Followers

Wednesday, September 4, 2013

Tiket Bas Tidak Ada Bertingkek-tingkek!


Tidak pernah-pernah rasa susah payah balik kampung untuk beraya bila kena naik bas atau any other public transport. Sebabnya dah rancang perjalanan daripada awal dengan beli tiket cecepat sebagainya. Kalau beli lewat-lewat nanti sold out menangis tidak dapat balik raya. Heh.

Tapi nasib tidak berapa baik bila nak balik ke KL, tiket semua habis! Sadis betul. Kepala dah pening fikir macam mana nak balik. Siap google flight ticket tapi macam sendu je. Tapi akhirnya dapat pertolongan daripada member si Haze yang duduk dekat Seremban. Mintak tolong Cik As hantar ke Seremban.



Ni dekat terminal Seremban tu. First time ye datang sini. Berpusu-pusu orang berebut nak naik bas. Nasib baik lagi sekali tidak perlu naik pun bas dekat sini sebab Haze ambil area sini. So kita tengok je lah orang-orang ni. Thanks Cik As sebab tolong hantarkan sampai sini! :)




Haze bawak pergi rumah dia, and it was not my first time, sebelum ni  dah pernah datang waktu pergi cari Daging Salai Lemak Cili Padi dekat Restoran Raudhah, Seremban.

Kali ni kiranya datang beraya plus tumpang sekejap satu malam. hehehe. Terima kasih aunty n uncle sekeluarga bagi singgah. Kebetulan pulak ada makanan sedap-sedap waktu ini. Makanan semua tema juadah Hari Raya lah. Daripada lemang ke rendang bagai.



Puding ni cousin Haze buat. Sedap sangat!



Cornflakes ni pun cousin dia buat. Nampak biasa je? Cuba rasa satu, dua tiga empat tidak cukup! Cousin dia ni boleh masuk Master Chef Malaysia lah.





Black Coffee pekat. Minum waktu panas dengan kuih raya memang haeven!



Diorang panggil ni Cat's Tongue. Comel! Tapi sedap dimakan. Manis-manis gitu.



Kek Batik ni peneman kopi tadi. Haihhh sedap-sedap semuanya.



Siap ada kek Hari Raya!




Budak comel ni nama dia Baby Girl. Besar gilaaaaaaa ok! Umur dia 16 tahun. Dah tua nih. Sebaya dengan budak umur tingkatan empat! Macam manusia jugak, bila dah berusia ni memang nampak ler tabiat tua dia tuh. Dia suka duduk je. Dia dah tidak main terlompat-lompat sana sini. 



Ini pulak nama dia Witty Boy. Muda belia lagi berbanding Baby Girl. Comel n nakal. Sangat aktif n kuat jealous bila tengok orang bagi perhatian lebih dekat Baby Girl. Dia akan seboleh-boleh nak orang layan dia. Kalau kita lebihkan si Baby Girl nanti dia akan ngendap n kacau. 

Kucing-kucing ni tidak diberi keluar lepas sesuka hari. Witty Boy tu je pun yang beriya nak keluar sebab dia suka makan rumput. Ni kita bawak dia keluar kejap n tengokkan dia makan rumput. Comelnya lahaiiiii



Baby Girl tengah ejas-ejas nak duduk. Dia sakit lutut so lemah sikit nak gerak aktif nih. Dia akan ambil masa ye setakat nak duduk je pun. Comeyyyyy. Itu memang tempat fav dia katanya. 



Akhirnya! Duduk juga dia. Tengoklah sekali dia pose terus.  hahaha







2 comments:

  1. Cat's Tongue tu tak pernah tengok, cantiknya rupa... Baby Girl tu kalau dah tua nape ber'baby2' lagi ek?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...