Followers

Wednesday, February 20, 2013

Gosip Artis Malaysia Fizz Fairuz : Tunangku Isteri Orang!


Pung pang pung pang kecoh last week kisah pertunangan Fizz Fairuz dan seorang wanita cantik yang dilangsungkan secara mengejut. Terkejut jugak lah sebab heboh sampai ada yang sentap-sentap bagai. Fizz Fairuz boleh tahan ramai jugak peminat dia kot. Itu tidak kira lagi dengan dia terpaksa 'explain' pasal kisah cinta antara dia dengan bekas cinta hatinya, pelakon cantik Almy Nadia

Ye lah selama ni kita sedia maklum depa bercinta kan tapi tetiba tunangnya dengan orang lain. 

Namun kisah pertunangan tersebut menjadi bertambah kontroversi bila Fizz Fairuz dapat tahu yang tunangnya sebenarnya isteri orang. Hamek kau.  Rumit ke tidak untuk korang hadam info ni?? 

Pelik kan. Acane boleh jadi sampai macam tu? 

Fizz sendiri dilaporkan tertekan dengan situasi ini dan menganggap dirinya telah ditipu mengenai status wanita itu yang sebenarnya merupakan isteri kedua kepada seorang usahawan dan mereka telah bernikah di Thailand.

Kononnya juga dia merasakan apa yang sudah terjadi ini ibarat seperti telah diatur oleh wanita tersebut sejak perkenalan mereka setahun yang lalu. Merasakan ini ujian terbesar buat beliau sejak bergelar artis, Fizz turut meminta maaf kepada Almy Nadia.

Dalam masa yang sama, Almy Nadia dilaporkan telah menasihati Fizz untuk 'berubat' sebelum ini kerana berkelakuan pelik. Malah ada yang mengatakan, sehari sebelum majlis pertunangannya, Fizz melecur kerana terkena air panas dan kenderaannya rosak ketika dalam perjalanan ke Kuantan. Apakah itu semua petanda??

Apa pun, kita berharap apa yang terjadi dijadikan pengajaran buat semua yang dekat luar tu. Jangan terlalu percaya 'kuasa' cinta sampai lupa apa hati kata. Kenali dulu pasangan anda lebih dalam walau niat memang ikhlas untuk mempunyai pasangan.

:)



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...