Followers

Thursday, February 13, 2014

Singapore : Apa Yang Penting? KEBERSIHAN!


Sangat Quick dan Easy! Sepanjang masa dekat sana kalau dah malam lepas pukul 11 or 12 tu kalau rasa masih nak makan dan malas nak pergi jauh-jauh, budak gemok yang kuat makan ni cuma menapak dalam 10 langkah ke 7E yang ada dekat depan hotel. Nasib baik ada!

Entah kenapa aku rasa happy gila ada 7E ni sedangkan masa dekat tempat sendiri selalu dianaktirikan aje. Hahaha dianaktirikan dengan beli dekat kedai runcit biasa instead of 7E. 

Dekat Singapore kebanyakkannya lebih teratur, kemas dan lengkap. Dari pengamatan aku ler. Siap ada pilihan yang cukup best untuk orang yang nak makan tapi nak cepat juga dalam masa yang sama. Bayar lepas tu tinggal panaskan aje dalam microwave lepas tu makan. Mudahkan? Harganya pun tidak ada lah 'menggila' macam Malaysia. 

Ambil contoh dekat Singapore benda-benda macam ni korang boleh dapatkan dalam 3-4 Sing dollar macam tu. Dekat Malaysia boleh lebih daripada RM6 macam tu. Kalau kau convert memanglah mahal tapi logiknya bila kau duduk Malaysia ni bukannya tiap hari kau berurusan kau asyik terfikir perbezaan mata wang dengan negara lain kan?

Kalau dekat Malaysia gaji Rm2000, dekat Singapore gaji $2000 (JANGAN BUAT PERBEZAAN mata wang) tapi harga sepinggan Nasi Ayam Malaysia RM7 bahagian peha tapi Singapore $5. Duit siapa yang lagi susut sebenarnya? Kadang-kadang Nasi Lemak atau Mee Goreng telanjang tidak cukup bahan pun harga merepek ye idok?

Ini sekadar perbandingan termasuk juga keikhlasan orang dalam berniaga. Kadang-kadang aku perhati je benda-benda yang dijual dekat station minyak macam Red Velvet Cake, Coklat Kek Moist satu bekas kecik cenonet melampau-lampau harganya. Sedangkan sebatu jauhnya kita boleh nampak betapa sadis kek itu kelihatan. Rasanya? Boleh dikatakan dalam 10 jenis kek coklat yang diambil dari 10 penjual berbeza tu kalau dapat satu yang betul-betul sedap memang bertuah lah kau.

Orang mungkin akan beli kek kamu tapi bila waktu orang tahu tidak berbaloi harga dan kualiti memang tidak akan repeat beli. Percayalah.



Oh ye bila ada masa lapang dekat sana aku ada jugak Google apa yang best sangat dekat Singapore tu. Dekat kaunter lobby hotel ada macam-macam jenis brochure yang memberi pelbagai info tempat-tempat menarik. Bagus betul! Brochure muka depan dia ada Orang Utan dengan baby dia ni yang pertama aku capai. Design simple, straight forward gila buat orang tertarik untuk baca. Kalau kita? Kemungkinan untuk muka leader kita even menteri tourism ada dalam brochure sangat tinggi ye! Bukannya orang tertarik sebaliknya menyampah. Nak tengok gambar Orang Utan bukan menteri atau orang serupa perangai duduk dalam hutan. HAHAHAHA



Macam best je kan?



Wantan Mee dengan fried dumpling beli dekat satu restoran Chinese Muslim area hotel. Syukur ada restoran ni sebab situ memang tempat aku ulang-alik beli makanan. Harga sangat berpatutan dan sedap. Kalau tidak silap ni $4 atau $5 macam tu. 



Wifi hotel ni sangat super duper LAJU! Dalam 2 jam je aku dah boleh download the whole series of season 5 dengan 6 cerita Sex And The City. Sesambil download kita makan n tengok musim SATC yang sebelum ni punya. Mind the scene there Carrie tengah smoking. Jangan ikut ye!



Yes off to work we go!


Masa lunch dekat Plaza Singapura near the office kalau tidak silap. Aku minum je tidak makan pun. Sebab colleague dekat sana memang orang asal daripada China kerja dekat HQ Singapore. Dia tidak tahu aku hanya makan yang halal sahaja. Berkali-kali dia mintak maaf. 

