Seriously, I should get enough sleep. Nampak tak mata sembap tu? jelas lingkaran gelap bawah mata. Haihhhhh macam panda. Kalau comel tak apa boleh dibuat tatapan orang...kihkih no more tidur lambat lepas ni. Waktu tidur pun kena jaga.
Btw 2013 seems quite promising jugak. Dari awal dah ada rencana nak buat itu ini. InshaAllah kalau ada rezeki mesti ada jalan yang dibuka Ilahi untuk kita. Jangan berhenti berusaha, tetapkan pendirian n jangan lalai.
Facebook dah makin terpinggir sejak berjinak-jinak dengan Twitter n sekarang ni ada Instagram. Kalau ada, follow lah Izz dekat sana, search je nama Izz Latif :)
Sebelum balik kampung hari tu ada request dengan Nenek minta dia masakkan Ayam Masak Ungkep. Korang tahu ke resipi ni? Kalau kat Johor memang biasalah kot masak style gini. Nenek was soooooo excited nak masak lepas beberapa tahun dah tak masak ni...hehe
Kali terakhir kalau tak silap masa arwah Atuk masih ada. Nenek nervous kot-kot tak sedap.
Nenek : alarhhh risaunya kalau tak sedap ni. Dah bertahun-tahun tak masak ungkep. Nanti dorang complain nenek masak.
Huhuhu tapi berbaloi! Sedap sangat nenek masak, masing-masing makan bertambah. Ada juga Rojak Petis ke apa entah nama dia tu, ada timun n sengkuang makan dengan Kuah Kacang. Bab nama makanan ni sorry I kadang-kadang memang fail. Tahu makan je...kihkih
Very the sopan kemelayuan bentang surat khabar makan atas lantai. No sudu no garfu ok, makan pakai tangan. Acar Buah pun ada. Tak berapa minat n indeed tak pernah makan pun but I gave it a try. Not bad lah sedap juga. Tapi tak bernasib baik sebab termakan kulit limau. Errrrrr tanya dekat Mama n Nenek mintak kepastian apa yang aku makan, ok yakin dan pasti memang limau! Haaaaaaa liat kau nak dikunyah-kunyah. Rupanya dalam tu ada macam-macam jenis benda/buah-buahan. Sedap lah tapi sebab tak biasa makan ;p
Kalau dekat kampung kebiasaannya memang ada bela haiwan ternakan. Ayam? Too mainstream! hahaha Setiap rumah ada bela ayam. Tapi jiran sebelah ada bela angsa. Comel tapi bising!
Sebelum ni dia ada kawan-kawan spesies sama dengan dia dalam 2-3 ekor macam tu. Tapi sekarang tinggal dia sekor aje. Terkedek-kedek dia jalan sampai ke rumah Nenek mencari kawan, bising keliling rumah dengan bunyi dia tu lah. Tapi rumah Nenek kitorang tak ada bela spesies ko lah Cik Angsa gi mintak tuan ko cari pasangan untuk ko sana. Kesian.
Ini hari yang kita buat Majlis Tahlil untuk arwah Atuk. Pepagi makcik-makcik dah berkumpul kat dapur menyiapkan apa yang patut. Nenek Tinah (baju kurung biru), a friend of our family yang selalu tengok-tengokkan nenek dekat kampung yang paling awal datang untuk tolong rewang.
Malam n petang hari sebelumnya kita dah siap kemas-kemas alihkan meja n kerusi bagai bagi ruang luas untuk orang-orang yang datang majlis.
Nampak tak kertas-kertas putih tampat kat dinding tu? Kat situ semua nombor orang penting n terdekat ada ditulis. Nenek yang mintak diletak macam tu senang untuk dia tengok bila nak dial nombor dia nak call.
Walau tak cukup kaki tangan daripada yang sepatutnya membantu n take part dalam Majlis Tahlil ni tapi kita bersyukur ada yang ikhlas membantu meringankan beban.
Even tak ada line coverage dekat kampung, dengan panas n nyamuknya tapi kita tetap akan suka tiap kali pulang ke sana. Kat situ lah kita boleh saksikan nilai-nilai dalam perhubungan dalam komuniti yang kita susah nak jumpa dekat bandar-bandar besar. Jangan lupa asal-usul kita datang. Betul bukan?
(^_^)
No comments:
Post a Comment