Followers

Monday, April 21, 2014

Beli Monopod Murah Online RM40 Untuk Charity Event #Dyscoverlexia


Sekarang ni trend ambil gambar sendiri atau selfie sudah makin menjadi-jadi popular. Kita ni rakyat marhaen sudah tentulah kalau selagi boleh  bergambar tu selagi tu nak penuhkan all those social media accounts macam Facebook, Twitter, Blog dan terutamanya Instagram dengan pelbagai jenis gambar kita ambil. Tidak kisahlah gambar bunga ke, taman burung ke, kandang rimau dekat zoo ke, hatta gambar sepotong kek dalam fridge yang sayang sangat nak makan pun kita upload kan? 

Bukan orang biasa je, selebriti macam Siti Nurhaliza, Elfira Loy, Hanis Zalikha n Nora Danish adalah antara yang paling rajin ber'selfie'! Tapi tidak macam kita lah letak pose paling mantap pun 10 butir like je dapat. Diorang tu letak gambar celahan telinga kucing pun beribu-riban orang picit like. Ahli politik pun boleh tahan hebat ok! *sesambil jeling Bang Najib dengan KJ*




So selama ni kalau ambil gambar sendiri tu kemain nak kena set timer lepas tu panjangkan tangan kau selagi boleh bagi nak dapat pose paling cantik kononnya. Kalau yang tangan pendek? Redha je lah dapat gambar muka penuh sepinggan tang hidung paling obvious sekali.

Sekarang ni tidak perlu lagi begitu. Sebaliknya korang sudah boleh berfoya-foya selfie sendiri tanpa orang ambilkan dengan adanya monopod. Dengan kepanjangan batang monopod tu korang bukan setakat boleh muatkan muka yang penuh nur itu dalam gambar tapi dapat snap gambar background penuh juga. 

Sangat berguna kalau buat mereka yang nak pergi bercuti dekat Bali atau Jogja Indonesia tu kan. Sesambil melawat segala jenis kuil dan patung-patung berhala garuda bagai tu korang boleh snap tanpa rasa bersalah lagi bagi menampakkan segala jenis detail yang kau nak. Bagi mereka yang lebih suka akan trip yang lebih diredhai suka melawat tempat-tempat yang lebih berguna dan dekat di hati pastinya akan merasakan monopod sangat useful untuk ambil gambar-gambar yang berlatarbelakangkan masjid dengan rekaan yang jauh lebih indah. Tapi harus diingatkan jaga pemakaian dan janganlah pose dengan muka tercebik2 senget benget kan. Kalau yang mementingkan trip yang aman damai sudah boleh bergambar bersama monopod di tepi pantai atau di pulau-pulau seperti Langkawi Island Permata Kedah itu.

Beli monopod murah dengan harga hanya RM40 sahaja di ILoveblogshoppe. Mereka menawarkan COD juga bagi mereka yang dekat area Shah Alam. Apa yang menariknya segala hasil jualan akan disumbangkan semuanya untuk event bersama kanak-kanak dyslexia. Event ini dianjurkan oleh sekumpulan pelajar UITM Shah Alam. Sambil membeli dapatlah juga anda menyumbangkan sedikit untuk mereka yang memerlukan bantuan ini. Pasti seronok bila dapat buat perkara yang baik dan positif kan?


Gunakan hashtag #Dyscoverlexia untuk tanda sokongan anda!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...