Followers

Wednesday, August 21, 2013

Malam Raya, Sampul Duit Raya, Tradisi Munjung :)


Ayuhlah anak-anak watan sekalian kita pulang ke kampung halaman masing-masing

(^,^)


One of the best feelings throughout the whole year is bila kita siap sedia nak balik kampung. Apatah lagi bila asyik dengar lagu raya berkumandang sana sini. Bertambah rasa excited nak sambut raya. haha


Mat Salleh ni semua bukan nak balik raya. Tapi diorang nak pergi bercuti!




Daripada apa aku dengar diorang berbual, diorang macam tak percaya Malaysia ada terminal yang canggih n cantik macam Terminal Bersepadu Selatan (TBS) tu. Siap puji sesama dia. 


Terus skip lah pasal perjalanan balik kampung ye. Malas sebenarnya nak type. Kerja kat office berlambak! Hahaha. Semuanya ok je. Ada lah jugak sesak sikit tapi itu pun sebab hujan. Aku dapat cuti raya mula 7 Ogos 2013 tu so bayangkanlah camne lesunya aku dekat office bila kena kerja sedangkan mood raya dah membuak-buak.


Tahun ni ramai sikit orang beraya dekat kampung Nenek. Actually boleh dikatakan antara paling ramai pernah ada dalam sejarah (kot?). haha tapi sayang arwah Atuk tak dapat tengok anak-anak cucu dia semua balik beraya :')

Tradisi dekat kampung belah Johor ni sehari sebelum raya diorang ada Tradisi Munjung. Bahasa Jawa ke apa aku tak pasti. Diorang masak sesiap sikit lauk raya then hantar dekat jiran, sedara atau kawan-kawan yang penting dan mesra. Sebab apa aku letak mesra? Sebab kadang-kadang jiran sebelah rumah belum tentu diberi sebab kurang mesra atas sebab berkelahi ke apa. haaaa tu contoh!


So lauk pauk yang korang nampak ni kebanyakannya memang datang daripada hasil pemberian orang. Tak berhenti tau orang munjung ni! Sampai pagi raya pun time tengah sibuk bergambar ada orang datang kasi lauk raya. Nampak tak begitu kuat ukhuwah silaturrahim orang-orang kat kampung ni. Kita yang duduk dekat KL? Jiran jumpa hari-hari pun belum tentu kenal nama. heh.



Malam raya macam biasa kena tolong isi duit dalam sampul raya. Tapi tahun ni aku dah mula bagi duit raya. Eh rasanya ni macam tahun ketiga kot aku dah mula bagi duit raya. Tapi tahun ni alhamdulillah rezeki lebih sikit ye. 

Bak kata Mama,

Bila ada rezeki tu kongsilah dengan orang lain, in sha Allah nanti diberi lagi banyak bahagian untuk kita.


So amacam raya korang? Ok ke idok?


9 comments:

  1. waa~ rasanya dah lama tak makan beramai-ramai atas tikar .. btw, Selamat Hari Raya ! :) http://suhailimustafamohdyusof.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. Seronokkan bila dapat makan beramai-ramai. Kalau keluarga besar, buat majlis tak jemput orang pun takpa sbb dah penuh satu rumah ^_^

    ReplyDelete
  3. mind to follow back? thanks :) http://ismimiitsme.blogspot.com/

    ReplyDelete
  4. selamat hari raya aidil fitri.. maaf sebab terlambat tapi raya kan sebulan xD


    Entri Baru Update : BFF Ke 200

    ReplyDelete
  5. mmg syiokk aaa raya. hahaha smpi dh nk hbes raya bru nk up entry kte ni :P

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...