Walaupun dunia mahupun negara kita dah semakin maju dan terikut dengan arus pemodenan, tapi ternyata cara orang kita berfikir masih di takuk yang lama, on certain things.
Sebagai contoh, dari dulu kita difahamkan dengan konsep 'kerana mulut, badan binasa'. Budaya orang Melayu, budaya orang Malaysia daripada dulu ditekankan dengan adab dalam percakapan. Sejak dari kecil kita diajar agar sentiasa memperkatakan tentang yang betul, hal-hal yang baik-baik dan dilarang sama sekali mencaci, memaki dengan kata-kata kesat. Malah mengumpat dan menyampaikan berita-berita tidak baik tentang hal dan keaiban orang lain juga sentiasa ditegah.
Tambahan pula bagi yang beragama Islam, perbuatan-perbuatan itu sememangnya telah diperintah agar dielakkan sama sekali.
Sejak beberapa tahun kebelakangan Malaysia seperti menerima 'kejutan budaya' social media dan internet. Segala jenis cerita dan khabar angin tersebar dengan begitu mudah bukan setakat negara malah satu dunia boleh berkongsi cerita yang sama.
Dunia di hujung jari, itu sering ditonjolkan sebelum ini. Aku pun masih ingat pernah buat essay atau karangan tentang kehebatan internet dekat sekolah dulu. Betapa hebatnya pengaruh yang dibawa teknologi yang satu ini bila kini boleh memecahbelahkan sekelompok komuniti, masyarakat, sosial dan negara.
Rakyat Malaysia semakin kurang bertanggungjawab dalam menyebarkan sesuatu isu atau berita dalam internet dan social media, walaupun tiada bukti sahih yang menyokong. Biadap? Kurang didikan? Majoritinya hanya lebih suka mensensasikan dan menunggu peluang menjadi perhatian.
Sebagai contoh isu skandal kantin di SK Seri Pristana. Kononnya cikgu/pihak sekolah dengan sengaja mengarahkan pelajar-pelajar bukan Islam, Cina dan India makan di dalam tandas. Pertama kali dengar meruap-ruap juga darah. Ramai mula menyalahkan pihak tertentu dengan membuta-tuli.
Tapi yang sadisnya bila kebenaran yang sebenarnya terbongkar. Apa agaknya perasaan orang-orang yang menyebarkan isu ini dengan niat untuk 'merosakkan' suasana? Mungkin juga puas tapi mungkin juga tiada perasaan malu kerana itu sifat orang-orang yang suka memanipulasi hal-hal begini.
Bagaimana pula dengan mereka yang mudah mempercayai dan turut sama mencemuh tanpa usul periksa? Adakah mereka mula terasa diri diperbodohkan? Asalkan masih sedar tidak mengapa, jangan terus diperbodohkan itu bahaya.
Its ok to take info from internet but take it with brain.kan? :)
ReplyDelete