Followers

Thursday, February 21, 2013

Suami : Azlyn Massiela Hilang Ingatan. Fizz Fairuz Tidak Bersalah!


Drama Melayu? Sinetron? Telenovela??? Aku pun tidak  tahu acane nak describe kisah putus tunang Fizz Fairuz dengan Azlyn Massiela ni. Semalam kita diberitahu tentang keputusan yang dibuat itu disebabkan status wanita tersebut yang dikatakan sebenarnya sudah kahwin dengan seorang usahawan sejak beberapa tahun lalu di Thailand. 

Namun, Azlyn Massiela telah tampil mempertahankan dirinya dengan menolak tuduhan yang dilempar terhadapnya. Mengganggap tuduhan itu sebagai bohong dan memalukan maruah dirinya serta keluarga, beliau turut berani dengan kenyataan bahawa dia tidak pernah berkahwin malah bukti tersebut boleh diperiksa jika mahu.

Tapi........tampil pula seorang lelaki bernama Ramli yang dikatakan itulah suaminya. Beliau sama sekali tidak menyalahkan Fizz Fairuz malah mengatakan kesilapan perkahwinannya dan Azlyn di Thailand dahulu benar-benar mengganggu mereka sekarang dengan kisah pertunangan Azlyn dan Fizz serta masalah kesihatan Azlyn. Ramli menjelaskan isterinya itu sakit dan hilang ingatan sejak lapan bulan lalu dan ini yang menyebabkan Azlyn mengambil keputusan untuk bertunang. 

Perkahwinan mereka tidak diketahui langsung oleh sesiapa sebelum ini termasuklah isteri pertamanya dan keluarga Azlyn dan ini membuatkan keadaan bertambah buruk......dan memeningkan mungkin?


2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...