Followers

Wednesday, August 7, 2013

Menjelang raya....


Tonsil aku aktif bukan waktu biasa je tahu, waktu puasa lagi lahhh dia mengada-ngada nak bengkaklah, nak merahlah, paling seksa kalau ada infection sampai ada tonsil stone tuh. Perit!

So terpaksa pastikan minum air masak dan air suam banyak-banyak antara tempoh lepas berbuka dengan waktu sahur. Terpaksa juga pastikan badan ni bergerak dengan penuh disiplin. Kadang-kadang nak bangun dari katil yang empuk semata-mata nak minum air untuk legakan tekak ni pun berat je rasanya tahu? hahaha




Tak pernah berbuka dalam kereta dan akhirnya menjadi kenyataan ye. Terpaksa berbuka dalam kereta sebab traffic jam kemain hebat hari tu. Sampai terpaksa gerak daripada bazaar ramadan popular Bandar Sri Permaisuri dalam pukul 7.15 macam tu. Biasa-biasa je pun perasaannya. Bukan kita je tapi ramai lagi yang tersangkut dalam traffic jam. Toksah lah gatal nak makan yang berat-berat berkuah bagai. Makan je yang ringan-ringan n mudah dimakan macam kuih ke apa ke. Tak adalah tumpah jejeh-jejeh nanti. 




Tart yang gebu lagi mantap rasanya ni aku order daripada Kak Ayu. Dapat contact dia pun daripada blog Kak Redmummy. Tahun lepas ada beli. Cubaan pertama 4 balang je dulu. Tapi untuk 2013? 12 balang! Sebab sedap sangat. Belikan sekali untuk rumah nenek, mama n mak cik. 



Sedap tak? terliur tak tengok nih?? haaaaa aku, Hazeman dengan Dian lepas berbuka dekat Bonjour Garden, Kota Damansara hari tu kitorang bergerak ke area Danau Kota pulak. Sebelum jenjalan dengan downtown tu kita gi makan cendol sat. Meriah tahu cendol dia. Harga tu mahal sikitlah daripada cendol tepi jalan.




Cendol Wahab the best in town katanya.....



Siap ada nombor giliran! Kelas ke tidekkkk? hahaha...tempat dia bersih n lapang. Overall ok lah. Cuma tak ok pekerja dia. Aku perhatiiiii je cara dia serve n layan customer. Kalau ada 10 bintang aku kasi 0.45 bintang aje! Sebab tak senyum, muka berkerut dengan bengisnya, tanya pun jawab macam puaka sikit. Inilah tabiat biasa orang Melayu kalau layan customer. Tak ramah, tak menjawab dengan betul dan dah tentu tidak mesra. Sedangkan ramai customer datang ke sini. Orang Cina pun sangat ramai. Bila buat business, learn to serve the customers properly, kena faham cara layan customer macam mana :)


Oh esok aku balik Johor, mungkin lepas tu tak sentuh kot blog ni sampai lah waktu pulang ke KL. Aku nak ucapkan selamat hari raya buat semuaaaaaaaaa pembaca blog ni. Terima kasih kerana selalu datang jenguk baca blog ni. In sha Allah lepas raya nanti aku reply komen-komen korang ye. Mmuuahhhhhh.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...