Seronok tahu bila ada mama yang suka masak n terer gila masak nih...hehe bila nak mintak resipi je mesti dapat. So hari tu sempena nak Raya Haji, mintak lah resipi juadah Hari Raya yang biasa dekat Malaysia ni, Rendang Daging.
Kalau ikutkan mama punya dia tidak guna perencah instant. Instead, mama akan kisar sendiri segala bahan tu. Lebih fresh n home made lah gitu kan. Tapi nak belajar tahap itu macam dah advance sangat bagi aku.
So aku belajar guna perencah segera dulu. Kihkih....
Petang hari Isnin hari tu mula lah misi pergi ke pasaraya berdekatan nak cari bahan masak untuk Hari Raya Aidiladha. Mula-mula plan nak pergi pagi. Tapi terlajak tidur lepas pukul 2 baru pergi. Hampeh betol anak bujang sorang nih kan. Ye, aku tahu korang nak cakap macam tu.
(-.-)"
Raaaaaaamai gila hoi orang dekat sana. Nak berebut barang satu hal, nak kena beratur panjang waktu nak bayar pun satu hal lagi. Aku pergi sorang ye. Selalunya kalau nak beli daging aku just beli yang dah siap potong cecantik tu yang dorang selalu letak dalam polystyrene tu kan. Tapi nan hado ada! Habis licin. Ayam siap potong pun tidak ada. Tengok dekat bahagian basah yang potong-potong tu, ramai kerumun beli ayam yang the whole chicken tu.
Aku tidak nak ayam, nak daging. Last-last ada lah jugak kan. Tapi siap snap dulu gambar hantar dekat mama nak pastikan itu memang daging. Leulsss betul aku nih. hahaha
First, aku dah aim ada satu ketul ni memang cantik sebab lemak tidak banyak so senang lah nak bersihkan nanti. Bila dapat reply daripada mama ok confirm itu daging lembu, sekali toleh ke belakang je tinggal cenonet beberapa ketul je. Bahagian yang aku nak ambil tadi ada sorang mak cik tu dia dah grab dulu. Ok sedih.
Dah siap bayar bagai nak pergi cari makan kudap-kudap dekat luar, tetiba baru teringat tidak beli ketupat n lemang instant Adabi tu. Terpaksa aku masuk balik n beratur lagi. Azab betul!
Dan taraaaaaa.....
Aku terpaksa berbangga dengan diri aku sendiri sebab berjaya masak ni. Kalau kali pertama pun rasa dah ok, bayangkan kalau dah 2,3 kali masak nanti mesti lagi sedap!. Haaaa gituhhh.
Btw, selamat menyambut Hari Raya Korban buat semua pembaca blog ni. Maaflah lambat wish. Asalkan ingatan untuk wish tu ada, boleh lah kan? ;)
alamak terer gila sy yg popuan ni pon tak reti masak. masak air dgn megi je mampu. adoyaii.
ReplyDeleteHahaha ;p
Deletemelawat sini bro :)
ReplyDelete