Followers

Tuesday, April 22, 2014

New Place, New Home

Semalam ada pos entry pasal monopod murah harga RM40 untuk charity event #Dyscoverlexia tu kan? haaaaa ni nak tunjuk yang aku support event tu dengan berjaya beli satu dan terus teruja tangkap gambar dekat balcony. Kekonon nak tunjuk ada monopod lettew. Kekonon urban lettew. Hikssss

Btw disebabkan busy memanjang *alasan basi yes I know* but ini lah life orang yang sudah bekerja. Percayalah dik! Kalau aku yang single ni pun kemain tidak cukup masa nak buat itu ini apatah lagi kalau sudah kahwin nanti. Tidak cukup nafas agaknya. Disebabkan itu lah aku telah buat perjanjian damai dengan mama bila umur dah 30 baru nak fikir pasal kahwin dan ditambahkan dengan syarat wajib iaitu 'kalau sudah mampu' baru boleh kahwin. Hah bijak tidak? Ye lah pasal kahwin ni bukan kena buat sambil lewa tahu. Memang mudah nak kahwin tapi kalau diri sendiri tu belum sedia memang belum layak nak kahwin. 

Banyak benda lagi aku tidak update dekat blog. Pasal trip pergi Singapore tu macam dah give up nak tulis. Trip sebelumnya pergi Cameron Highland pun tidak habis lagi beb. Acane tu?? Tidak apalah aku rasa sedap sikit dekat hati bila ada yang ucap terima kasih sebab update pasal Restoran Raudah dekat Seremban tu tentang menu istimewa Daging Salai Lemak Cili Padi pastu Pasar Malam Brinchang dan few other things lah. Sebab diorang kata bila tengah duk desperate cari info nampak blog aku dan jumpa bila google. Alhamdulillah moga info tu berguna ya. 

Tidak apa lah kita move on ke kehidupan yang baru terjadi baru-baru ni. Tentang trip itu semua dan trip paling baru ke Langkawi nantilah cerita kalau ada masa lapang. 



Haaaaa cantik tidak? Last two weeks, maybe, aku baru pindah ke rumah baru. Lepas dekat dua tahun dekat Bandar Sri Permaisuri tu aku pindah ke Cheras. Permaisuri tu memang kawasan jajahan Cheras juga tapi yang dulu lebih dekat dengan Salak Selatan. Nampak tidak bawah tu? Tu LRT Cheras. Kalau before ni nak pergi kerja kena lalu 2 station tapi kali ni satu je sebab lepas Cheras turun Chan Sow Lin. Hoh tidak sempat nak update tweet dah sampai office!


Boleh nampak hampir satu bandaraya KL. So lepas ni kalau nak tengok bungaapi waktu new year ke apa senang duduk bertenggek dekat balcony je. Tidak payah nak redah traffic semata-mata nak tengok firework. 



Ni kawasan rumah lama. Bayar RM300 untuk sewa lori dan upah angkat sekali. Harga mula-mula RM150 kot lepas tu naik RM250. Lepas tu time nak sampai RM300. Bila dah habis punggah barang nak mintak lagi RM50 untuk upah duit minum. Ahhhhh koserrr nak layan! Aku penat masa tu and just wanted to get over it.



Ye ini dapur kering tempat buat air bagai. Luar tu dapur basah tempat masak-masak siang ikan bagai. Dan itu sepinggan nasi goreng benda pertama aku masak bila pindah. Ye dan berguna juga pinggan plastik dari Ikea tu aku beli dalam dua minggu before pindah. Sesaja je beli sebab murah dan banyak warna dalam satu set. Aku pindah ni ambil masa seminggu sahaja ye plan semuanya. Cari rumah sewa baru memang hampir setiap minggu aku buat bila ada masa lapang dari last year lagi. Tapi tiba-tiba hari tu terjumpa yang elok dan terus decide nak pindah.



Alhamdulillah semuanya ok dan rumah ni baru lagi siap ye sebab tu lah nampak masih kosong. Tidak apa yang penting bersih itu sudah selesa.



Kalau toleh ke kiri lebih sikit nampak pula area Bangsar semua tu. Boleh nampak the famous TM tower juga.



Awwwwhhh cantik kan?




Ini pulak pandangan dari bilik. Seronoknya setiap bilik ada bilik air sendiri so tidak perlu nak berkongsi. Tidak perlu rasa bersalah atau malu nak guna bilik air bila ada tetamu yang tidak dikenali datang dekat luar. Harap-harap dapat duduk sini lama lah. Sebab aku jenis manusia yang suka tinggal tetap untuk tempoh masa yang lama. Aku bukan nomad yang suka berpindah-randah. heh.




1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...