Followers

Monday, January 14, 2013

Siti Nurhaliza Sahkan Penampilan Imej Baru


Rasanya satu Malaysia dah nampak n perasan dengan perubahan penampilan Dato' Siti Nurhaliza akhir-akhir ini. Minggu lalu antara topik hangat adalah tentang Siti Nurhaliza dan Perhimpunan Kebangkitan Rakyat. Riuh pasal dua isu ni kan.

Ramai nampak Siti Nurhaliza pakai tudung dengan agak sempurna, berbanding selendang sebelum ni, pada hari dia menyambut hari lahirnya yang lalu. Spekulasi timbul tentang pemakaiannya. Adakah perubahan itu memang keseluruhannya dilakukan dengan ikhlas atau hanya sempena sambutan itu?

Ada yang meragui malah mula melontarkan kata-kata nista. Kononnya Siti berpenampilan sedemikian hanya untuk sambutan hari jadinya. Ada yang cuba mengesahkan imej terbaru Siti itu selepas anak tirinya seolah-oleh mengesahkan imej terbaru penyanyi itu di laman Twitter.

Tapi sebentar tadi, Dato' Siti Nurhaliza telah mengeluarkan kenyataannya sendiri secara rasmi di laman Facebook miliknya.


Ramai yang suka akan perubahan imej Siti malah rata-ratanya memberikan semangat kepada penyanyi itu walau ada yang cuba menyuntik isu negatif seperti riak, menunjuk-nunjuk, tidak bersetuju condemn itu ini. Apa yang pasti Siti nampak jauh lebih muda dan cantik daripada usianya yang sebenar. Elok jika imej baru ini dikekalkan berbanding yang sebelumnya dan diperbaiki selagi ada ruang yang boleh. 







kredit gambar Instagram Rozi Sang Dewi









2 comments:

  1. Alhamdulillah. Minat dari kecil,tapi tak pernah jumpa. Teringin ..Hmm :')

    ReplyDelete
  2. hmmm. syukur. mungkin lepas ni boleh jadi lebih baik lagi, kita ni pulak kena la juga berubah . ikuti sunnah nabi :) salam maulidur rasul

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...