Sempat lagi baring-baring kat ruang tamu, mandi pun tidak lagi..hihi
Kita tunggu nenek sebab awal pagi nenek dah kejutkan mintak tolong petik buah pulasan n rambutan dekat belakang rumah. Dah lama tak tidur dekat kampung rasa sejukkkkk sangat awal pagi. Kalau kat KL? Belum waktu Subuh pun dah ada bunyi kereta orang gegas pergi kerja.
Tak sure lah berapa jenis kuih Nenek n Mama tempah untuk majlis tahlil arwah Atuk ni. Dalam 6 jenis kot. Tapi rezeki melimpah ruah sebab ramai kenalan Nenek yang menyumbang bagi kuih muih lain walaupun ada yang sama jenis. Sumbangan tu diberi ikhlas lah daripada orang-orang yang rata-ratanya dari kampung ni.
End up banyak giler makanan! Alhamdulillah syukur. Untuk kelancaran majlis lepas bacaan tahlil n yasin kita jamu tetamu dengan kuih muih aje. Tapi lepas tu kita akan bagi plastik kot-kot diorang ada nak bawak balik kan, itu normal lah. Selain tu ada Nasi Jagung n lauk pauk. Oiiiii meriah sangat makanan. Diorang pun rambang mata tengok.
Ni jenis-jenis kuih yang Mama tempah kalau tak silap. Waktu sampai ni semua masih panas lagi. Sedap giler wuiiiii.
Rindu rasa karipap tu, sedap sangat (T.T)
Dah moden no more daun pandan. Guna bekas plastik je. huhu
Awak nampak lazat sangat.
Inilah hasil petikan di belakang rumah. Terpaksa lalui onak ranjau peluh-peluh kena gigit nyamuk semut untuk dapatkan buah-buah ni.
Meriah dulang.
See? kan dah kata ramai yang bagi 'sumbangan' kuih-muih lain. Terpaksa selongkar almari cari pinggan mangkuk lain sebab dulang macam kat atas tu tak muat dah.
Ouh lupa ini pulak Bubur Kacang Hijau (kot) dengan durian. Pagi tu juga masak satu periuk besar. Haaaaa yang ini mengidam sikit sebab ralat tak sempat nak rasa (-.-)
Nampak tak kat luar tingkap tu putih? Habis je bacaan semua, start nak makan terus hujan lebat. Sebelum tu panas terik je.
Ini bungkusan khas untuk orang-orang yang bagi sumbangan tu. Isi dia lebih sikitlah kuantitinya kot.
Masa untuk mereka bersalam-salaman sebelum pulang.
Nampak tak mak cik tudung putih? Masa aku tolong angkat dulang makanan sampai tangga nak hidang tu dia duk tengok-tengok aku. Kenapa ye?
Tidak lama lepas tu dia tanya Mama,
Mak Cik : Lin, anak kau Izz mana? tidak balik ye.
Mama : Izz ada. Itu haaaa anak bujang saya *sambil tuding jari dekat aku* Izz sini tengok sini, nenek ni cari Izz, lambai dia
Aku : Huh?? *konpius tak tahu nak lambai sapa dalam ramai-ramai tu
Hahahaha lepas nak habis tu sempatlah salam mak cik ni.
Mak Cik : Ya Allah dah besar panjang budak ini. Dulu time kecik-kecik comot, dah besar putih bersih hensem! Kulitnya putih macam kulit telur.
Aku : hehehehehe :)
Mak Lang antara orang kuat majlis.
Kalau tak silap yang baju purple tu dulu cikgu aku dekat sekolah rendah. Tapi tak pernah masuk kelas dia lah.
Terima kasih kepada yang sudi datang.
Tulisan 'Perginya atuk tercinta' tu aku yang tulis dulu waktu Form 3, right after dapat perkhabaran perginya arwah waktu tunaikan umrah. Masa tu kita well informed dapat tahu daripada agency yang arwah jatuh tak sedarkan diri lepas habis solat dekat masjid di Madinah. Dekat seminggu kami yang kat Malaysia ni risau dengan keadaan arwah, ditambah lagi kesian dengan nenek sebab tak ada relative lain yang ikut sama. Ahli rombongan lain termasuk nenek terpaksa teruskan n arwah atuk tinggal dekat hospital di Madinah tu.
Hari Jumaat dalam pukul 9 malam macam tu kita dapat berita daripada agency yang uruskan umrah tu. Kebetulan waktu tu ramai kumpul dekat rumah kampung. Jenazah tak dibawa balik ke sini tapi dikebumikan dekat Madinah. Mungkin memang dah tertulis rezekinya dekat sana. Arwah pernah kata,
Arwah atuk : Aku kalau mati bukan dekat sini lah. Aku tak kan susahkan anak-anak, keluarga aku dengan orang-orang kampung.
Hilangnya insan yang cukup penting malah disanjung dan dikasihi ramai dalam keluarga kami. Kami rindu dengan gurau sendanya. Kami selalu terbayang-bayang atuk waktu kumpul bersama-sama. Semoga Allah tempatkan rohnya dalam kalangan yang beriman dan diberikan ketenangan buatnnya. Itulah doa yang selalu dititipkan buat atuk selepas selesai solat.
:')
Buah pulasan tu tak pernah dengan plak ....huhu
ReplyDeletewauu byk kuih..
ReplyDeletemeriahnya . kampung kat mana ni?
ReplyDeleteWahh banyak gile makanan... habis tak? :)
ReplyDelete