Followers

Sunday, August 4, 2013

[FoodLover] Cibiuk : Masakan Sunda Resipi Khas Indonesia


Walaupun Ramadan bagi orang Muslim adalah menahan lapar dan dahaga sewaktu siang hari kerana menjalani ibadah puasa kerana Allah, tapi bulan ini jugalah kita selalu rasa waktu untuk kita berpeluang dapat rasa makanan yang bukan setiap hari kita boleh jumpa.

Bazaar atau pasar Ramadan selalunya ada juadah yang tidak selalu kita jumpa dekat pasar malam biasa. Even orang bangsa pain pun turut serta memeriahkan pasar waktu Ramadan ni. 

Ada juga orang kalau ada duit lebih sikit diorang pergi makan buffet Ramadan dekat restoran-restoran terkenal atau hotel. 

Macam aku? Knowing me aku ni jenis kuat makan, mesti ada je benda aku mengidam nak makan setiap hari...harharhar contohnya macam minggu lepas aku tiba-tiba rasa nak makan dekat Cibiuk. Ya, sila sebut betul-betul ye, Cibiuk. Restoran ni dekat Bangi kalau tak silap. Terkenal dengan hidangan masakan dari Indonesia resipi khas masakan Sunda




Apa yang menariknya dekat sini, ada satu macam 'pondok kecil' dekat tengah-tengah restoran menempatkan ulam-ulaman dengan pelbagai jenis sambal. Rasanya ada 6 jenis sambal kalau tak silap, nama-nama sambal tu please lah jangan tanya. Aku tak tahu (-.-)"




Ok aku tak ambil semua. Ambil yang suka kita makan je lah jangan tamak ye idok? Kalau korang tengok, ada 3 jenis sambal dekat situ. Ada yang ada mangga, ada yang ada tempe n ada yang sambal merah macam ala-ala dekat Ayam Penyet Wong Solo. Tambah menarik lagi, pembuka selera ni disediakan secara percuma. So korang boleh ambil sebanyak mana korang nak, ada pinggan kecil disediakan. Tapi macam aku cakap tadi janganlah ambil banyak sangat sampai tak termakan. Ingat-ingatlah juga dekat orang lain yang tidak dapat tuh.




Jus Alpukat atau jus avocado. Sedap. Memang fav ni. Paling suka minum dekat sini sebab dia tak ada tambah ice. So boleh dikatakan dia semata-mata jus dengan sedikit coklat. 



Kalau nasi putih atau nasi lemak dah terlalu biasa, apa kata korang cuba Nasi Bakar ni. Cara dimasak ala lemang pun ada. Tapi xde letak santan, malah ada sayur dan cili. So korang pasti akan expect nasi ni bukan tawar tapi ada rasanya sendiri. Sesuai untuk siapa-siapa yang suka makan pedas. 



Yeszaaaaa ini lah punca tarikan sebenar datang ke sini. Ikan Talipia Kipas! Konsep dia ala-ala dekat Bali gituuh. Puas betul lah makan ikan ni, daging dia lembut sangat. Ada sayur-sayur goreng kat tepi dia tapi tak nampak pulak dalam pinggan ni sebab dia belah kipas sana. hahaha kalau korang nampak kat depan tu ada tetiba sehelai sayur goreng tuh. Sedap sebab rangup, makan sekali dengan ikan memang yummyyyy.


Ada lagi yang kita order macam Teh Botol semua tuh. Total harga makan dekat sini dalam RM50. Bagi aku sangat berbaloi dengan kualiti rasa makan dekat sini. Serious! 


8 comments:

  1. The place and foods looks good. Will bring my wife there one day

    ReplyDelete
  2. Izz, nasi bakar tu nampak so tempting tapi jauhnya kat Bangi. Kalau dah ke situ lebih baik akak terus ke Melaka, lagi afdal kalau terus ke BP :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha

      Kalau ada pergi kawasan dekat2 Bangi cubalah

      :)

      Delete
  3. nampak macam sedap! kena pergi try ni


    Entri Baru Update : BFF Ke 200

    ReplyDelete
  4. salam kenal.betul tu.mmg sedap sangat ikan talapia kipas tu.saya ada copy sekeping gambar ulam tu kat blog saya. izinkan ye.
    jemput singgah blog saya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi

      Sila beri kredit gambar ke blog ini. Terima kasih.

      :)

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...