencemaran merata-rata!
Nice trip ^^
ReplyDeletedefinitely it was!
Deletebestnya pergi Cameron..dah lama xpegi..Kea farrm tu tempat wajib disinggah kalau ke sana :)
ReplyDeleteYeszaaaa
Deletebestnya gi cameron..dah lama tak ke sana..Kea Farm tu tempat wajib disinggah kalau ke sana..
ReplyDeleteeh sama mcm kat atas ;p
DeleteNice view. Dah berzaman tak pergi Cameron ni. Katanya mmg tak sejuk menyengat lagi mcm dulu.
ReplyDeleteTidak berapa dah. Pakai short pun boleh
Delete