Followers

Sunday, November 18, 2012

(SelebRetis) Gambar & Video Muara Hati Siti Nurhaliza Di AIM 19


Malam tadi telah berlangsungnya majlis Anugerah Industri Muzik ke-19. Kemeriahan cukup terasa, apatah lagi AIM ni ibarat Grammy Malaysia ler walaupun kadang-kadang keputusannya tidak lah gah mana ye idok?

Tak kisahlah. Walaupun ada sesetengah pasti akan mempertikaikan barisan pemenang pada malam itu, siapalah kita nak bising. Takkan nak jadi macam tahun lepas, dah menang ditarik balik trofi ohhhhhh ini tidak adil, tidak adil :)

Untuk edisi kali ini, sejujurnya daripada segi pencalonan setiap kategori tak berapa meninggalkan impak pun. Tak macam AIM yang sebelum ni, tahun ni kurang gempaklah. Mungkin sebab kurang sengit untuk beberapa kategori utama. Dengan mudahnya kita dah boleh predict siapa akan menang untuk each category.

Yang mendapat perhatian lebih tertumpu kepada persembahan yang dipentaskan pada malam itu. Gandingan duet lagu yang semakin berhantu iaitu Muara Hati antara penyanyi tersohor negara Dato' Siti Nurhaliza dan penyanyi muda berbakat Hafiz menjadi tarikan utama.

Ini dia sedikit gambar Siti Nurhaliza di Karpet Glamor AIM 19. Kredit kepada abang Budiey









Walaupun sakit dan suara yang masih belum pulih sejak konsertnya di Kuantan minggu lalu, Siti masih mampu memberikan yang terbaik. Ada yang kata, walau sakit suara Siti overpowered Hafiz. Malah, ada yang lebih menyukai versi solo Muara Hati Siti sewaktu di Kuantan.

(^_^)

Jom kita tengok!






Update : Stok terbaru Tabita & Beutskin Essence sudah ada. Kepada semua yang sudah buat tempahan sila sahkan order anda untuk proceed kepada penghantaran ye. Sila pastikan nama, no telefon, alamat dan butiran pembayaran lengkap. Kepada sesiapa yang berminat untuk order boleh terus contact.

Sila email : iloveblogshoppe@yahoo.com untuk sebarang pertanyaan 
atau hubungi : 0173054780 untuk tempahan dan pembayaran langsung
atau tinggalkan sahaja komen anda di sini :)


2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...