Btw ada satu budaya yang agak unik dekat sana. Waktu nak cari tempat duduk aku nampak ada few tables yang memang kosong tapi pelik kenapa orang-orang yang dah beli makanan masih tercari-cari tempat untuk duduk sedangkan ada meja kosong. Setiap meja kosong tu ada paket tisu harga 20 sen tu atas dia. So dengan selambanya aku cakap dekat kawan aku tuh,

'Eh nobody's sitting here, let's just seat here. U go buy food I will just wait for you here. Wow got free tissue? How cool is that??!!'

Excited gila oi memikirkan betapa generous nya orang dekat sana siap foodcourt bagi tisu free.

'Izz, we cannot seat there! Someone already took it before us. HAHAHAHA'

Rupanya itu memang budaya orang dekat sana. Bila jumpa meja kosong diorang akan chop dulu dengan meletakkan tisu then pergi beli makanan. Lepas sudah habis beli diorang akan balik semula ke meja tu, kalau ada orang duduk memang kena marahlah lepas tu. haaaaaa





Lepas balik kerja terus balik ke hotel. Cuaca dekat sana tidak menentu dan pelik. Pagi panas berdenting tapi petang tetiba hujan lebat. 



Otw nak balik ke hotel tu area Joo Chiat Road ada beberapa kedai makanan halal. So being me yang memang kuat makan aku stop dekat beberapa kedai tengok makanan apa yang best dan tapau sahaja. Yang pertama aku beli Ayam Penyet dekat jalan Joo Chiat Road. Kedai dia walaweihhh super bersih dan sangat cosy even kecik je sebenarnya. 



Lepas tu beli pulak Kacang Pool dekat satu kedai ala-ala macam mamak dekat Malaysia tapi pekerja dia semua orang Melayu. Maybe milik satu keluarga Melayu sebab macam kaum keluarga je yang kerja sama-sama. Beli ni sebab mengidam nak makan Kacang Pool Bomba Larkin yang famous gila tuh. Tapi menyesal sebab rasanya memang tidak sama. Kuah dia tu terlalu banyak rempah n rasanya terlalu kuat. Macam kuah rojak pun ada. 



Lepas makan terus terbongkang baring tengok movie dekat laptop. Demam, maybe sebab cuaca dekat sana. 




Kalau rasa lapar je turun je lah pergi seberang jalan yang macam sekangkang kera tu pergi 7E. Rambang mata setiap kali masuk. Rasa dia tidak macam dekat tempat sendiri, if u know what I mean. Hurrmmmm...

Quick & Easy ni ada beberapa menu termasuk nasi. Beli, panaskan, makan. Senang je konsep dia. Harga pun berbaloi dengan rasa.



Kau boleh dapatkan sandwich murah denga harga berpatutan dengan bahan yang lengkap! Kalau Malaysia? Kau bayar chicken and cheese sandwich harga RM6 tapi 'telanjang' 'bogel' habis tidak cukup bahan. Sadis kan?



Disebabkan aku duduk dekat area Joo Chiat ni selalu lalu kedai-kedai dekat situ. Ada beberapa kedai Melayu dekat situ. Banyak jual benda yang bentuk leper tu. Ala-ala macam karipap tapi pastry dia berlayer-layer.



Mungkin cara pembuatan atau packaging tapi nampak kemas dan bersih gila kan? 



'Before balik nak beli Kuih Suji dengan Tat Nenas tu. Tidak kira!'

ahhhhhh sampai ke sudah dekat airport nak naik ke langit lambai-lambai dekat Changi Airport baru teringat. Kesian makcik yang jual tu aku sudah berjanji nak beli dengan dia before balik Malaysia. Maafkan saya cik.



Hoiiii bersihnya. Boleh golek-golek dengan rela hati.



Tidak susah nak guna public transport diorang macam MRT atau bas sekalipun. sangat efficient dan kalau korang macam blur tidak tahu jalan tu tanya aje dekat pekerja kaunter. Korang mungkin akan terkejut dengan cara diorang jawab pertanyaan. Tepat, simple tapi mesra. Atau pun aku dapat orang-orang yang baik aje jawab pertanyaan aku itu tidak tahu lah, nasib kot. Tapi kalau kat tempat sendiri hurmmmm daripada 10 orang pekerja kaunter even pak guard satu pun belum tentu boleh jawab dengan penuh adab sopan. Betul? Ini bukan sindiran tanpa usul periksa atau main hentam je tapi kenyataan yang harus orang kita telan. Malah cakap berdasarkan pengalaman. Sering kali jadi mangsa kakak jaga kaunter tiket yang suka sangat mengherdik dengan dahi berkerut bila kad atau token tidak berfungsi. 

