Followers

Friday, August 23, 2013

Riang Ria Raya 2013


Selamat Hari Raya!


Actually, tak tahulah untuk orang lain kan, tapi personally rasanya bila dah besar ni perasaan untuk beraya tu tidak berapa nak ada sangat macam zaman kekecik dulu. Kalau dulu dua tiga hari sebelum raya mesti dah ramai-ramai berbondong-bondong balik kampung. Aktiviti biasa sudah tentunya kemas rumah, masak-masak, nikmati hari-hari terakhir berpuasa; benda-benda simple macam ni lah sebenarnya yang buat ikatan kekeluargaan tu makin rapat. Dulu waktu kekecik waktu malam bentang tilam banyak-banyak dekat ruang tamu sebab memasing tak nak tidur dalam bilik kecuali orang-orang tua macam mak bapak. Sebelum tidur tu mulut memasing masih cokcekcokcek cerita itu ini. hahaha

Kadang-kadang bila orang lain dah tidur kami tidak tidur pun lagi. Buat ekspedisi ke dapur; cari makan, lastik cicak ( yes!) etc.

Esoknya waktu Subuh bila Nenek kejut bangun kemain liat masing-masing sebab sebelum tidur dah bergasak. ahhhhh memori!

Sekarang ni anak-anak yang dulu kecik dah besar. Ada yang dah kahwin, dah kerja, dah masuk universiti. Antara cousin tu semua yang the young ones masih sekolah menengah or rendah tu diorang tidak dapat rasa pengalaman kitorang yang range umur sekarang antara 18 ke atas those yang dah masuk kolej, kerja n kahwin (3K! hokaloh random betul).

Nenek pun dah jadi moyang, ada 25 orang cucu dan 3 orang cicit ( and still counting kot). Cepat betul masa berlalu.



Tradisi maaf bermaafan di pagi raya itu adalah kebiasaan bagi keluarga arwah Hj Aini dan Hjh Rahmah 

(^-^)


Masing-masing tengah tunggu turn. Family Mak Ngah gerak dulu ke Nenek. Nenek tu macam centre of gravity lah kiranya. Semua akan gerak ke dia dulu untuk bersalaman.



Pak Ngah yang berbaju kuning tahun ini tengah ambik mood. Btw nampak tidak dekat tangan Nenek tu? Dah ready nak hulur sampul duit raya ;)



Mama



Cik As dengan Mama



Buat pertama kalinya tahun ni beraya dalam keluarga yang besar. Besar macam mana? Selama ni keluarga Ucu (my mom) cuma ada kami berdua sahaja n plus Cik As. Tapi untuk tahun ni dapat ayah baru n adik-beradik baru.



Ada yang tanya kat instagram, kenapa aku nampak paling cerah sekali? Oh dna lain memang lewwww hahaha


22 tahun hidup sebagai anak tunggal, tetiba dapat 8 orang adik beradik tiri baru. 8 ye! Personally, it wasn't easy for me to take it all cepat lah. But hey, life is short, fill it up with whatever yang kita ada, do something amazing with love ones and mungkin Allah dah tentukan sebegini rupa. Let's just hope for the best. Tu lah, dulu waktu kecik-kecik asyik mengadu dekat Mama, Nenek n arwah Atuk nak adik lah, nak kakak lah, nak ada abang lah. Now, tercapai impian tu secara tiba-tiba! Impian untuk rasa ada adik beradik. Haha



Tengah duk prepare untuk ambil gambar cucu-cucu perempuan dengan Nenek




Acap, Abang Epul, Dilah n Ayep. Ni semua anak-anak Mak Ngah





Nenek dengan cucu-cucu lelaki pula. Tak cukup ni ada lagi.




Specially requested by me nak snap gambar dgn 3 most important women of my life 

(^.~)



Me n Nenek


Nenek n Mak Lang. Tahun ni family depa turn balik raya dekat Johor. Tahun lepas dekat Kedah. Semua balik kecuali Kak Amy yang beraya dekat belah mertua dia.



Tak complete ye nih. Baru 3 keluarga. Ada lagi family Achik n lain2. 





Kak Chik. Hokalohhh masing-masing kalau sampai turn salam Nenek memang sanggup tunggu lama sikit untuk dapat duit raya. Sebab Nenek check dulu sampul. Ada nama ok dekat sampul ikut bahagian umur masing-masing. haha



Cik As, Mak Lang n Pak Lang



Dulu dekat luar ni tak semenggah sekarang ye. Lepas arwah atuk meninggal boleh dikatakan tidak berapa terjaga. Now dah molek siki. Jauh lebih molek ler. Ada tempat duduk comel segala tempat untuk Nenek duduk dengan kawan-kawan dia berborak waktu petang.





Taman Orked Nenek tengah dalam proses dibuat semula. Dulu waktu Nenek muda sikit dia rajin bela pokok orked sebab itu paling dia suka rasanya. Tapi lepas tu tak berapa nak ada daya. Now ada balik dah. 




Itu baru aktiviti bergambar, belum masuk lagi waktu makan lauk pauk raya lagi. haha. Meriah sikit raya tahun ni ye.


4 comments:

  1. Selamat hari raya idulfitri bro... hehehe.. meriah raya kau ye

    ReplyDelete
  2. Selamat Hari Raya. Meriah sungguh. Akhirnya dapat gak ada adik beradik yang direngek2kan masa kecik tu, kan...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...