Followers

Monday, March 14, 2011

Syok Sendiri : Ziana Zain Tak Nak Pakai Seksi !!!


Siapa tak kenal dengan penyanyi Madah Berhelah ni kan?? Dikatakan vokal range dia paling tinggi antara penyanyi wanita kat Malaysia nih...ko dengarlah lagu Anggapanmu, Kemelut di Muara Kasih n Setia Ku Di Sini..meremang bulu tengkuk!!


Baru-baru ni ada cerita panasss berlegar sekitar nama diva Ziana Zain ni. Kononnya Ziana telah keluar dari set untuk cover majalah Eh!


Eh??!!! Haaa...kannn. terkejut peminat-peminat kakak kepada Anuar Zain ni..dituduh sebagai tidak profesional dek orang-orang Majalah Eh! dengan statement di bawah...


"Apabila kita terlalu emosional kita akan hilang pertimbangan dan bertindak di luar profesionalisme. Masih banyak cara untuk mengatasinya. Soalnya Ziana tidak memberi ruang untuk warga kerja Eh! berbuat demikian. Ada bertanya, antara keempat-empat Diva ini, siapa yang lebih kertu, tetapi kami tidak anggap Ziana yang sudah 43 tahun itu kertu (kecuali dia meletakkan dirinya kertu). Justeru itu, kalau kita lihat majalah tidak pernah menuakan Ziana (kecuali Ziana sendiri). Ketika warga kerja Eh! mencari kedudukan yang sesuai untuk setiap seorang (ini penting kerana Ziana dan Ning berkulit gelap manakala Erra dan Fauziah cerah), tiba-tiba Ziana berlalu meninggalkan set sambil berkata “this is wrong”. Dia membuatkan warga kerja Eh! yang sedang mengatur kedudukan terpempan." 

~apa??cakap kuat sikit, hakak tak dengar!tak puas atie kerrr??~


Ingat Ziana Zain duk diam?? Bila ditanya, terus dia buat statement tuk defend diri dia sendiri..


"Hidup saya ada prinsip di mana ada yang boleh dan tidak boleh dalam kerjaya saya. Bagi saya, imej merupakan perkara yang utama. Saya mewakili peminat dari umur muda hingga tua, jadi saya kena peka dengan pakaian saya. Dari segi pakaian sangat penting kerana ia mencerminkan diri kita dan semestinya saya kena memilih pakaian yang sesuai dengan status saya sebagai seorang ibu."  
 "Pada sesi fotografi tersebut, mereka menyuruh saya menggayakan pakaian ‘bareback’ rekaan Dior di mana ia mendedahkan bahagian belakang saya. Bagi saya, pakaian itu sesuai dengan golongan remaja dan tidak kena dengan imej saya. Jangan kerana baju berjenama dan sesuai, saya kena pakai baju itu. Ini bukan Hollywood dan saya tak nak jadi mangsa fesyen."
 ~kredit gambar kepada redmummy!!~
"Bukan saya saja berada di situ. Erra serta Ning juga ada dan mereka juga mengadu mengenai perkara yang sama. Bukannya pihak sana tidak menyediakan pilihan baju yang lain, tapi baju yang ada pun semua sama jenis. Mereka selalu ingat mereka urban dan nak bekerja macam Hollywood tapi sebenarnya mereka tak peka kerana bukan semua orang boleh terima perkara ini."
 "Saya idola kepada masyarakat, jadi saya kena jaga pemakaian saya. Saya rasa sungguh tidak berpuas hati. Pertama kali dalan seumur hidup, saya tak pernah buat kerja bodoh ini kerana saya hormat semua orang. Saya tak nak imej yang saya bina selama ini jatuh macam itu saja. Hidup saya memang ada prinsip. Saya betul-betul kecewa tapi tidak marah. Cuma saya agak terkilan. Gelaran diva yang orang beri kepada saya merupakan tanggungjawab besar yang perlu digalas. Selama 20 tahun, tak pernah saya kena macam ini. Isu ini paling menguji kesabaran saya. Dunia ini kecil, jadi saya tak nak sengketa ini berpanjangan."
 ~i idola masyarakat seantero Malaysia ok!! tak nak dedah2 nih~



Haaa...amek ko!! Diva tau dia nih..sekali dia angkat kening, tergolek ko..hahaha...dah hampir 20 tahun dia jadik artis, so dia tau macam mana nak handle diri sendiri, termasuk untuk baju apa dia pakai..sesuai ke tidak kan..


~nak ngata i xagak2 kan? jerit lagu Puncak Kasih kat telinga kang! pekak seminggu~


Gitulah ceritanya...yang penting, prinsip Ziana tu wajar dipuji..dia dah tentu nak jaga standard dia sebagai penhibur yang disegani kan..sesuai dengan umur dia..chaiyookkk Kak Ziana!!!


SS suka dengan artis berprinsip macam Ziana Zain nih...

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...