Maimon Mutalib, pemergiannya begitu dirasai oleh peminat industri tempatan. Pemergian yang disifatkan secara tiba-tiba. Hilang satu lagi permata yang cukup berbakat di Malaysia. Hilangnya yang satu ini kerana tewas dalam melawan kanser. Aku sendiri baru tahu dah agak lama dia menahan sakit, masih terus berlakon kerana setelah kehilangan suami dialah sumber rezeki buat keluarga. Dialah yang menampung segala perbelanjaan untuk anak-anak yang masih belajar dan dengar ceritanya ada yang sakit.
Takziah buat keluarga pelakon vateran ini. Moga diberikan kesabaran. Rasa kehilangan itu bukan mudah, apatah lagi bila mengimbas kembali kenangan yang ada.
Ketika blog post ini ditulis, berita mengatakan jenazahnya telah dibawa pulang ke kediamannya di Shah Alam dan akan dikebumikan di Tangkak, Johor malam ini. Berita kematian pelakon berbakat besar ini juga disahkan oleh anaknya sendiri.
Suka tengok lakonan dia n im gonna miss watching her on tv. Al-fatihah.
al fatihah
ReplyDeleteoh ye ke?? baru tahu lah..
ReplyDelete