Followers

Wednesday, October 9, 2013

Perihal 13 Orang Bangla Rogol Pelajar KPTM



Kes pelajar KPTM kena rogol ni rasanya daripada awal minggu hari tu dah terdengar. Tapi sebelum jadi viral dalam laman social media. Masa tu ada lah aku macam ter'cross' beberapa tweet yang menceritakan hal ini. Cuma waktu tu tidak berapa  orang ambil kisah sebab mungkin profil jenayah 'biasa' yang kita dah 'terbiasa' dengar atau baca.

Tapi menjadi besar bila ramai menggembar-gemburkan kes ini. Apa yang buat keadaan jadi panas bila si perogol bukan orang kita, bukan orang Malaysia mungkin malah lebih parah dikatakan warga Bangladesh. Bukan seorang Bangla, tapi 13 !! 

Bayangkan andai betul? Memang parah budak itu dikerjakan!

Kemudian keluar cerita pulak ada yang mengesahkan mangsa kejadian meninggal dunia (betul ke??). Aku sendiri tidak dapat pastikan sebab sumber-sumber yang aku baca tu sudah tentu rakyat biasa bukannya orang-orang yang ada kuasa untuk sahihkan kebenaran cerita nih.

Lalu mulalah rakyat Twitterjaya buat spekulasi tentang ini. Ada yang tanpa fikir panjang terus memaki hina warga Bangla. Ada pula yang lebih lebih cool dengan menepis secara halus dan ajak untuk bertenang menunggu mana-mana pihak bukak mulut dulu.

Aku? Aku cuma diam mula-mula, sama macam waktu berita tu keluar sebelum ini. Tapi aku nak tergelak bila ada yang cukup kreatif menambah-nambah kehangatan yang terasa dengan mengaitkan watak, ciri-ciri malah sampai kepada bau untuk menghentam abang-abang Bangla di luar sana. 

Alarh kalau dah nama pun rakyat Malaysia? Ko agak-agak je lah bahasa yang digunakan tu bermadah pantun penuh sindiran atau terus lompat ke bahagian yang kesat? Heh.




Aku  tweet macam kat atas tu. Dan aku langsung tidak maksudkan tentang kes rogol pelajar KPTM dekat LRT Pandan Jaya tu. Ku cuma cuba bermain kata bila ternampak orang RT benda-benda 'kelakar' tentang Bangla.

Tapi tiba-tiba aku dicop sebagai orang yang tidak ada sifat sensitiviti tidak memikirkan tentang mangsa dan back up Bangla. Eh sudah kenapa??? bukan satu, bukan dua tapi ada beberapa orang kat timeline aku yang sindir tentang ini. 




Oh aku terlupa, orang kita  kan suka buat kesimpulan membuta-tuli. Malah TANPA bertanyakan hal sebenar dulu. Heh. Itulah kebiasaan masyarakat kita kan? Buat spekulasi, marah-marah dulu n tanya kemudian! Apa pun yang akan berlaku bila spekulasi itu dikeluarkan dia tidak fikir, janji dia dapat hentam dulu, kesannya nanti fikirkan kemudia.


Beberapa  orang journalist, orang-orang yang boleh dipercayai kredibilitinya melibatkan isu semasa mula bersuara atau tweet. Dan aku dapat statement di atas. Ok lah. Reda sikit perasaan kita-kita yang panas membara tadi ye idok? At least, tunggu berita sebenar keluar dan marah kemudian. Takutlah pulak ada yang dah keluar ke jalan-jalan raya membantah, pungut petisyen dengan sepanduk 'Tangkap Bangla, Syukurlah Malaysia Masih Aman' haaaa gituh. 

3 comments:

  1. Haah mmg berita FAKE
    semalam PDRM pun baru keluarkan statement
    yg pelik tu how come lah dorang main RT je tanpa bukti sohih
    sedih dgn bebudak yg suka percaya tanpa usul periksa
    bila tanya mana source mana link, dorg just ckp org dok tuit2 -__-
    hailaaa

    ReplyDelete
  2. ramai btul yug suke berperang kt laman sosial sekarang..:)

    ReplyDelete
  3. Memang gempar satu Malaysia bila berita macam ni mula tersebar. Saya pulak baru tahu *sebab tak tengok tv dan tak baca surat khabar* Tapi disebabkan beberapa kerat orang bangla tu, habis semua bangla yang dekat Malaysia ni kena hentam dan dikritik hebat ._.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...