Followers

Showing posts with label Muara Hati. Show all posts
Showing posts with label Muara Hati. Show all posts

Sunday, November 18, 2012

(SelebRetis) Gambar & Video Muara Hati Siti Nurhaliza Di AIM 19


Malam tadi telah berlangsungnya majlis Anugerah Industri Muzik ke-19. Kemeriahan cukup terasa, apatah lagi AIM ni ibarat Grammy Malaysia ler walaupun kadang-kadang keputusannya tidak lah gah mana ye idok?

Tak kisahlah. Walaupun ada sesetengah pasti akan mempertikaikan barisan pemenang pada malam itu, siapalah kita nak bising. Takkan nak jadi macam tahun lepas, dah menang ditarik balik trofi ohhhhhh ini tidak adil, tidak adil :)

Untuk edisi kali ini, sejujurnya daripada segi pencalonan setiap kategori tak berapa meninggalkan impak pun. Tak macam AIM yang sebelum ni, tahun ni kurang gempaklah. Mungkin sebab kurang sengit untuk beberapa kategori utama. Dengan mudahnya kita dah boleh predict siapa akan menang untuk each category.

Yang mendapat perhatian lebih tertumpu kepada persembahan yang dipentaskan pada malam itu. Gandingan duet lagu yang semakin berhantu iaitu Muara Hati antara penyanyi tersohor negara Dato' Siti Nurhaliza dan penyanyi muda berbakat Hafiz menjadi tarikan utama.

Ini dia sedikit gambar Siti Nurhaliza di Karpet Glamor AIM 19. Kredit kepada abang Budiey









Walaupun sakit dan suara yang masih belum pulih sejak konsertnya di Kuantan minggu lalu, Siti masih mampu memberikan yang terbaik. Ada yang kata, walau sakit suara Siti overpowered Hafiz. Malah, ada yang lebih menyukai versi solo Muara Hati Siti sewaktu di Kuantan.

(^_^)

Jom kita tengok!






Update : Stok terbaru Tabita & Beutskin Essence sudah ada. Kepada semua yang sudah buat tempahan sila sahkan order anda untuk proceed kepada penghantaran ye. Sila pastikan nama, no telefon, alamat dan butiran pembayaran lengkap. Kepada sesiapa yang berminat untuk order boleh terus contact.

Sila email : iloveblogshoppe@yahoo.com untuk sebarang pertanyaan 
atau hubungi : 0173054780 untuk tempahan dan pembayaran langsung
atau tinggalkan sahaja komen anda di sini :)


Wednesday, September 12, 2012

(Video) Dato' Siti Nurhaliza & Hafiz - Muara Hati



kredit gambar Forum Cari, FB The Malay Production

Cantik kan?? :)

Bagi yang belum tahu, Siti Nurhaliza baru je keluar dengan single terbaru, lagu duet dengan bekas juara Akademi Fantasia, Hafiz. Actelli lagu ni untuk drama Adam dan Hawa dekat Astro. Kalau tak silap dah start drama nih. 

Lagu ni ditulis oleh Adi 6ixth Sense aka Manusia Putih. Orang yang sama cipta lagu berhantu 2011, Kisah Hati nyanyian Alyah. Lirik pulak ditulis bersama Hafiz n Adi sendiri. 

Sejak hari pertama lagu ni keluar dekat You Tube dah lebih 100 ribu view n rasanya akan bertambah jumlah tuh. Video music lagu ni simple tapi sangatlah bagus n berkualiti ! Pengarah yang sama buat untuk mv lagu Kisah Hati dan Pelangi Senja, lagu Stacy.

Tabik dengan hasil kreatif Ghaz Abu Bakar nih!

Actelli Izz ada tulis satu artikel tentang review untuk lagu ni dekat Media Semasa, kalau nak baca boleh klik link tuh. 
















Jom kita dengar n tonton mv lagu nih. Izz pun ada letak juga lirik untuk lagu nih. Semoga terhibur! ;)






Muara Hati
Hafiz & Dato Siti Nurhaliza
Komposer : Adi 6ixth Sense
Lirik : Adi 6ixth Sense & Hafiz
Cinta terpisah ruang waktu
Tetap cinta bersatu dalam hatiku
Walau raga kita tak mungkin bersama
Ku yakin dihati kan tetap setia
Ku percaya kemana pun kau berjalan
Suara cinta menuntunmu kepadaku
Kerna bila cinta sudah bersenandung
Takkan terpisah hati
Demi cinta dalam hatimu
Ku yakin engkau untukku
Meski jejak pisahkan kita
Cinta kan bawa kembali padamu
Aku ada kerna engkau ada
Tercipta hatiku hanyalah untukmu
Jalanku berhujung padamu
Kemana pun kan pasti kembali
Demi cinta dalam hatimu
Ku yakin engkau untukku
Meski jejak pisahkan kita
Cinta kan bawa kembali
Demi cinta dalam hatimu
Biarkan aku merasuk
Bersatu dalam hatimu
Hanya dirimu dan aku
Demi cinta dalam hatimu
Biarkan aku merasuk
Merasuk dalam hati
Cinta...



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...