Followers

Wednesday, March 16, 2011

Review : Mars Needs Moms


Sejujurnya agak teruja bila Izz baca review kat other blogs bout this animation. Brought to the viewers by Disney, dah tentu mudah dapat perhatian penonton..


So, dapat jugak ambil sikit masa untuk pergi menonton cerita ni dekat Pavilion..dek kerana cuti sekolah, bukan main panjang lagi barisan manusia yang beratur..agak ramai jugaklah yang ada dalam hall movie Mars Needs Moms nih..walaupun rata-ratanya mak bapak yang bawak anak-anak kecik kan....hokolohh...comel sangat!! huhu...




Cerita bermula dengan baik..si anak begitu annoying dengan maknya yang asyik membebel itu ini...alarhh...macam mak-mak kat Malaysia jugak...*buang sampah! *tutup pintu lepas masuk! *makan sayur! *jangan tengok tv kalau buat perangai! ....stuffs like that..


Kemudian bila dia ada terkasar bahasa sikit kat mak dia sampai buat mak dia menangis..ada nilai kejujuran di situ..walaupun setakat animation, tapi rasa kesal si anak bernama Milo tu berjaya disampaikan dengan baik...agak terasa lah senang citer sampai ke hati penonton...huhu...lepas tuh, si ibu diculik orang Martian berasal dari Planet Mars..




Alasannya mudah, Supervisor orang Martian iaitu wanita dah buat sejenis revolusi lah kiranya dalam masyarakat diorang....kalau wanita akan dapat duduk dan dijadikan pekerja..tapi kalau lelaki akan dibuang ke bahagian bawah, tempat sampah sarap...so, basically dekat situ tak ada sistem keluarga...wanita cuma bekerja sampai tak tahu macam mana nak menjadi seorang ibu dan menjaga anak...diorang cuba guna robot tapi agak gagal...


So, diorang pilih ibu yang ada kualiti baik di Bumi, lalu diculik dan memorinya akan dikeluarkan untuk diletakkan dalam robot-robot di Mars...so robot asuhan tu dapat knowledge untuk jaga anak-anak Martian...




Tak berapa suka dengan watak si lelaki gemuk tuh...apa entah namanya lupa dah..watak macam tu dah terlalu biasa kita nampak..masa pertengahan cerita Izz tertidur sekejap!! Haha...dalam 10-15 minit macam tuh...




Hampir kepada penamat cerita, agak menarik...nilai kasih sayang antara si ibu dan anak...bunyi macam biasa ye?? tapi kalau korang ada hati dan perasaan, mesti akan tersentuh tengok scene itu..


Kitorang masih melekat dekat kerusi walau cerita habis...sebab apa?? dekat hujung yang biasanya ada senarai pelakon,pengarah n bla bla tu kan, ditunjukkan cara diorang buat filem ni...rupa-rupanya bukan full animation yang lukis tuh....wowww...agak kagum jugaklah...hebat teknologi pembuatan filem diorang...!!


3.5/5

3 comments:

  1. Wah!! mnrik nih! kne tgnk ni..
    Bgus2.. nnt wat sinopsis cite lain lak erk..

    ReplyDelete
  2. mcm bez je..
    nk tgkla nnti..
    hehe..

    ReplyDelete
  3. Wah!! mnrik nih! kne tgnk ni..
    Bgus2.. nnt wat sinopsis cite lain lak erk..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...