Bila kita buat blog, mesti dah 'terpasang' niat asal kenapa kita nak berblog. Kan? Sama jugak macam kalau kita buat benda lain. Contoh, kita nak makan sebab nak kenyangkan perut yang tengah lapar atau minum sebab dahaga atau pergi Pavilion untuk shopping, tengok wayang atau makan.
Sentiasa akan ada motif di sebalik semua perbuatan atau benda yang kita buat.
Blogging pun sama jugak. Mungkin sebab hobi, minat, cari pendapatan sampingan dengan online business dan sebagainya.
Sekarang ni dah 2013 puluhan ribu blog ada dekat Malaysia sekarang ni. Ada yang cuba untuk naik dengan hasil penulisan sendiri, cara sendiri. Itu bagus. Paling tidak pun mesti ada yang jadikan blogger-blogger yang lebih berpengalaman sebagai inspirasi dalam berblog. Sebagai contoh RedMummy, Ben Ashaari, Hanis Zalikha, Cik Epal, Denai Hati, Yuyu Zulaikha and the list goes on! Mereka ni bukan sahaja popular tapi cukup terkenal dengan sisi personaliti menarik yang ditampilkan dalam penulisan dan blog masing-masing.
Bila kita dah ada barisan blogger yang fames dan tentu akan ada yang mahu menjadi wanna be. Hah!
Orang-orang macam ni masih ok lagi sebab diorang dalam process mencari identiti sendiri. Semua orang akan lalui benda ni. Tapi paling tak boleh blah kalau ada yang jenis buat blog semata-mata untuk kejar traffic dan income tetapi dengan cara copy paste daripada blog atau artikel orang lain. Tambah pula bila diorang ni mula bangga diri tunjukkan bukti traffic mencanak naik sejak blog walaupun usia blog tu masih muda macam pucuk pisang baru tumbuh. Hokeyhhhh.....bongkak itu satu hal, tapi sedar atau tidak yang perbuatan ini semua sangat hina??
Korang tak tulis sendiri, korang tak fikir sendiri malah korang tak ada usaha apa pun selain click mouse n tekan 'copy' dan 'paste' sahaja! Apa tak rasa penat lelah orang lain yang susah payah cari info dan buat research?
Sedihhh!
Sekurang-kurangnya bagilah kredit dekat tuan asal artikel itu kalau ye pun, that's the very least you can do. Jangan malas sangat!
Oh, Raya nak dekat dah ni. Aku pun dah settle hal apply cuti. Senang betul mintak cuti daripada boss Italy aku. Sayang benor lah kat dia. Part tu je lah sayangnya pun. Hahahaha
Cuma baju raya masih belum cari. Knowing me, sejak 2-3 tahun lepas ni aku tak excited pun nak shopping baju raya. Kalau ada keperluan untuk cari baju raya 2013 online pun survey cenggitu je. Mudahnya beli yang dah siap ni kita main tunjuk je mana yang berkenan tapi jarang dapat yang size memang fit bagus punya. Selalunya mesti ada serba serbi kekurangan macam seluar kecik tapi baju lebor sangat atau kat bahagian ketiak ketat tapi baju labuh sampai lutut. Haihhhhh leceh betul.
So untuk baju raya 2013 mungkin aku just tengok-tengok dulu dekat area Jalan TAR kot. Hari Jumaat lepas ada juga cuba jenjalan tapi aku surrender awal. Tak larat nak harung sebab manusia ramai gila! Boleh pengsan woiii.
Nak tanya soalan paling pames tiap kali nak sambut lebaran, 'korang tahun ni baju raya warna apa?'
Hehehehe ;)
Btw, blogshop ILoveblogsoppe dah tutup order untuk semua koleksi Furla Bag yang ready stok ye. Will be back after Raya. Kecuali untuk yang kena pre-order yes korang boleh order lagi sementara masih belum sold out. Hari Isnin nanti akan ada 200 botol cream Gluta White yang best gilaaaaaa. So kalau ada yang berminat untuk beli atau borong banyak-banyak pergilah contact. ;)
Jalan tar mmg mencabar! Tak sume org sanggup.hoho
ReplyDeleteYes betul!
Deletemmg tak patut copy paste dan mengaku pulak entry tu dia tulis..ish2...
ReplyDeleteselamat berpuasa n selamat hari raya..:)
Selamat berpuasa juga
Delete:)
betul tue..penat mencari idea tp dicopy paste tanpa krdt kat dorang.hehe... cepat2 shopping raya.
ReplyDeleteDah shopping pun :)
DeleteAkak pergi Jln TAR last Saturday utk collect baju melayu anak. Fed up giler. Punyalah ramai umat manusia tapi sendiri yg salah, sbb mmg setiap tahun pun Jln TAR sesak bila raya. Saja nak cari pasal. Kami sekeluarga tak pernah pakai baju color sedondon utk raya sbb Hubby tak suke pakai baju melayu. Btw, selamat berpuasa, selamat bertolak pulang utk hari raya dan Selamat Hari Raya! ^-^
ReplyDeleteYe saya ada baca
Deletehaha
memang semput kalau jalan dekat sana
Arghh! Tu la manusia yang jenis tak reti nak berusaha sendiri. Agak bengang jugak bila entri dicilok nih. Kita pepenat mengrang then mudah jer orang lain copy paste. Apepun biarlah kita yang menjadi blogger yang beretika dan berintegriti. No copy paste. apa kata kau Izz? haha
ReplyDeleteye setuju!!!
Delete:)