'Apehal tidak boleh pulak?! Orang lain boleh je. hishhhhhh

Bingit dengar orang-orang macam ni mengomel. Nampak sangat diorang tidak happy dengan kerja tu. Memang kita harus faham kerja macam tu banyak stress sebab kena deal dengan kerena orang, tapi perkara asasnya awak harus professional bila bertugas. Utamakan adab dengan pelanggan/pengguna. Kan?




Ouh ye ini lah yang macam karipap tu. Tapi sangat rangup sebab ada berlapis-lapis pastry. dalamnya ada inti sama ada daging atau ayam. Maybe ada inti berperisa lain.



Mendung hujan. Tidak boleh pergi kerja so buat dari bilik hotel je. Lepas habis siapkan kerja cepat-cepat terus keluar jalan bila hujan dah berhenti.






Boleh bayangkan tidak macam mana diorang betul-betul jaga tahap kebersihan dekat sana? sampai penjual makan bergoreng macam ni pun dihidangkan dengan sangat bersih.



Dalam ni ada satu butik First Lady. kalau tidak silap hari tu time Hari Raya untuk koleksi Hatta Dolmat for Zalora ada jugak dijual dekat sini. 



So-called 'Tudung CT'. Maybe bukan Siti Nurhaliza, sebab aku tidak pernah nampak fesyen gini dekat Malaysia. Siti lain mungkin.



Berjalan lagi dekat area Bugis Street dan depan dia tuh.



walaupun pekerja yang jual ni tidak reti cakap omputih sangat, aku rasa dia orang Philippine, tapi sebab dia ramah aku terus je beli dua perisa! Aku amek custard dengan cheese. 




Kalau macam ting tong tidak tahu jalan boleh je tanya maklumat yang korang nak tahu dekat Visitor Information Hub ni. Dekat Bugis Street tu belah tepi. Tapi kalau korang dapat kakak yang jaga tempat tu macam blur dia sendiri tidak tahu, korang amek je map and berlalu daripada situ sambil senyum ucapkan terima kasih. Aku tidak faham orang jaga tempat macam ni tapi dia sendiri tidak tahu apa kau tanya. Seolah-olah dia sendiri tidak faham kerja dia.

'Akak tahu tidak tempat ni? sekian sekian bla bla'

'sorry tidak tahu lah dik'

'Oh yeker? ok kalau tempat ni pulak?'

'Sama tidak tahu juga. Mungkin adik boleh cuba jalan dekat depan tu tengok-tengok dulu'

Boleh macam ni??? hahahaha



Bukan di Malaysia sahaja, tapi dekat Singapore pun masih ada orang jual direct selling gini ye. Apa yang menariknya, masih ada lagi orang yang akan berhenti dan beli. Nyonya atau makcik-makcik yang senang terpengaruh tu diorang lah yang akan dengar sampai habis dan terus excited nak beli. Ahahaha





Bila aku post gambar ni dekat Instagram Izz Latif ada je orang berfikiran singkat ingat aku masuk ikut sembahyang sekali.

'Hey kenapa u masuk rumah ibadat agama lain? Dosa tahu! Nanti murtad!'

Jenis manusia yang suka jatuh hukum dekat orang senang-senang je. Sedih.





Depan tokong ni ada banyak orang jual bunga-bunga ni. Untuk pengikut agama mereka beli lah.







Balik semula ke Bugis Street sebab aku rasa aku tidak habis explore lagi tempat tu. Ye aku betul! Rupanya dekat tingkat atas ada lagi kedai yang best-best. Dekat atas ni aku dapat satu shirt warna biru yang aku terus beli walaupun aku dah berjanji dekat diri sendiri takmo beli baju! Ahahaha



Jalan belakang kedai pun bersih gila nak mati. Maaflah kalau korang asyik baca benda yang sama. Aku terlalu kagumkan keadaan yang cukup bersih dekat sana.





Itu sahaja untuk kali ni! ;)


2 comments:

  1. singapore mmg bersih + sistem pembelajaran pun byk tekankan kebersihan.. country kecil senang nak handle kot.. bila blk malaysia lain je rasa.. negara yg agama rasminya islam tapi sampah merata.. kurang sivik gamaknya..

    ReplyDelete
  2. Wah bersihnya Singapura ni. Tak pernah lagi pegi sana.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...