Siti Nurhaliza sound KJ? Ini sgt rare!! Bayangkan Siti yg dulu nyanyi pakai tiara ada jambul lentik gulung2 vs KJ dgn white shirt. Wow! Haha
Isunya mungkin tentang kritikan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin ke atas FAM yang dilihat baru-baru ini semakin meruncing dan panas. Bagi aku KJ akan dan sedang buat yang sepatutnya tentang hal ihi sebab beliau pegang profil tertinggi dalam Kementerian Belia dan Suka. Sebab kita semua tahu isu sukan bola sepak Malaysia yang naik turun tapi kekal sendu (selalunya begitu!).
Bangun daripada tidur, harus sedar tanggungjawab yang orang-orang itu pegang. Jangan lena dibuai mimpi. Kalau asyik melepek bermalas-malas atas katil bila masanya nak bangun dan mula berlari?
Pendapat setiap orang/individu harus diambil kira dan dihormati. Siti mungkin butthurt sebab kita sedia maklum siapa yang menerajui FAM tu. Lihat dari pandangan positif, Dato' Siti Nurhaliza mungkin sekadar menegur cara KJ berurusan dalam hal ini.
Nak kata Siti sentap sebab dia orang Pahang pun boleh terjadi tapi harus diingat, jangan kita selamanya rilaks-rilaks di takuk lama. Sampai bila? Kita perlukan orang yang lebih faham dengan situasi sukan bola sepak pada masa sekarang. Bukan melupakan pencapaian pemain-pemain bola sepak terdahulu tapi jadikan kejayaan mereka sebagai pendorong! Jangan nak berulit mimpi sangat mengenang cerita lama, kejayaan-kejayaan lama. Fokus dengan barisan yang ada sekarang dan mula lahirkan pelapis-pelapis untuk masa akan datang.
Tapi janganlah ada yang mula nak take side and berfikiran singkat mula menghambur kata-kata nista penuh cacian nak back up mana-mana pun antara diorang ni. Aku tidak rasa KJ mahu pun Siti Nurhaliza ada masalah antara diorang. Hanya sekadar nasihat biasa yang kita boleh tengok dalam kehidupan biasa. Bukan diorang bermusuh ye idok?
Kami rakyat Malaysia akan sentiasa menyokong pasukan bola sepak kebangsaan. Roarrrrrr mengaum! haaaa camtuh.
wah hebat dato ct sound menteri..
ReplyDelete